Sabtu, 7 Februari 2009

Skema Excel 2 2008 (Sejarah K2)

(MODUL 2)
Bahagian A

Soalan 1
Bincangkan sistem politik masyarakat Melayu Tradisional di Tanah Melayu sebelum campurtangan British.

Pendahuluan
Sistem politik masyarakat Melayu tradisional berasaskan sistem feudal.
Terbahagi kepada tiga unit politik iaitu negeri, wilayah, daerah dan kampung.
Wujud hubungan timbal balik antara unit tersebut.

Isi dan Huraian
(i) Negeri
Sultan merupakan Ketua Negara / berkuasa mutlak dalam semua aspek.
Pentadbiran bersifat monarki. Contoh : Kesultanan Melayu Melaka merupakan jurai keturunan Parameswara.
Memiliki daulat yang dikaitkan dengan kesempurnaan, kuasa politik tertinggi dan keistimewaan.
Rakyat tidak boleh menderhaka. Jika seseorang rakyat menderhaka maka ia akan ditimpa tulah. Contoh : peristiwa Singapura dilanggar todak.

(ii) Wilayah / Daerah
Diketuai oleh pembesar yang dilantik oleh Sultan.
Menduduki lapisan ketiga dalam struktur masyarakat Melayu tradisional . Mereka dikenali anak baik-baik.
Golongan pembesar terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kerabat diaja dan bukan kerabat diraja.
Golongan pembesar bukan kerabat diraja mendapat jawatan pembesar kerana jasa yang dilakukan. Mereka berkebolehan untuk mentadbir dan dilantik secara turun temurun.
Pembesar kerabat diraja mendapat jawatan kerana hubungannya dengn sultan dan biasanya bertugas di sekolah.
Tugas utama pembesar ialah menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanan. Pembesar juga menjatuhkan hukuman dan mendenda pesalah-pesalah di daerah mereka. Disamping itu mereka juga membekalkan tenaga buruh.

(iii) Kampung
Unit politik yang paling kecil dan diketuai oleh Penghulu.
Tugas : menjaga keamanan kampung, membekalkan tenaga buruh untuk sistem kerah, mengutip cukai untuk system serah dan memastikan kesetiaan rakyat kepada sultan.

Kesimpulan
Sistem politik masyarakat Melayu tradisional mengalami perubahan selepas kedatangan kuasa barat.

Soalan 2
Jelaskan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke 19 dan bezakan adat perpatih dan adat Temenggung.

Pendahuluan
Adat merupakan satu bentuk amalan dan peraturan yang diwarisi sejak turun temurun. Dalam masyarakat Melayu terdapat banyak bentuk hukum adat namun adat perpatih dan adat Temenggung merupakan adat yang paling berpengaruh dalam masyarakat Melayu.

Isi dan Huraian

Hukum adat
Dikenali adat berdenda kerana perlanggaran terhadap adat atau amalan kebiasan masyarakat Melayu akan menyebabkan individu yang melakukan perlanggaran akan menerima hukum.
Hukum fizikal – kesan fizikal yang ditanggung oleh seseorang yang melanggar adat seperti merasa sakit, penyeksaan ke atas tubuh badan dan ketidakselesaan fizikal. Hukuman ini bertujuan menyedarkan orang yang melanggar adat itu supaya tidak mengulangi perbuatannya.
Hukuman moral berkait rapat dengn unsur psikologi dan mental. Orang yang melanggar adat akan mendapat malu, disisihkan oleh masyarakat dan terpencil daripada masyarakatnya.

Perbezaan adat Perpatih dan adat Temenggung boleh dilihat dalam beberapa aspek :

Pembahagian harta : adat perpatih mengutamakan kaum perempuan sebaliknya adat temenggung menentukan kaum lelaki merupakan pewaris harta.
Perkahwinan : Adat perpatih mengamalkan eksogami iaitu tiudak membenarkan perkahwinan sesama suku kerana dipercayai mempunyai ikatan kekeluargaan. Berbeza dengan adat Temenggung yang membenarkan anggotanya berkahwin dengan sesiapa sahaja asalkan tidak melanggar hukum syarak. Selepas berkahwin isteri akan mengikut suami.
Sistem politik : Adat perpatih dianggap lebih demokrasi kerana ketua negara dipilih secara permuafakatan oleh undang. Manakala undang dipilih oleh lembaga dan Buapak memilih Lembaga. Berbeza dengan adat Temenggung yang bersifat autokrasi iaitu kuasa mutlak terletak di tangan sultan.
Hukuman : Adat perpatih lebih bertimbang rasa dalam menjatuhkan hukuman kepada pesalah. Contoh, membunuh : pesalah hanya membayar ganti rugi kepada keluarga si mati. Berbeza dengan adat Temenggung yang menentukan hukuman lebih tegas dan keras. Contoh : pembunuh akan dihukum mati.
Unsur luar : Adat perpatih tidak diserap denagn unsur luar. Manakala adat Temenggung menerima unsur agama Hindu dan Islam.
Pengaruh : Adat Perpatih diamalkan di Negeri Sembilan, Naning dan Alor Gajah. Manakala adat Temenggung menjadi amalan semua negeri di Semenanjung.

Kesimpulan
Masyarakat Melayu mempunyai pertalian dengan sistem adat yang telah membentuk satu sistem suku yang harus dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat demi keamanan dan keharmonian sejagat.

Soalan 3
Huraikan sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia ke-2.

Pengenalan ( 2/3 markah)
Sebelum Perang Dunia ke-12 terdapat empat sistem persekolahan di zaman British. Sekolah Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris yang memepunyai cirri-ciri tertentu.Pendidikan masa ini lebih mencerminkan unsur-unsur perkauman.
Setiap kaum menghantar anak-anak mereka untuk mendapat pendidikan di sekolah yang menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Sukatan pelajaran dan kurikulum yang digunakan tidak seragam. Pendidikan Inggeris tidak memberi peluang kepada semua masyarakat kecuali golongan elit melayu.
Tujuan utama pendidikan pada masa itu hanya untuk memberi pendidikan setakat pendidikan yang paling rendah dan tidak mementingkan perpaduan masyarakat.

Isi ( 4 markah x 5 isi)

Pendidikan Melayu

Sekolah Melayu Vernakular

Mula diperkenalkan pada pertengahan abad ke-19 di Negeri-negeri Selat. Sekolah terawal ialah di Pulau Pnang pada tahun 1815. Pada tahun 1856, dua buah sekolah di buka di Singapura iaitu di Telok Belanga dan Kampung Gelam.

Sambutan pada peringkat awal tidak memberangsangkan dan ada yang menentang kerana diangap bertentangan dengan ajaran Islam. Sekolah vernakular Melayu dibuka untuk pelajar-pelajar lelaki sahaja kerana ibubapa tidak berminat menghantar anak-anak perempuan ke sekolah.Kemudian sekolah vernacular Melayu berasingan ditubuhkan untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan. Sekolah perempuan Melayu pertama dibina di telok Belanga, Singapura.

Kanak-kanak di sekolah Melayu hanya perlu belajar selama 4 tahun dan diajar menulis, membaca dan mengira serta kraftangan mudah.Matlamat pendidikan Melayu hanya untuk memastikan seorang nak Melayu lebih cerdik berbanding ibu bapa mereka.

Menjelang tahun 1878 hingga 1935, British mula memberikan latihan perguruan kepada guru-guru sekolah Melayu degan menubuhkan maktab-maktab Melayu seperti di Telok Belanga, Maktab Melayu Melaka, maktab Melayu matang, Perak, Maktab Melayu Johor dan lain-lain. Walau bagaimanapun usaha tidak berjaya kerana gaji guru sangat rendah

Penubuhan maktab-maktab Perguruan melayu seperti Maktab Perguruan Sultan Idris (SITC) yang semakin terancang dan mempunyai sukatan yang selaras

Sekolah Agama Madrasah

Sekolah-sekolah ini telah ditubuhkan ekoran daripada kebibangan golongan agama melihat penubuhan sekolah Inggeris sebagai ancaman terhadap agama Islam dan budaya melayu.Kaum Muda membuka sekolah agama seperti Madrasah al-Iqbal Singapura, Madrasah al-Manshor Pulau Pinang dan lain-lain

Pendidikan Cina

Pada peringkat awal, pendidikan untuk kanak-kanak Cina tidak dipentingkan kerana tanggapan ibu bapa yang datang ke Tanah melayu hanya untuk mencari makan sahaja.
Sekolah Cina pertama telah dibuka di Melaka pada tahun 1816. Beberapa sekolah Cina telah ditubuhkan di Negeri-negeri Selat dan negeri-negeri Melayu Bersekutu oleh kapitan-kapitan cina seperti Yap Ah Loy, Pua Choon Hiong dan Cheng Soo Leong untuk permastautin tetap.Kebanyakannya bebas menggunakan sukatan pelajaran sendiri.
Guru-guru didatangkan khas dari China dan mengajar mengajar menggunakan sukatan dari China
Pada tahun 1920, Kerajaan British telah memperkenalkan satu peraturan yang mewajibkan semua sekolah Cina didaftarkan. Pada tahun 1924, sekolah-sekolah Cina mula mendapat bantuan kewangan daripada pihak kerajaan dan Jabatan Penolong Pengarah Sekolah Cina telah ditubuhkan untuk mengawasi perkembangan sekolah-sekolah Cina

Pendidikan Tamil

Pendidikan awal Vernakular Tamil juga diusahakan oleh orang perseorangan , badan-badan sukarela seperti mubaligh-mubaligh Kristian.
1850, sekolah Anglo-Tamil telah ditubuhkan di Melaka . Pada tahun 1870-an ,sekolah-sekolah kecil Tamil telah dibuka di kawasan-kawasan estet di Seberang Prai, Negeri Sembilan, Melaka dan utara Johor diusahakan oleh mubaligh-mubaligh Kristian
Melalui Kanun Buruh , semua pengusaha ladang dikehendaki menubuhkan sebuah sekolah di ladang mereka sekiranya mempunyai 10 atau lebih kanak-kanak India.
Pada tahun 1932, Kerajaan British mula memberi bantuan kewangan. Kebanyakan sekolah Tamil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa pengantar, buku-buku dan sukatan pelajaran, di bawah masuk dari India.

Pendidikan Inggeris

Sekolah ini ditubuhkan oleh-oleh mubaligh-mubaligh Kristian bertujuan untuk mengembangkan agama mereka.
Sekolah Inggeris pertama di Tanah Melayu ialah Penang Free School yang dibuka di Pulau Pinang pada tahun 1816. Ini diikuti oleh Malaca Free School pada tahun 1826, St Xavier’s Institution 1829, Victoria Institution 1893, Methodist Boys School 1897, Convent Girls School dan St John’s Institution 1904 di Kuala Lumpur.
Pada tahun 1930-an anak-anak Melayu diberi peluang mendapat pendidikan Inggeris apabila Special Malay Cass diperkenalkan Murid-murid Melayu darjah empat perlu menduduki satu peperiksaan sebelum diterima masuk ke Special Malay Class.Kebanyakannya ialah golongan atasan.Disebabakan bilangannya kecil, Malay College Kuala Kangsar (MCKK) pada tahun 1905. Lulusannya akan diambil berkhidmat dalam perkhidmatan kerajaan.

Penutup (2/3 markah)
Sebagai kesimpulan kitadapati sistem pendidikan yang dijalankan di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua lebih kepada kepentingan perkauman
Walau bagaimanapun sistem pendidikan mula berubah setelah masyarakat di Tanah Melayu diberi peluang oleh British mengecapi kemerdekaan. Antara tahun 1950 hingga 1956 beberapa jawatan kuasa telah ditubuhkan untuk mengkaji sistem pendidikan seperti Penyata Barnes 1950, Penyata Fenn-Wu 1951, Ordinan Pelajaran 1952 dan Penyata Razak, 1956. Sistem pendidikan mengalami perubahan positif selepas kemerdekaan Tanah melayu 1957.

Soalan 4
Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya.


Pendahuluan
Pelaksanaan Malayan Union (MU) mendapat tentangan daripada orang Melayu . British terpaksa membubarkan MU dan menubuhkan satu jawatankuasa kerja untuk merangka perlembagaan Tanah Melayu yang baru. Pada 1 Februari 1948 Persekutuan Tanah Melayu (PTM) telah diisytiharkan.

Isi dan Huraian

Ciri-ciri PTM:
PTM terdiri daripada 9 buah negeri Melayu dan 2 buah negeri Selat.
Diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja Dewan Undangan Persekutuan.
Majlis Perundangan pula bertanggungjawab dalam menggubal undang-undang.
Kedaulatan dan kuasa sultan dipelihara. Sultan memerintah dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Majlis Undangan Negeri yang mempunyai kuasa menggubal undang-undang negeri.
Orang Melayu diberi hak-hak istimewa sebagai kaum bumiputera.
Pemberian kerakyatan mengikut prinsip jus soli dihapuskan dan syarat memohon kerakyatan diperketatkan.
Reaksi penduduk Tanah Melayu:
Sebahagian besar masyarakat Melayu menyokong hak-hak istimewa masyarakat Melayu dikembalikan.
Mayarakat Melayu yang menjadi anggota parti berhaluan kiri sprt API,AWAS,PKMM dan PUTERA menentang kerana pemimpin UMNO yang menganggotai jawatankuasa kerja yang berfungsi menggubal Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan syarat-syarat memperoleh kerakyatan semakin ketat.
PKMM,AWAS,API, dan BATAS mendesak rakyat diberi kebebasan utk memerintah negara.
Sebuah badan politik bukan melayu (AMCJA) membantah cara-cara kerajaan memilih ahli jawatankuasa yang merancang cadangan perlembagaan bagi kerajaan PTM.
AMCJA turut membantah pertubuhan kjn PTM
AMCJA dan PUTERA bekerjasama dan mengemukakan idea-idea perlembagaan TM kpd kerajaan British.

Kesimpulan
Masyarakat Melayu berjaya menghapuskan rancangan Malayan Union dan memperkenalkan PTM. Secara tidak langsung kedaulatan raja Melayu dan hak istimewa orang-orang Melayu dapat diperjuangkan. PTM 1948 , menjadi asas kpd Perlembagan Kemerdekaan 1957.

Soalan 5
Huraikan langkah-langkah yang membawa kepada kemerdekaan Tanah Melayu bermula dari 1950.


Pendahuluan
Darurat telah diisytiharkan di Tanah Melayu antara tahun-tahun 1948 hingga 1960. Semasa darurat kerajaan British telah ,mengadakan beberapa perlembagaan dan pembaharuan politik untuk mengukuhkan keazaman penduduk Tanah Melayu menentang komunis. Dengan demikian proses kemerdekaan Tanah Melayu telah dipercepat dan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

Isi dan huraian
Langkah-langkah kemerdekaan Tanah Melayu.

Sistem ahli 1951.
Langkah berkerajaan sendiri. Diperkenalkan oleh Sir Henry Gurney.
Beberapa orang anggota Majlis Perundangan Persekutuan diberi tanggungjawab mengetuai beberapa jabatan kerajaan selah0olah mereka ‘menteri’.
Tokoh dipilih dari semua kaum.
1951, ahlinya terdiri daripada dua orang Melayu, seorang Cina, seorang India dan seorang Serani.
Ahli portfolio mempunyai yugas tertentu. Dato’ Onn Bin Jaafar bertugas dalam Hal Ehwal Dalam Negeri, Dr Lee Tiang Keng dalam bidang kesihatan dan Dato’ EEC Thuraisinggam dalam bidang pelajaran.

Pilihanraya Majlis Tempatan 1951-52
Pilihanraya tempatan pertama bagi Majlis Perbandaran Pulau Pinang diadakan pada tahun 1951. Partio Radikal menang enam daripada sembilan kerusi dan mengalahkan Parti Buruh dan UMNO.
Dalam pilihanraya Majlis Bandran Kuala Lumpur Februari 1952 Perikatan UMNO dan MCA cawangan Selangor memenangi 9 daripada 12 kerusi dan IMP hanya memenangi 2 kerusi.

Pilihanraya Persekutuan 1955
Tarikh pilihanraya diadakan pada 27 Julai 1955.
MIC telah bergabung dengan parti Perikatan . Parti Perikatan meletakkan 52 calon di semua kawasan. Parti lain yang turut bertanding ; Parti Buruh, Parti Negara, Parti Islam Semalaya Ikatan Melayu dan 18 parti bebas.
Parti Perikatan telah memenangi 51 daripada 52 kerusi. Satu kerusi (kawasan Krian) dimenangi Parti Islam Semalaya (PAS).
Selepas pilihanraya umum, sistem ahli telah ditukar menjadi sistem menteri kabinet Tanah Melayu. Tunku Abdul Rahman sebagai Ketua Menteri Tanah Melayu yang pertama. Kebanyakkan kerusi dalam Majlis Eksekutif Persekutuan dikuasai oleh wakil parti Perikatan. Mereka terdiri daripada lima orang ahli UMNO, tiga orang ahli MCA, dan seorang ahli MIC.

Perjanjian London – rombongan London.
1956 – Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London untuk mengadakan rundingan kemerdekaan.
Rombongan terdiri daripada 8 orang wakil : 4 orang wakil raja dan 4 orang wajkil kerajaan Perikatan.
Rundingan mencapai kejayaan apabila Perjanjian Merdeka ditandatangani di London pada 8 Feb 1956.
Kjn British bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Parti Perikatan berjanji tidak akan memilih atau mengambil alih harta benda atau perniagaan British di Tanah Melayu.Pangkalan tentera British akan dikekalkan supaya British dapat melindungi negara dan menjaga kepentingan mereka di antau ini.
Dengan demikian Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan dalam perhimpunan yang diadakan di Bandar Hilir Melaka.

Kesimpulan
Kewibawaan Tunku Abdul Rahman dalam menyelesaikan masalah dan sikap tolak ansur ketiga kaum telah membantu mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu.

Soalan 6
Jelaskan perjalanan sistem Parlimen di Malaysia yang menjadi asas kepada sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. [25]


Pengenalan
Sistem pemerintahan Malaysia ialah Demokrasi Berparlimen dan Raja Berperlembagaan. Kerajaan Malaysia memerintah berasaskan kepada konsep pengasingan kuasa.
Parlimen Malaysia merupakan badan perundangan yang berperanan sebagai satu daripada badan yang memerintah Malaysia. Parlimen Malaysia terdiri daripada 3 kompenen iaitu YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat.

Isi-isi penting

YDPA
Merupakan ketua negara / pusat pemerintahan negara.
Memperkenankan keputusan kerajaan.
Memiliki kuasa melalui peruntukan perlembagaan negara iaitu kuasa budi bicara meliputi perlantikan Perdana Menteri, pembubaran Parlimen, Mesyuarat Majlis Raja-Raja.
Kuasa baginda melalui nasihat Perdana Menteri.
Merupakan satu kompenen Parlimen Malaysia.
Orang terakhir yang meluluskan rang undang-undang (memperkenankan) dengan cara menurunkan cop mohor baginda.
Tidak perlu hadir keseluruhan persidangan parlimen (hanya menyampaikan titah ucapan semasa pembukaan persidangan dan titah dibahas oleh anggota parlimen)

Dewan Negara
Kompenen parlimen kedua tertinggi.
Bukan dipilih melalui pilihan raya tetapi dilantik (sekumpulan anggota yang merupakan wakil kerajaan negeri yang dipilih oleh DUN seramai 2 orang setiap negeri, sekumpulan lagi wakil wilayah Persekutuan, kumpulan ketiga dilantik oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri berasaskan sumbangan jasa dan kemahiran tertentu.
Ahli seramai 69 orang
Berkhidmat selama 3 tahun bagi sat penggal dan boleh menyambung khidmat penggal kedua.
Mereka yang layak berumur 30 tahun ke atas dan warganegara Malaysia.
Memiliki kuasa dan peranan tertentu tidak melebihi kuasa yang diberi oleh perlembagaan kepada Dewan Rakyat dan YDPA.
Tidak berkuasa menggubal undang-undang tetapi hanya berkuasa membuat perbincangan (membahas) tetnag sesuatu yang diluluskan oleh Dewan Rakyat. Dewan Negara hanya berkuasa menangguhkan keputusan jika tidak bersetuju.
Pengendali persidangan ialah seorang Yang Dipertua dan timbalannya.

Dewan Rakyat
Badan ketiga dalam kompenen Parlimen di Malaysia.
Menjadi penentu segala kegiatan yang wujud di Parlimen Malaysia.
Ahli dipilih melalui pilihan raya yang dijalankan 5 tahun sekali.
Wakil yang memenangi pilihan raya akan menguasai Dewan Rakyat dan akan membentuk kerajaan.
Perdana Menteri juga dipilih oleh YDPA iaitu mereka yang mendapat undi majoriti di Dewan Rakyat.
Ahli yang layak ialah rakyat Malaysia berumur 21 tahun (layak mengundi) dan tidak terlibat dalam masalah perundangan.
Berperanan menggubal sebarang bentuk undang-undang negara, menggubal dasar-dasar negara, membuat keputusan yang berkaitan dengan kerajaan dan juga membuat perbahasan dan perbincangan masalah rakyat.
Menjadi landasan wakil rakyat menyuarakan masalah yang dihadapi oleh rakyat di kawasan mereka.
Dewan Rakyat dikendalikan oleh oleh seorang Yang Dipertua dikenali sebagai Speaker dan timbalan Speaker Dewan Rakyat.

Kesimpulan
Sistem Parlimen di Malaysia berjalan lancar dan telah berjaya menjadi contoh kepada banyak negara di dunia. Kejayaan Malaysia memastikan Parlimen berjalan lancar. Ini menjadikan Malaysia negara stabil dalam bidang politik dan ekonomi serta menjadikan Malaysia sebuah negara membangun yang maju.


Bahagian B

Soalan 7:
Bincangkan sistem feudal yang terdapat di Burma dan Vietnam sebelum kedatangan Barat.


Pengenalan (3/2 Markah)
sistem feudal-kerajaan dalam kerajaan kerajaan pusat dikuasai oleh raja.pembesar tempatan mempunyai pengaruh yang besar dalam pentadbiran.
sistem feudal di Asia Tenggara merujuk kepada masyarakat tradisional yang berasaskan kepada masyarakat pertanian
Raja berkuasa mutlak dan pemilik tanah seperti yang terkadung dalam Undang-undang Tiga Tera di Siam dan undang-undang kerajaan Burma.
Raja dianggap wakil tuhan dan bertanggungjawab terhadap agama dan negara.
Sistem pembesar pusat diwujudkan bagi membantu dan melaksanakan penerintahan.

Isi-isi penting.

Burma:
kuasa pembesar wilayah sangat besar dan kadangkala melebihi kuasa raja.
Menerim anugerah besar daripada raja termasuklah mentadbir sebuah wilayah iaitu pembesar seolah-olah menjadi raja di wilayahnya.
Wujud kerana kesan kebergantungan raja pada golongan pembesar , iaitu myomun atau gabenor dan myosa.
Hidup mewah hasil dari penguasaan mereka terhadaop tanah.
Terdapat 4 orang myomun yang mengendalikan hal ehwal tempatn. Berkuasa memungut cukai , sebahagiannya dihantar kpd raja dan lebihnya milik peribadi.
Oleh kerana kuasa pembesar terlalu besar , Raja Mindon mengambil keputusan mengamalkan pemerintahan pusat. Sistem myosa telah dihentikan pada tahun 1861 dan pemerintahn baru diperkenalkan iitu pembayaran gaji kpd pegawai.

Vietnam
Pemerinthan bercorak birokratik yang berasaskan heirarki mandari. Negara dibahagi tiga wilayah iaitu Annam, Tongking dan Cochin-China.
Annam diletakkan di bawah kuasa raja , manakala dua lagi di bawah kuasa wizurai .
Setiap wilayah dibahagikan kpd bbrpa bhagian lebih kecil termasuk provinci, phu, huyen, tong, kemun (xa) dan setiap bahagian ditadbir oleh pembesar yang menyebabkan pemerhatian oleh kjn pusat kurang.
Pembesar menjalankan kuasa sosial dan pemerintahan w/pu raja berkuasa mutlak.
Berlaku disebabkan golongan mandarin merupakan golongan kecil yang terpilih iaitu telah lulus peperiksaan perkhidmatan awam berasaskan ajaran Confucius.
Akibatnya mereka sangat berkuasa dan digelar ‘Feudal Lord’.

Kesimpulan
Sistem feudal di Burma menunjukan kuasa pembesar melebihi kuasa sultan kerana kesan kebergantungan raja terhadap pembesar terutama pemilikan tanah, pengaruh dan mendapat kepercayaan rakyat.
Begitu juga di Vietnam, pembahagian wilayah oleh pembesar telah membuka peluang kpd pembesar meluaskan kuasa.

Soalan 8
Bincangkan peranan dan pengaruh agama Buddha ke atas masyarakat Thailand dan myanmar sebelum kedatangan kuasa Barat.


Pengenalan (3/2 Markah)
Kepentingan agama Buddha dalam amalan hidup.
Hubungan erat dalam organisasi politik dan sosial masyarakatnya

Isi-isi penting
Thailand ( 10 Markah)
Kepentingan di istana dan raja
pelindung dan pengajar agama
raja dianggap pilihan tuhan menjamin kesejateraan dan kemakmuran rakyat
konsep daulat dan keramat.Wajah raja tidak boleh dilihat oleh rakyat.
Peranan dan pengaruh golongan sami/sangha
Dianggap guru/ketua dalam berbagai upacara, misalnya perkahwinan, kematian, pertabalan raja, pembakaran mayat dan permintaan hajat
Kedudukan/status sami lebih kepada kekuatan spiritual
Biara dibiayai oleh pihak pemerintah
Menjadi alat perpaduan antara golongan pemerintah dan golongan diperintah

Pengaruh agama Buddha dalam masyarakat
Pemudah berumur 20-an wajip menjadi sami selama 3 bulan
Mempercayai konsep ‘bun’ (pahala) dan ‘bab” (dosa) dalam kelahiran
Masyarakat akur dengan kedudukan sosial mereka

Myanmar (10 Markah)
Raja sebagai penaung agama
Raja pelindung dan penganjur agama buddha, lebih daripada itu dianggap sebagai simbol kekuasaan dan pengaruh terhadap penduduknya.
Raja dianggap jelmaan Buddha
Istana dianggap suci seperti biara dengan peraturan yang ketat dan sakral.
Keputusan yang dibuat oleh raja dipengaruhi oleh kepercayaannya
Penggunaan gajah putih simbol kedaulatan dan hubungannya dengan kuasa ghaib

Pengaruh golongan sami dan susunan sangha
Golongan pendeta Brahman menjadi bandan penasihat raja dalam disiplin-disiplin dharma, ketua segala alat pertabalan dan perkahwinan serta mendidik agama dikalangan anak-anak pembesar dan raja
Membantu mengawal kepatuhan rakyat kepada kepada institusi beraja

Kesimpulan (2/3 Markah)
Pengaruh kuat agama Buddha kepada masyarakat kedua-dua negara
Kedatangan Barat telah mengurangkan pengaruh berkenaan

Soalan 9
Bincangkan kesan penghijrahan migran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua


Pendahuluan
Penghijrahan orang Cina ke Asia Tenggara khususnya Indonesia dan Filipina berlaku pada abad ke-19. Mereka dibawa masuk untuk menjadi buruh dalam sektor perlombongan. Ditambah lagi dengan galkkan oleh pemerintah Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. Kehadiran orang Cina di Indonesia dan Filipina mendatangkan pelbagai kesan politik , ekonomi dan sosial terhadap kedua buah negara.

Isi-Isi Penting

INDONESIA
Kesan Ekonomi :
Peringkat awal : orang Cina hanya menjadi buruh kasar di estet milik Belanda.
Menjelang pertengahan abad ke19, orang Cina mula menjalankan perdagangan dengan menceburkan diri dalam perniagan, perjudian dan pengangkutan feri.
Orang Cina berjaya menguasai ekonomi Indonesia iaitu kira-kira 37 peratus terlibat degan perniagaan.
Mereka juga telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina pada tahun 1908.

Kesan terhadap sistem pendidikan
Orang Cina telah membuak beberapa buah sekolah sekitar tahun 1909.
Sekolah tersebut menggunakan kurikulum Belanda.
Perkembangan sekolah Cina – Belandadi Indonesia mendapat bantahan dari kjn Negara China Seberang Laut.
Belanda berusaha menyekat pengaruh sekolah Cina kerana ingin mengurangkan penguasaan orang Cina di Indonesia.

Kesan Pentadbiran.
Memainkan peranan dalam Volsraad pada tahun 1918.
Terdapat lima orang wakil orang Cina dalam dewan perwakilan utk menyuarakan hak dan kepentingan mereka.

Nasionalisme
Gerakan kesedaran dalam kalangan masyarakat Cina lebih kepada perkembangan nasionalisme di negara asal mereka.
Wujud pertubuhan sprt Persatuan Orang Cina dan Kelab Pengembara Nanyang.

FILIPINA
Kesan ekonomi
Orang Cina telah melibatkan diri dalam aktikviti ekonomi sprt perniagaan, perlombongn dan pertanian.
Cina Mrstizo : penguasa ekonomi utama Filipina. Bertindak sbg orang tengah kpd pedagang Eropah yang mengimport beras dari Filipina. Juga terlibat dalam pengiulangan beras, industri pembalakan, pemborongan dan ceti. Merupakan tuan tanah yang menjalankan pertanian komersil.
Mereka menguasai sebahagian besar dr industri pembuatan sprt kilang memproses tembakau, garam, barangan kulit dan makanan.
Kesan sosial
Menubuhkan persatuan bagi melindungi hak dan kepentingan ekonomi mereka. Cth 1904 mereka telah menubuhkan Dewan Perniagaan Umum Cina.
Kesan terhadap pendidikan.
Sekolah Cina mula dibina pada pertengahan abad ke 19.
Sekolah Cina mendapat bantuan dr sepanyol dan Amerika Syarikat.
Sekolah Cina yang pertama ialah Anglo-Chinese.
Menjelang abad ke-20, terdapat kira-kira 58 buah sekolah Cina di seluruh Filipina. Antaranya : Sekolah Chung Hua, Sekolah Perdagangan Cina dan Sekolah Sun Yat Sen.

Kesimpulan
Imigran Cina telah menguasai ekonomi,politik mahupun budaya masyarakat di Indonesia dan Filipina.
Rakyat tempatan tidak mampu bersaing dengan orang Cina.
Timbul gerakan anti-Cina yang dilancarkan oleh kaum pribumi Indonesia dan Filipina.

Soalan 10
Huraikan sebab-sebab penentangan rakyat Filipina terhadap penjajahan Barat di negara tersebut pada abad ke-19.


Pendahuluan
Kehadiran bangsa asing di Filipina telah dimulai oleh orang Sepanyol dan kemudian negara tersebut telah dijajah oleh Amerika Syarikat
Kehadiran kuasa-kuasa Barat telah menyebabkan pelbagai perubahan yang berlaku dalam kehidupan rakyat Filipina
Pihak Barat telah melakukan banyak perubahan dasar, terutama berkaitan dengan penguasaan terhadap politik tempata
Barat sekali gus telah memperkenalkan dasar ekonomi yang banyak menindas rakyat Filipina, malahan seringkali berlaku diskriminasi dalam kehidupan rakyat

Isi-Isi Penting

Sepanyol telah mengambil alih pemerintahan Filipina, ini menyebabkan penguasa tempatan kehilangan hak dan kekuasaan, malahan Sepanyol telah melakukan penindasan terhadap masyarakat tempatan
Sepanyol telah melakukan penindasan ekonomi terhadap penduduk tempatan, di mana semua dasar ekonomi Sepanyol menguntungkan pihak penjajah semata-mata sedangkan rakyat Filipina tertindas dan mengalami kerugian
Pihak Sepanyol telah bertindak mengharamkan kegiatan ekonomi masyarakat setempat
Kehilangan sumber dan pengharaman industri arak di Ilocos menyebabkan penentangan terhadap sepanyol

Pentadbiran tentera Sepanyol di Filipina telah melakukan diskriminasi terhadap golongan tentera berbangsa Filipina, di mana tentera Filipina tidak diberi peluang untuk kenaikan pangkat, oleh itu dasar ini telah menyebabkan golongan tentera Filipina melakukan penentangan terhadap kepimpinan tentera Sepanyol yang berada di Filipina
Penentangan turut dilakukan oleh golongan paderi Kristian berbangsa Filipina kerana wujud diskriminasi hak di kalangan paderi, di mana paderi Kristian berbangsa Sepanyol mendapat banyak keistemewaan dan diberi keutamaan dalam mengendalikan upacara-upacara keagamaan sedangkan paderi berbangsa Filipina dikategorikan sebagai kelas kedua sahaja.
Golongan berpendidikan melakukan penentangan terhadap Sepanyol kerana mereka menuntut supaya mereka diberikan peluang untuk menjawat jawatan penting dalam pentadbiran negara, walau bagaimanapun pemerintahan Sepanyol tidak membenarkan rakyat Filipina menjalankan pemerintahan negaranya sendiri.
Penutup
Penentangan oleh rakyat Filipina terhadap pemerintahan Sepanyol banyak didorong oleh perasaan tidak puas hati terhadap segala dasar yang dilaksanakan sepanjang menjajah negara tersebut

Pemerintahan Sepanyol menganggap rakyat Filipina sebagai tidak setaraf dengan bangsa Sepanyol, justeru rakyat Filipina tertekan dan berusaha untuk mendapatkan semula hak mereka telah melakukan beberapa siri penentangan terhadap pemerintahan Sepanyol, walaupun tidak berjaya mengusir Sepanyol dari bumi Filipina, tetapi usaha sedemikian telah menjadi pemangkin terhadap kebangkitan kesedaran semangat kebangsaan di kalangan bangsa Filipina


Soalan 11
Bincangkan Kesan-kesan pendudukan Jepun di Asia Tenggara.

Pengenalan(3/2 Markah)
Perang Dunia Kedua muncul dengan penguasaan Jepun di Asia . Hampir seluruh negara-negara di Asia Tenggara jatuh ke tangan.
Penduduk Jepun ini telah meninggalkan beberapa kesan negatif dan positif kepada Asia
Kesan ini terus kekal bairpun selepas pengunduran Jepun

Isi-isi penting
Kesan Positif (10 Markah)
Politik
Penduduk tempatan mendapat peluang mentadbir kerajaan sendiri
Pejuang nasionalisma di lepaskan dari tahanan, cth. Sukarno di Indonesia dan Dr. Ba Maw di Myanmar
Memberikan kemerdekaan . Contohnya Flipina, Myanmar dan Indonesia.
Kebebasan berpersatuan seperti PUTERA(Pusat Tenaga Rakyat) di Indonesia

Ekonomi.
Kesedaran betapa pentingnya ekonomi pertanian sara diri sewaktu hubungan luar terputus kerana perang .
Pemulihan kegiatan ekonomi yang musnah kerana dasar bumi hangus British

Sosial
Menanamkan nilai-nilai yang positif seperti kepatuhan kepada pemimpin, Rajin dan berdisipilin serta semangat cintakan tanah air yang tinggi.
Pertemuan golongan agama antara negara misalnya pertemuan Golongan ulama Indonesia dengan Tanah Melayu telah di adakan.

Kesan Negatif(10 Markah)
Politik
Pemerintahan tentera menyebabkan pemimpin tempatan kurang di gunakan sebagai pentadbir.

Ekonomi
banyak negara mengalami kemelesetan ekonomi dan kejatuhan nilai mata wang
ladang ,kilang dan pelabuhan turut musnah. Menyebabkan hasil keluaran tidak dapat di pasarkan ke luar negara.
Berlaku inflasi

Sosial
Banyak kemudahan infrastruktur dan perhubungan musnah. Pembinaan jalan kereta api maut di Myanmar meninggalkan kesan emosi yang kuat.
Jepun memperkenalkan budaya Jepun Seperti tulisan Jepun dan bahasa Jepun

Penutup (2/3 Markah)
Kesan-kesan ini dikenal pasti di Asia Tenggara. Selepas pengunduran Jepun, masyarakat tempatan lebih terbuka mata dan m3eny3edari tentang pentingnya kemerdekaan.


Soalan 12
Huraikan dasar luar yang diamalkan oleh Jepun dan India setelah tamat Perang Dunia Kedua.


Pendahuluan : (2M)
Selepas tamat Perang Dunia Kedua, negara Jepun dan India telah mengamalkan dasar luar. Kedua-dua negara ini berusaha untuk menjalinkan hubungan dengan negara-negara lain.
Selain itu, kedua-dua negara ini juga menganggotai pertubuhan antarabangsa. Hubungan luar negara Jepun dan India dengan negara-negara luar bertujuan untuk memajukan bidang ekonomi terutama perdagangan. Malahan hubungan diplomatik sangat penting untuk mewujudkan banyak peluang pelaburan di negara-negara luar.

Isi-isi penting: (20 M)
DASAR LUAR JEPUN : (10M)

Jepun telah menubuhkan bentuk dasar luarnya bermula dai tahun 1951 selepas menandatangani perjanjian damai San Francisco. Pada bulan Julai 1951, Amerika Syarikat dan Great Britain telah menghantar jemputan kepada 55 negara Pihak Bersekutu yang berperang dengan Jepun untuk menghadiri suatu persidangan keamanan yang diadakan di San Francisco pada 4 September 1951.
Jepun telah bersetuju untuk memperolehi keahlian dalam PBB dan menghormati hak-hak kemanusiaan dalam perlembagaan baharu. Jepun juga melepaskan tuntutannya ke atas Taiwan (Formosa), kepulauan Pescaderos, kepulauan Kurile, Sakhlin Selatan dan pulau-pulau bermandat di Pasifik. Jepun telah menentukan asas dasar luarnya beroriantasikan hubungannya dengan Amerika Syarikat dan komuniti kuasa-kuasa Barat dan juga membina kerjasama dengan negara-negara demokrasi.
Jepun juga mementingkan hubungan baik dengan Korea, China dan negara-negara Asia Tenggara (ASEAN). Untuk memastikan hubungan baik ini, Perdana Menteri Jepun yang dilantik mesti melakukan lawatan rasmi ke negara-negara ini. Hubungan dengan Rusia pula dibayangi oleh masalah status dan hak milik Wilayah Utara, Hamobai dan Shikotan. Hal ini menyebabkan Jepun dan Rusia perlu menandatangani suatu perjanjian persefahaman dan keamanan. Jepun telah bekerja keras ke arah menuntut hak miliknya terhadap wilayah tersebut. Jepun masih tetap mempunyai hubungan baik dengan Rusia dalam bidang ekonomi dan kebudayaan.
Jepun boleh dikatakan mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara dan cintakan keamanan. Hubungan tegang dengan Rusia telah dipulihkan melalui suatu perjanjian bersama pada tahun 1956 dan selepas itu Jepun diterima kembali ke pangkuan PBB pada 18 Disember 1956. Jepun juga diterima menjadi anggota semua cabang agensi khas pertubuhan tersebut. Jepun juga bergiat dalam ECAPE dan Rancangan Bantuan Teknikal. Bahkan Jepun telah melibatkan diri dengan memberikan bantuan kewangan dan teknikal kepada banyak negara.

DASAR LUAR INDIA : (10M)

Republik India merupakan sebahagian besar daripada kawasan benua kecil India dan ini termasuklah Kepulauan Andaman dan Nikobar di Teluk Benggala, Kepulauan Laccadive, Minicoy dan Amindivi di Laut Arab. India telah menjadi anggota PBB sejak tahun 1946 dan telah menganggotai banyak jawatankuasa cawangan PBB. India juga telah menjadi anggota penting dalam Pertubuhan Komanwel dan Rancangan Colombo.
New Delhi sering menjadi tuan rumah kepada pelbagai Persidangan Antarabangsa. Contohnya ECAPE pada tahun 1956 dan 1961. India juga menjadi tuan rumah kepada persidangan ILO bagi rantau Asia pada tahun 1957. Mengambil bahagian dalam melaksanakan Perjanjian Damai di Korea yang mana melibatkan para pegawai tentera India sendiri. India terlibat secara langsung dalam melaksanakan Perjanjian Damai dan Perjanjian Senjata di Vietnam, Laos dan Kemboja.
Perdagangan luar India melibatkan eksport bahan mentah dan bahan industri serta tekstil yang ditukar dengan barangan mesin berat dan peralatan. Esport terpenting termasuklah teh dan jut. England merupakan pelanggan India yang utama diikuti oleh Amerika Syarikat, Jerman, Jepun, Rusia dan negara-negara perindustrian yang lain.

Kesimpulan : (3M)
Dasar luar yang diamalkan oleh negara Jepun dan India berjaya mewujudkan hubungan yang baik dengan semua negara. Bentuk hubungan yang diamalkan oleh Jepun dan India selepas Perang Dunia Kedua adalah untuk meningkatkan hubungan perdagangan. Melalui langkah ini dapat memulihkan ekonomi mereka.
Kedua-dua negara Jepun dan India telah menganggotai pelbagai pertubuhan antarabangsa untuk mendapat pengiktirafan dunia. Hubungan diplomatik telah mengembangkan perdagangan negara tersebut.

Tiada ulasan:

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...