Sabtu, 31 Januari 2009

Jawablah?
















Siapakah tokoh sejarah ini dan sumbangannya..





Tokoh Sejarah?
















Nyatakan Nama dan Sumbangan Tokoh Sejarah Ini?





SILA JAWAB SOALAN MUDAH INI....?
















Siapakah tokoh-tokoh sejarah ini?










Nyatakan negara tokoh ini.










Berikan 3 sumbangan mereka dalam sejarah.










TIADA SESALKU

Ku cerita sayang, bercucuran
Air mata kerinduan
Sakit sayangnya bicara perpisahan
Kau singkirkan aku dalam keharuan
Kalau itu mahumu tiada penyesalan

Sejak dahulu kita berdua
Selalu satu hati
Kenapa baru sekarang aku ditinggalkan
Kau patut mengerti seksanya pabila ditinggalkan

Jangan lagi seksa hatiku sudah cukup terluka
Biarlah aku bersahabat dengan hati terseksa
Mengapa sayang harus aku ditinggalkan
Mengapa tiada maaf darimu

Jangan seksa hatiku lagi sudah cukup terluka
Biarlah aku bersahabat dengan hati terseksa
Mengapa sayang harus aku ditinggalkan
Mengapa tiada maaf darimu

Dunia ini kurasakan gelap
Siang malamku tiada menentu
Aku menangis sayang keseorangan
Kamu terlalu keriangan
Cuma satu pintaku padamu kasihkuBiarkan aku terus dapat merindukanmu

JANJIKU PADAMU

Semua janjimu masih teringatku
Tidak pernah hilang dari fikiranku
Terlalu sayangku padamu
Biarpun kau jauh dariku


Tiada penyesalan mencintaimu
Sakit ku fikirkan hingga tengah malam
Kau faham kasiku terlampau padamu
Sampai ketikanya kau tinggalkan aku

Hanya kamu melukakanku
Terpisalah kita oh sayang
Tidak akan kembali kasihku terpatri padamu
Hanya kamu lukakanku

Hanya kamu lukakanku
Terpisahlah kita sayang
Tidak akan kembali kasihku terpatri padamu
Hanya kamu lukakanku oh sayang

Biarkan aku membawa dukamu
Takdir tuham membawa padaku
Biar sakit rinduku
Tidak tertahanku
Terpisah kita tidak akan kembali
Terisah kita tidak akan kembali

HANYA JIWA TERTAHAN

Fikiranku resah
Bila cinta tiada
Kukuh kasih mesra
Untuk kami berdua
Sukarnya berpisah

Sakit ku tahankan
Bila cinta terpendam
Kerana kekayaan
Tiada yang dipandang
Hanya jiwa tertahan

Engkau gadis idaman
Sebab itu aku bermati-matian
Hanya kamu yang tersayang
Sedangkan aku dipermainkan

Engkau gadis idaman
Sebab itu aku bermati-matian
Hanya kamu yang tersayang
Sedangkan aku dipermainkan

Andainya aku tahu
Aku tak pedulikanmu
Bukan salah dariku
Dari orang tuamu
Tak sudi menerimaku

Sakit ku tahankan
Bila cinta terpendam
Kerana kekayaan
Tiada yang dipandang
Bisikan jiwa tertahan

Engkau gadis idaman
Sebab itu aku bermati-matian
Hanya kamu yang tersayang
Biar aku dipermainkan

BERGANTI SUDAH KASIHMU PADAKU

Bukannya aku tidak pedulikanmu
Sebab kasih, ku takut ditahu
Kalau kau dan aku, janji tetap bersatu
Hanya tuhan, yang maha tahu

Biarlah, kalau bukan jodohku
Sakit lagi untukku fikirkanmu
Jika kita berdua
Hanya takdir tentukan
Biarlah, hanya bersabarkan

Percayalah kasih, pada diriku
Tidak juga aku lupakanmu
Hanya kau kasih, di dalam hatiku
Hidup kematiku akan bersamamu

Sesakit, terhiris sembilu
Sakit lagi ku terkenangkanmu
Jika dah diam membisu
Tetap dah menduakanku
Berganti, sudah kasihmu padaku


Percayalah kasih, pada diriku
Tidak juga aku lupakanmu
Hanya kau kasih, di dalam hatiku
Hidup kematiku akan bersamamu

Siang malam
Aku terkenangkanmu
Sebab kasih cintaku terlalu padamu
Jika kau tak didepanku
Menangis dalam hatiku
Hanya tuhan, yang maha tahu

Sesakit, terhiris sembilu
Sakit lagi terkenangkanmu
Jika dah diam membisu
Tetap dah menduakanku
Berganti sudah, kasihmu padaku

Percayalah kasih, pada diriku
Tidak juga aku lupakanmu
Hanya kau kasih, di dalam hatiku
Hidup kematiku akan bersamamu
Berganti, sudah kasihmu padaku

Selasa, 20 Januari 2009

Penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Vietnam dan Filipina pada abad ke-19.(Excel 1)

Penentangan yang dimaksudkan ialah reaksi masyarakat tempatan akibat daripada kemasukan pengaruh Barat yang menyebabkan berlaku perubahan dan gangguan terhadap sistem politik, sosial dan ekonomi tradisional. Penentangan dan reaksi yang timbul sekitar abad ke-19 ini dapat dianggap sebagai satu permulaan ke arah penentangan yang lebih menjurus untuk mengembalikan hak pribumi terutama di Vietnam dan Filipina.

Isi
Penentangan Masyarakat Tempatan di Vietnam
Mempunyai kaitan dengan usaha untuk mengambil kembali wilayah yang telah dikuasai oleh Perancis seperti wilayah Cochin-China. Penentangan dalam bentuk pemberontakan sekitar tahun-tahun 1880-an telah gagal.Tahap awal hubungan antara Vietnam dengan Perancis adalah baik terutama semasa pemerintahan Maharaja Gia Long.Akibat kemasukan Barat, penentangan anti Kristian telah muncul di Vietnam dan pada tahun 1825 Ming Mang telah memusnahkan gereja dan bertindak kejam terhadap penganut agama Kristian kerana dianggap merosakkan budaya Vietnam.Dua Paderi Perancis telah dibunuh pada tahun 1851 dan tahun 1852 iaitu Augustie Schoeffer dan Jen Louis Bronnard. Pada tahun 1856 Biskop Diaz telah dibunuh di Tongking semasa pemerintahan Tu Duc.Vietnam telah menyerang kubu Perancis di Tourane.
Campur tangan Perancis di Kemboja telah menimbulkan penentangan daripada Putera Si Vatta. Penentangan bermula apabila Siam berjanji untuk melepaskan wilayah Kemboja dan Perancis perlu menghormati kemerdekaan Kemboja. Namun begitu Perancis tidak melaksanakannya tetapi sebaliknya melakukan pembaharuan di Kemboja sehngga menimbulkan perasaan tidak puas hati.Akibatnya Raja Norodom telah dipaksa oleh Perancis untuk menerima pembaharuan yang diperkenalkan meliputi aspek politik, sosial, dan ekonomi sehingga raja hanyalah boneka dan mengetuai adat istiadat diraja dengan beberapa keistimewaan sahaja.
Seterusnya Perancis memperkenalkan dan melantik seorang Residen Superior bagi menjalankan pentadbiran negara.Di bawahnya diletakkan seorang Residen yang berperanan mengawasi seluruh wilayah Kemboja terutamanya pegawai tempatan dan Majlis Mesyuarat.
Sebab itu pada tahun 1885 muncul Si Vatta mengetuai pemberontakan menentang Perancis. Penentangan berlangsung selama 18 bulan dan berakhir pada tahun 1892 dengan Si Vatta menyerah kalah.Pada tahun 1895 muncul penentangan di Tongking dan Annam. Penentangan di Tongking diketuai oleh De Tham tetapi dapat dihentikan oleh Perancis pada tahun yang sama.

Reaksi Masyarakat Tempatan di Filipina
Pembrontakan sekitar tahun 1807 – 1872
Penentangan pertama di Filipina berlaku sekitar tahun 1807 di Ilacos yang lebih dikenali sebagai pemberontakan Casi. Ini disebabkan oleh campur tangan Sepanyol dalam pembuatan arak dan memaksa orang tempatan membelinya daripada Sepanyol.Ini menyebabkan Casi (pembuatan arak tempatan) telah terjejas sehingga mereka hilang punca pendapatan apabila pemerintah Sepanyol mengharamkan pengambilan dan penjualan oleh orang pribumi tempatan.
Pemberontakan kedua berlaku pada tahun 1823 yang dikenali sebagai Pemberontakan Novales. Ini disebabkan berlakunya diskriminasi dalam ketenteraan.Pemberontakan ketiga berlaku pada tahun 1840 yang dikenali sebagai Pemberontakan Tayabas. Ianya lebih menjurus kepada rasa tidak puas hati di kalangan paderi tempatan yang tidak mendapat layanan yang sama seperti paderi Barat terutama dari Sepanyol. Pemberontakan diketuai oleh Apolinario de la Cruz.
Pada tahap ini secara keseluruhannya pemberontakan dapat dikatakan gagal untuk mengganggu gugat kedudukan Sepanyol disebabkan tiadanya tokoh pemimpin yang dapat menyelaraskan penentangan mereka.
Pemberontakan pada tahun 1872
Pemberontakan utama yang berlaku pada tahun ini dikenali sebagai Pemberontakan Cavite.
Penentangan ini merupakan permulaan ke arah pemberontakan bercorak nasionalisme di Filipina.Ianya menggabungkan golongan paderi dan tentera yang diketuai oleh Sarjan Lamadrid.
Pemberontakan ini gagal disebabkan kekurangan senjata dan kurang pengalaman berbanding angkatan Sepanyol. 3 orang paderi Filipina telah dijatuhi hukuman bunuh iaitu Mariano Gomez, Jose Burgos, dan Jucinto Zamoro.Pemberontakan ini wujud disebabkan dasar Sepanyol yang menjadkan bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar dan menggunakan agama Kristian serta sistem yang berasaskan kepada corak Sepanyol. Ianya diperkuatkan lagi dengan Paderi Sepanyol sendiri yang menyalahgunakan kekuasaan di samping diskriminasi yang diamalkan oleh pemerintah Sepanyol dalam pemberian tugas dan jawatan dalam gereja. Terdapat penindasan antara paderi tempatan oleh paderi Barat walaupun mereka berkeupayaan melaksanakan tugas, kemampuan serta layak.Keadaan ini turut menyumbang kepada munculnya golongan yang mendapat pendidikan Barat seperti Jose Rizal. Emilio Aguinaldo mula mengembangkan semangat nasionalisme pada tahap ini.Kemuncak pemberontakan Cavite ini ialah apabila Da La Tora sebagai Gabenor Filipina memansuhkan perundangan yang menyekat perbincangan politik. Hal ini turut menyumbang kepada kemunculan pemberontakan ini.
Akibatnya lahirlah gerakan yang dikenali sebagai Propaganda mulai tahun 1882 yang melibatkan pelajar Filipina yang berada di luar negara dan mendapat sokongan daripada golongan profesional.

Kesimpulan
Penentangan terhadap kuasa Barat pada abad ke-19 di Vietnam dan Filipina menemui kegagalan disebabkan tiadanya penyelarasan yang teratur, kekurangan pengalaman dalam menentang pasukan Barat yang lengkap dengan alatan ketenteraan dan juga tiada koordinasi serta tokoh yang berwibawa. Walau bagaimanapun, ianya dapat dijadikan sebagai asas dalam kemunculan semangat nasionalisme yang lebih jitu menjelang abad ke-20 dalam usaha mencapai kemerdekaan di Asia.

Dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan India pada abad ke-19(Excel 1)

Pada abad ke-19 kebanyakan kuasa Barat menjalankan dasar imperialisme di Asia.
Vietnam dan India dikuasai oleh Barat menerusi proses pengilhakan
Vietnam diduduki oleh Perancis manakala India oleh British

Dasar pengilhakan British di India
Proses pengilhakan dilakukan oleh British pada abad ke-19 melalui 3 zaman iaitu:

Zaman Lord Bentick
Menjadi Gabenor Jeneral British (1825 – 1835) di India.
Mengilhakan wilayah-wilayah seperti Cachar, Coorg dan Mysore.
Alasannya ialah pembesar wilayah gagal menjalankan pentadbiran dengan stabil dan aman.
Penglibatan dijalankan atas permintaan dan kehendak penduduk tempatan.

Zaman Lord Ellenborough
Pengilhakan dengan cara mencantumkan wilayah Sinf, Gwalior dan Panian selepas kematian

Daulat Rao Sindhia.
Menawan Lahore (1846) dan berjaya menewaskan tentera Sikh sehingga menandatangani Perjanjian Perdamaian pada 9 Mac 1846.

Zaman Lord Dalhousie (1846 – 1856)
pengilhakan melalui 2 cara:
Docrine of Lapse atau Undang-undang Lesap Waris.
Mana-mana wilayah yang berada di bawah naungan British gagal meninggalkan waris selepas kemangkatan baginda negeri itu akan diambil alih oleh British.
contohnya pengilhakan ke atas Sarata (1848), Jaipur dan Sambalpur (1849).
Doktrin Kebaikan untuk Diperintah
wilayah atau negara yang diambil alih oleh British jika berlaku
kezaliman dan pemerintahan tidak stabil.
contoh pengilhakan ke atas wilayah Oudh kerana pemerintahnya mengabaikan pemerintahan dan berlaku kekacauan.

Dasar pengilhakan British di Vietnam
Pengilhakan Tourance dan Saigon
Kemuncak permusuhan Perancis – Vietnam semasa pemerintahan Maharaja Tu Duc.
Berlaku kegiatan anti-Kristian dan berlaku pembunuhan mubaligh-mubaligh Kristian.
Perancis menggunakan pembunuhan paderi Sepanyol (Bishop Diaz) sebagai alasan untuk menyerang Vietnam.
Pada 1 September 1858, Tourance jatuh ke tangan Perancis.
Pada Februari 1859, Saigon yang merupakan kawasan penanaman padi utama pula menjadi milik Perancis ekoran masalah kekurangan makanan yang dihadapi oleh tentera Perancis.
1862, Tu Duc telah mengaku kalah dan menuntut perdamaian.
Syarat-syarat perjanjian
Tu Duc menyerahkan 3 wilayah ke timur Cochin-China kepada Perancis.
Pelabuhan-pelabuhan seperti Tourance Barat dibuka kepada Perancis.
Kapal-kapal Perancis dibenar belayar di sepanjang sungai Mekong.
Vietnam juga berjanji memberi kebebasan beragama dan mubaligh-mubaligh Kristian dibenarkan menyebarkan agama Kristian di seluruh Vietnam.

Kesimpulan
Perancis dan British berjaya menggunakan taktik pengilhakan untuk merampas dan menjajah Vietnam dan India. Kehadiran kuasa Barat ini menimbulkan rasa tidak puas hati rakyat tempatan. Menjelang abad ke-20 muncul gerakan-gerakan nasionalis untuk menentang pentadbiran Barat.

Faktor-faktor yang mendorong campur tangan kuasa-kuasa Barat di negara-negara Asia menjelang abad ke-19.(Excel 1)

Sejak abad ke-15 hingga abad ke-17 lagi kuasa-kuasa barat seperti Portugal, Sepanyol, Belanda, British, Perancis dan Amerika Syarikat telah menjelajah dan meneroka negara-negara di benua Asia. Menjelang abad ke-19 kuasa-kuasa barat ini telah campur tangan di negara-negara Asia melalui dasar imperialisme masing-masing.
Terdapat banyak faktor yang mendorong campur tangan kuasa-kuasa barat di Asia yang merangkumi faktor ekonomi, politik dan sosial.

Faktor Ekonomi.
Kepentingan ekonomi telah mendorong kuasa-kuasa barat untuk campur tangan di negara-negara Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan. Bermula pada abab ke-15 kuasa-kuasa barat berminat untuk menguasai kekayaan dan bahan mentah yang terdapat di Asia seperti rempah, teh dan sutera. Keinginan ini semakin berkembang selepas meletusnya Revolusi Perindustrian di Britain.
Kuasa barat berlumba-lumba untuk mencari kawasan yang kaya dengan bahan mentah untuk memenuhi keperluan industri negara masing-masing. Kawasan-kawasan ini juga dijadikan sebagai pasaran bagi pelbagai hasil keluaran industri mereka.
Kepesatan industri mengetin makanan dan pembuatan kenderaan mendorong Britain untuk campur tangan di negara-negara Asia Tenggara yang kaya dengan bijih timah, petroleum dan getah. British juga turut meluaskan pengaruh politiknya di India dan China.
Perancis meluaskan kuasanya ke Vietnam kerana ingin menguasai perdagangan di China melalui Sungai Mekong dan Wilayah Tongking. Belanda pula ingin monopoli perdagangan rempah di Kepulauan Indonesia dengan menguasai kepualauan Maluku, Tidore dan Ternate. Manakala Amerika Syarikat memerlukan tempat persingahan kapal-kapal nelayan dan menjaga kepentingan perdagangannya dengan China. Oleh itu Amerika Syarikat menguasai Pelabuhan Hakodate dan Shimoda di Jepun.

Faktor Politik.
Kuasa-kuasa barat berhasrat untuk meluaskan empayar masing-masing bagi meningkatkan imej sebagai kuasa hegemoni di mata dunia. Kuasa barat yang mempunyai tanah jajahan yang luas akan disanjungi dan di hormati.
Britain, Perancis, Amerika Syarikat, Belanda dan Sepanyol berlumba-lumba untuk meluaskan empayar masing-masing. Jerman dan Itali juga tidak ketinggalan dalam persaingan ini.
Persaingan di kalangan kuasa-kuasa barat ini telah mempercepatkan lagi proses campur tangan mereka di Asia. British memerangi Burma kerana kebimbangan terhadap perluasan kuasa Perancis. Desakan kerajaan dan golongan kapitalis turut mempengaruhi campur tangan British di China, India dan Myanmar.
British dan Belanda menggunakan slogan “beban orang putih” manakala Perancis menggunakan slogan “tugas menyebarkan tamadun”. Mereka mendakwa lebih bertamadun dan bertanggungjawab untuk mentamadunkan masyarakat di Asia.
Pergolakan politik di negara-negara Asia mengundang campur tangan kuasa barat dalam pemerintahan dan pentadbiran. Pemerintah tempatan gagal menjaga keamanan dan keselamatan lantas memaksa kuasa-kuasa barat untuk memberi bantuan seperti penglibatan Belanda dalam membenteras masalah perlanunan di Kepulauan Rempah di Indonesia.

Faktor Agama.
Tugas menyebarkan agama dianggap suci. Oleh itu Perancis menyebarkan agama Kristian di Vietnam, Sepanyol di Filipina dan Belanda di Indonesia.
Lanjutan daripada Perang Salib mendorong kuasa barat mengkristiankan masyarakat tempatan di negara-negara Asia Tenggara bagi menyaingi pengaruh agama Islam yang kukuh bertapak di Asia. Kesannya ramai masyarakat tempatan di Vietnam, Filipina dan Indonesia menganut agama Kristian.

Lain-lain Faktor.
Perkembangan dalam bidang sains dan teknologi, perhubungan dan pengangkutan serta revolusi dalam ilmu pengetahuan menjadi pemangkin kepada campur tangan kuasa-kuasa barat di Asia.
Kemampuan bidang perkapalan dan pelayaran membolehkan kuasa-kuasa barat menghasilkan kapal berkuasa wap untuk mengharungai lautan yang luas.
Pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan perjalanan dan menjimatkan kos pengangkutan antara barat dan timur.
Selain itu penghasilan telegraf dalam bidang telekomunikasi mempercepatkan penyebaran maklumat terutama dalam urusan perniagaan dan perdagangan.

Penutup.
Abad ke-19 dianggap sebagai zaman perluasan kuasa-kuasa barat kerana dorongan dari pelbagai faktor. Kepentingan ekonomi dilihat sebagai faktor utama yang membawa kepada campur tangan kuasa-kuasa barat dan dibantu oleh faktor-faktor lain.
Campur tangan ini telah memberi implikasi yang dalam sistem politik, ekonomi dan sosial masyarakat tempatan di Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan.
Kesemua negara-negara di Asia telah jatuh ke tangan kuasa-kuasa barat kecuali Thailand. Jepun dijajah secara tidak langsung oleh Amerika Syarikat manakala negara China diibaratkan sebagai sebiji tembikai yang dibahagi-bahagikan oleh kuasa-kuasa barat.

Sistem masyarakat feudal di negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa barat.(Excel 1)

Masyarakat China dan Jepun adalah masyarakat feudal. Feudal didefinasikan sebagai satu bentuk kerajaan yang dikuatkuasakan secara tempatan oleh individu tertentu bukannya kerajaan pusat.Struktur masyarakatnya berbentuk piramid. Masyarakat dibahagikan kepada golongan pemerintah dan golonganyang diperintah.
Semasa zaman dinasti Ching (1644-1911) masyarakat China terdiri daripada maharaja, sarjana, petani, tukang mahir, saudagar dan rakyat jelata.
Sebelum pemerintahan Maharaja Meiji, masyarakat Jepun dibahagikan kepada Maharaja, Daimyo, Samurai, petani dan saudagar.

Di negara China, maharaja merupakan tunggak kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak ke atas pemerintahan negara, rakyat dan tanah. Maharaja dianggap sebagai “Anak Syurga” yang akan memerintah mengikut mandat dari tuhan. Maharaja bertanggungjawab ke atas malapetaka yang menimpa rakyat. Kegagalan maharaja melindungi rakyat di anggap sebagai petanda bahawa mandat yang telah diberikan telah ditarik oleh tuhan. Oleh itu maharaja tersebut perlu digulingkan dan diganti dengan maharaja yang baru.

Golongan masyarakat selepas maharaja ialah pembesar atau golongan bangsawan. Mereka ditauliahkan dan diberi cop mohor oleh maharaja untuk memerintah. Golongan ini juga dianugerahkan tanah sebagai penghargaan ke atas sumbangan ketenteraan oleh mereka.

Golongan sarjana ialah golongan intelektual mempunyai darjat yang paling tinggi. Mereka akan dipilih sebagai pegawai kerajaan berdasarkan kelulusan yang mereka perolehi dalam peperiksaan awam China.

Peperiksaan ini diperkenalkan sejak Dinasti Han merangkumi peperiksaan bandar, peperiksaan wilayah dan peperiksaan istana yang akan dikendalikan oleh maharaja sendiri. Kelulusan dalam peperiksaan ini akan menjamin kedudukan mereka dalam pemerintahan kerajaan.

Golongan masyarakat yang kedua penting ialah golongan petani. 80 % daripada penduduk China adalah masyarakat petani. Mereka bertanggungjawab mengeluarkan bahan makanan secukupnya bagi memastikan kemampuan negara China menampung keperluan rakyatnya.

Seterusnya adalah tukang-tukang mahir dan diikuti oleh golongan saudagar. Disebabkan negara China berpendirian anti kepada kegiatan perdagangan maka golongan ini dipandang rendah. Ini adalah kerana aktiviti perdagangan dianggap sebagai suatu pekerjaan yang hina.

Golongan paling bawah terdiri daripada askar-askar dan orang gaji. Askar-askar ini biasanya terdiri daripada banduan-banduan yang telah dijatuhkan hukuman.

Masyarakat feudal di Jepun zaman Tokugawa (1603-1867) terdiri daripada Daimyo, Samurai, petani, tukang mahir dan saudagar.

Maharaja hanyalah sebagai boneka dan dijadikan simbol pemerintahan sahaja. Kuasa pemerintahan sebenar terletak ditangan Shogun dan dibantu oleh daimyo-daimyo. Daimyo yang penting adalah daimyo Fundai. Mereka akan membantu Shogun dalam pemerintahan. Mereka merupakan anggota keluarga dan sekutu-sekutu Shogun. Mereka dikurniakan tanah dibahagian tengah dan utara Honshu.
Diamyo Tozama ialah musuh Shogun. Mereka terdiri daripada suku-suku barat seperti Satsuma,Chosu,Toza dan Hizen. Mereka akan diawasai oleh Shogun dan dilarang memasuki istana maharaja di Kyoto.

Golongan daimyo sangat berkuasa di Jepun dan dikatakan mengalahkan kuasa yang dimiliki oleh maharaja sendiri.

Golongan samurai mempunyai kedudukan yang istemewa kerana kemahiran mereka dalam bidang ketenteraan. Kekuatan ketenteraan mereka menjadi tulang belakang kepada daimyo dan golongan bangsawan. Golongan samurai akan mempertahan hak milik serta melindungi keselamatan tuannya. Mereka tidak dibenarkan menceburi bidang pekerjaan yang lain.

Golongan petani menduduki tempat yang istimewa kerana Jepun juga adalah negara pertanian. Mereka merupakan pembekal beras kepada masyarakat dan pembayar cukai kepada kerajaan Jepun.

Tukang-tukang mahir adalah kedua penting selepas petani. Mereka mahir membuat alat-alat senjata seperti pedang untuk kegunaan samurai.

Golongan seterusnya adalah pedagang-pedagang. Walaupun mereka dipandang rendah dan tidak dibenarkan dalam pergerakan sosial namun keamanan yang mendorong perkembangan ekonomi membolehkan mereka mengumpul kekayaan dan berjaya sebagai pemiutang kepada golongan bangsawan.

Penutup.

Dalam sistem feudal di China dan Jepun maharaja merupakan pemerintah secara de facto manakala kuasa pemerintahan sebenar ditentukan oleh pembesar masing-masing.Kedatangan kuasa-kuasa barat pada abad ke-19 dan 20 memberi kesan kepada sistem masyarakat feudal di China dan Jepun

Adat yang diamalkan oleh masyarakat China dan India sebelum kedatangan Barat.(Excel 1)

Pengenalan
Masyarakat tempatan di Asia mempunyai satu sistem masyarakat yang tersusun sebelum abad ke-19 lagi.
Kehidupan seharian mereka adalah berlandaskan hukum adat
Adat merupakan amalan dari generasi ke generasi dan menjadi satu kesalahan jika tidak diamalkan.
Ia diturunkan dari satu generasi ke generasi yang lain melalui tradisi lisan.
Terdapat pelbagai bentuk amalan adat oleh masyarakat China dan India sebelum kedatangan Barat.

Isi
Adat-adat di China
Adat Kowtow
Dijalankan oleh segenap lapisan masyarakat semasa mengadap maharaja.
Adat ini juga diwajibkan kepada utusan asing yang ingin mengadap maharaja.
Amalan ini merupakan suatu penghormatan kepada maharaja yang dianggap anak syurga ( son of heaven ) dan mempunyai mandat memerintah daripada syurga ( mandate of heaven )
Adat mementingkan anak lelaki
Anak lelaki lebih diutamakan kerana mereka mengekalkan nama keluarga.
Anak perempuan yang telah berkahwin dianggap orang luar dan memakai nama keluarga sebelah suaminya.
Adat wanita hamil
Tidak dibenarkan menyertai sebarang majlis sosial seperti perkahwinan dan pengkebumian dari mula hamil sehingga 100 hari selepas bersalin.
Selepas bersalin, mereka dan bayi mereka dilarang pergi ke tokong sehingga sebulan genap selepas bersalin.
Selepas bersalin mereka dikehendaki berehat dan makan makanan yang baik dan panas.
Adat perkahwinan
Diatur sejak kecil lagi dengan tujuan agar hubungan kekeluargaan tidak terputus.
Kiraan umur bayi
Anak yang dilahirkan dikira berumur satu tahun dan sewaktu satu tahun dikira dua tahun.
Kanak-kanak Cina didedahkan dengan ajaran dan pendidikan Confucius.
Adat membebat kaki anak gadis
Untuk tujuan kecantikan. Kaki anak gadis dibebat antara umur 4 hingga 8 tahun.
Adat ini secara langsung menghalang mereka daripada berjalan jauh dari rumah.
Adat pemujaan roh nenek moyang
Sangat menghormati nenek moyang.
Dianggap sebagai ketua keluarga dan nama baiknya harus dijaga.
Penghormatan dilakukan pada hari-hari tertentu seperti menyambut Tahun Baru.
Seorang bapa yang tidak mempunyai anak lelaki tidak akan disembah.

Adat-adat di India
Wanita hamil
Diamalkan di India Selatan.
Seorang ibu hamil terpaksa mematuhi segala adat dan menjaga dirinya agar tidak melanggar segala pantang larang.
Tidak boleh melakukan perbuatan yang tidak baik seperti mengumpat, dengki, bergaduh dan sebagainya.
Ini kerana dipercayai bahawa segala perbuatan si ibu akan mempengaruhi bayi dalam kandungannya.
Adat Suttee Adat ini menekankan konsep pengorbanan diri oleh balu-balu Hindu dengan cara membakar diri sendiri bersama mayat suami semasa upacara pengkebumian.
Diamalkan sebagai membuktikan kesetiaan seorang isteri terhadap suami yang sanggup sehidup semati.
Adat Thuggee
Amalan golongan Thug di wilayah Timur Laut India.
Merupakan satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya oleh kumpulan-kumpulan bersenjata agama yang menyamar diri dan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewi Kali.
Adat larangan kahwin semula balu
Balu-balu kematian suami ditegah daripada berkahwin semula.
Mereka tidak boleh menghias diri dan hanya boleh memakai sari berwarna putih sahaja.
Adat pembunuhan bayi perempuan
Amalan membunuh bayi perempuan bagi mengelakkan ibu bapa daripada menanggung penderitaan seperti pemberian dowry apabila berkahwin kelak.
Adat mencecah madu pada bibir bayi
Dilakukan kepada bayi yang baru lahir.
Mulut bayi akan dicecah madu yang dicampur dengan minyak sapi.
Dilakukan oleh golongan Brahmin sebagai tanda kemuliaan.
Golongan tua dan institusi keagamaan
Memainkan peranan penting dalam adat-adat tertentu seperti adat perkahwinan terutamanya dalam memilih hari bagi upacara perkahwinan yang dilangsungkan.

Kesimpulan
Adat memainkan peranan penting dalam kehidupan dalam kehidupan masyarakat di China dan India.
Adat dijadikan panduan dan sempadan yang harus diikuti dan dipatuhi oleh setiap anggota masyarakat bagi mewujudkan keamanan dan kesejahteraan dalam masyarakat.
Hukum adat ini mengalami perubahan besar ataupun ada yang dimansuhkan dengan kedatangan Barat.

Sistem pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar ( Burma ) sebelum kedatangan Barat

Sistem pemerintahan beraja adalah satu bentuk kerajaan yang wujud di kebanyakan negara Asia Tenggara sebelum campur tangan Barat. Pemerintahan beraja bermaksud raja menduduki kedudukan paling atas dalam pemerintahan dan struktur masyarakat Raja di Thailand dan Myanmar memainkan peranan penting dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Raja juga berperanan sebagai simbol penyatuan rakyat, menjaga keamanan, dan pentadbiran negara.

Isi
Sistem pemerintahan beraja di Thailand Raja dianggap sebagai penaung kepada agama yang berteraskan konsep “dharmaraja” yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha. Raja juga dianggap mampu melindungi rakyatnya. Raja menggunakan gelaran Chao Phaendin ( Yam Tuan Tanah ) dan Chao Chiwit ( Yam Tuan Nyawa ). Menurut konsep Dharmaraja, Raja mempunyai kuasa mutlak ke atas tanah dalam penguasaan pemerintahannya. Perbendaharaan negara serta tanah yang didiami oleh rakyat juga adalah milik raja. Raja juga berkuasa dan berpengaruh ke atasa nyawa dan harta rakyat. Walau bagaimanapun, ajaran Buddha menetapkan bahawa raja tidak boleh berlaku kejam terhadap rakyatnya. Raja hanya berkuasa di muara ( dalam lingkungan istana ) sahaja. Untuk mengekalkan kuasa, suatu bentuk kompromi antara raja dan golongan pembesar diwujudkan. Rakyat perlu taat dan setia kepada raja dan tidak boleh mempersoalkan tindakan raja. Sebagai ketua negara, raja bertanggung jawab melaksanakan hukuman tanpa boleh dipersoalkan. Sekiranya rakyat ingin membuat tuntutan, beliau akan disebat 30 kali sebelum rayuan dipertimbangkan kerana dianggap mengganggu ketenteraman Tuhan Dewa dengan hal manusia. Apabila raja keluar berjalan, rakyat perlu menutup pintu dan tingkap rumah serta tidak memandang raja serta menyembah raja kerana raja dianggap mendapat mandat untuk memerintah dunia.

Sistem pemerintahan beraja di Myanmar ( Burma )
Raja dikaitkan dengan keturunan Mamu yang dikaitkan dengan raja pertama dan bapa kepada semua manusia. Raja bertanggungjawab melindungi rakyat, menaungi rakyat, menaungi agama Buddha, sebagai tunjang negara, dan melaksanakan penaklukan. Raja perlu mempunyai moral yang tinggi dan memiliki alatan kebesaran dan pusat pemerintahan sebagai pusat alam. Ibu kota dianggap sebagai pusat kebudayaan. Raja juga melakukan banyak kerja keagamaan kerana, sokongan daripada golongan Pongyi ( golongan agama ) amatlah penting untuk memenangi hati rakyat. Raja dianggap sebagai dewa. Kepalanya dipayungi dengan payung putih oleh golongan Brahmin sebagai simbol kedaulatan dan ketuhanan. Raja dianggap sebagai penggubal undang-undang, menyelesaikan kes-kes jenayah, masalah tanah, dan menjatuhkan hukuman mati.
Raja dianggap telah menyusun Undang-undang Wagaru Dhammatal, iaitu ringkasan undang-undang Manu India dan memperkuatkan raja sebagai ketua agama Buddha dan penaung serta pelaksana peraturan ajaran Buddha.

Kesimpulan
Sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Thailand dan Myanmar jelas menunjukkan bahawa raja mempunyai kedudukan teratas dalam hierarki sosial. Baginda berkuasa mutlak dalam kesemua perkara serta sebarang tindakan dan arahannya tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Raja juga bertanggungjawab melindungi rakyat, menaungi rakyat, menaungi agama Buddha, sebagai tunjang negara, dan melaksanakan penaklukan Walau bagaimanapun, selepas kemasukan penjajah barat di negara berkaitan, sistem ini mengalami perubahan besar sehingga ada di antara raja yang menjadi raja boneka semata-mata.

Peranan badan Eksekutif dalam sistem pentadbiran selepas Malaysia mencapai kemerdekaan.(Excel 1)

Sistem pentadbiran di Malaysia dilaksanakan oleh Badan Eksekutif yang terdiri daripada Yang Di Pertuan Agong, Perdana Menteri dan jemaah Menteri. Badan ini menjalankan kerja-kerja pentadbiran kerajaan mengikut perlembagaan dan undang-undang. Di Malaysia terdapat tiga peringkat pentadbiran kerajaan iaitu peringkat persekutuan, negeri dan kerajaan tempatan

Pentadbiran Peringkat Persekutuan
Mengikut perkara 39 Perlembagaan Persekutuan, kuasa pentadbiran kerajaan Persekutuan terletak di tangan Yang Di pertuan Agong. Tetapi kuasa ini dijalankan oleh Kabinet atau Jemaah Menteri. Menteri berperanan sebagai badan pengurusan tertinggi negara yang membentuk segala dasar kerajaan. Dasar-dasar yang dibentuk ini kemudiannya diluluskan oleh Kabinet.
Bagi tujuan melaksanakan arahan dasar kerajaan tersebut Jabatan Perdana Menteri akan menyelaraskan peranan mana-mana kementeriannya yang berkenaan bagi melaksanakan kerja.
Peranan utama jemaah Menteri ialah menggubal dasar-dasar kerajaan dalam semua perkara di samping memberi arahan untuk melaksanakan dasar tersebut. Jemaah Menteri diketuai oleh Perdana Menteri dengan dianggotai oleh menteri-menteri yang lain. Perdana Menteri biasanya ialah seorang ahli Dewan Rakyat yang mendapat kepercayaan majoriti daripada anggota Dewan rakyat. Perdana Menteri dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri serta menteri lain dalam kalangan ahli Dewan Rakyat. Perdana Menteri bertanggungjawab mengetuai barisan kabinet, memimpin dan menjalankan tugas pentadbiran negara. Perdana Menteri juga bertanggungjawab terhadap semua kementerian serta dasar kerajaan. Jemaah Menteri bertanggungjawab secara kolektif atas keputusan-keputusan yang dibuat oleh parlimen. Bagi menjalankan tugas-tugas Eksekutif kerajaan persekutuan, beberapa buah kementerian, jabatan dan badan-badan berkanun telah diwujudkan. Bilangan kementerian, jabatan dan badan berkanun telah ditambah dari semasa ke semasa untuk melaksanakan rancangan kerajaan. Setiap kementerian diketuai oleh seorang Menteri yang dibantu oleh Timbalan Menteri, Setiausaha Parlimen dan Setiausaha Politik. Setiap kementerian bertanggungjawab menggubal dasar-dasar, merancang, menyelaras dan melaksanakan rancangan pembangunan ekonomi dan sosial. Antara tugas-tugas Perdana Menteri ialah membentuk dan merancang dasar-dasar kerajaan serta menyelaras dan mengawal semua kementerian, jabatan dan badan berkanun. Terdapat juga menteri yang tidak mengetuai mana-mana kementerian tetapi diberi tugas khas. Biasanya mereka menjalankan tugas khas di bawah kementerian tertentu, beberapa badan berkanun dan agensi kerajaan.
Badan berkanun merupakan agensi separuh kerajaan yang ditubuhkan di bawah akta parlimen. Tujuannya ialah untuk membolehkan kerajaan bergiat dalam pembangunan sosial dan ekonomi. Di samping itu terdapat juga beberapa jabatan kerajaan serta agensi berkanun lain yang membantu melaksanakan dasar sesebuah kementerian, contohnya FELDA.

Pentadbiran Peringkat Negeri
Kuasa Eksekutif di peringkat negeri terletak pada Sultan atau Yang DiPertuan Besar atau Yang Dipertuan Negeri mengikut perlembagaan negeri masing-masing . Ketua pentadbiran Menteri terletak pada Menteri Besar atau Ketua Menteri. Beliau dibantu oleh seorang Timbalan dan ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri. Menteri Besar atau Ketua Menteri dan ahli majlis mesyuarat bertindak sebagai penggubal dasar pentadbiran kerajaan negeri dan tertakluk kepada Senarai Negeri dan Senarai Bersama yang terdapat dalam Perlembagaan. Pentadbiran peringkat negeri meliputi tanggungjawab tentang hal ehwal tanah dan galian, air, agama, pertanian, perhutanan dan sebagainya. Semua dasar kerajaan negeri diluluskan di Dewan Undangan Negeri dan dipertanggungjawab kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk menyelaraskannya. Pejabat ini akan menyelaraskan kuasa kepada Pejabat Daerah yang akan menentukan pembangunan daerah. Di Sarawak, pentadbiran diketuai oleh Ketua Menteri dan dibantu oleh Timbalan serta beberapa orang Ahli Majlis Tertinggi. Struktur pentadbirannya terbahagi kepada empat iaitu bahagian ditadbir oleh Residen, daerah ditadbir oleh pegawai daerah, daerah kecil ditadbir oleh Pegawai Anak Negeri dan di peringkat kampung ditadbir oleh Ketua Kampung.
Di Sabah, terdapat dua peringkat pentadbiran iaitu daerah dan kampung. Pentadbiran di peringkat daerah dibantu oleh Ketua Anak Negeri manakala di peringkat kampung oleh Ketua Kampung.

Pentadbiran Kerajaan Tempatan
Kerajaan tempatan dikenali sbagai Pihak Berkuasa Tempatan. Ia mengandungi Majlis Daerah dan majlis Perbandaran Peranan utama pentadbiran Kerajaan Tempatan ialah untuk melaksanakan pembangunan sosio-ekonomi di kawasan pekan atau bandar. Pentadbiran Kerajaan Tempatan terdiri daripada dua majlis iaitu Majlis Perbandaran dan Majlis Daerah. Pentadbiran Majlis Perbandaran diketuai oleh seorang Yang Dipertua dan sebuah majlis yang dilantik oleh kerajaan negeri. Pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa autonomi sendIri, antaranya ialah berkuasa membentuk undang-undang kecil sendiri dan melantik kakitangan seperti penguatkuasa. Pihak berkuasa tempatan menguruskan sumber kewangan sendiri. Majlis Tempatan berperanan memajukan kawasan pekan atau bandar, mengutip cukai, meluluskan pembelian premis perniagaan, memberikan permit perniagaan dan sebagainya. Sabah dan Sarawak pula mempunyai bentuk pentadbiran yang berbeza. Pentadbiran di Sabah dibahagikan kepada daerah dan kampung. Setiap daerah ditadbir oleh seorang Pegawai Daerah dan dibantu oleh Ketua Anak Negeri. Di peringkat kampung, Ketua Kampung dipertanggungjawab bagi mengurus kampung masing-masing. Di Sarawak, pentadbiran dipecahkan kepada daerah, daerah kecil dan kampung. Setiap bahagian ditadbir oleh Residen yang kemudiannya dibantu oleh seorang ketua masyarakat yang bergelar Temenggung. Manakala daerah ditadbir oleh Pegawai Daerah. Daerah-daerah dalam setiap daerah ditadbir oleh Pegawai-pegawai Perkhidmatan Tadbir Sarawak. Sementara pentadbiran di kampung pula diketuai oleh seorang Penghulu.

Jelas membuktikan bahawa Badan Eksekutif telah memainkan peranan penting dalam pembangunan sosio-ekonomi di Malaysia selepas mencapai kemerdekaan.
Malah ianya juga dianggap sebagai nadi dan penggerak kepada kemajuan negara.

Faktor-faktor yang menyumbang kepada gerakan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat pribumi di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua(Excel 1)

Nasionalisme membawa maksud sentimen kecintaan terhadap sesebuah negara. Sentimen ini dtumpukan kepada satu negara bangsa sahaja yang dapat mendorong keinginan berjuang untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Sentimen turut dirasai di Tanah Melayu
Sekitar tahun 1900-1941 terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang telah menyumbang kepada kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat peribumi di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua

Gerakan Islah Islamiyah
Awal kurun ke-20, lahir gerakan pemulihan yang berdasarkan al-Quran dan Hadis untuk membawa kemajuan kepada umat Islam. Antara mereka yang giat ialah Sayyid Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan haji Abas Mohd Taha. Kemunduran orang Melayu kerana tidak mengikut ajaran Islam sebenar. Mereka juga mengamalkan ajaran bercampur aduk dengan adat dan kepercayaan yang bercanggah dengan Islam. Mereka giat dalam gerakan ini dikenali sebagai kaum Muda. Mereka menggesa masyarakat Melayu menggunakan akal dalam menentukan kebenaran dan memberi kebebasan kepada wanita dalam pendidikan. Pandangan dan pendapat Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua.

Bahasa dan kesusasteraan
Menjadi penghubung kepada masyarakat. Tulisan dalam akhbar, majalah atau novel memberi semangat kesedaran nasionalisme. Tulisan yang dimuatkan dalam al-Iman, al-Ikhwan ,seruan Azhar, Saudara, Lidah Benar, Idaran Zaman, Neracha, Utusan Melayu dan sebagainya memberi pengetahuan dan kesedaran Novel Hikayat faridah Hanum di tulis menggesa untuk memberi kebebasan dan pendidikan kepada kaum wanita.

Kewartawanan
Mereka menulis dan memuatkan tulisan dalam pelbagai penerbitan dan memberi kesedaran sama ada sosial dan politik kepada masyarakat dan memberi maklumat.
Akhbar-akhbar seperti Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu berperanan menyalurkan maklumat, pendapat, ilmu pengetahuan dan menyampaikan mesej kepada masyarakat Melayu untuk mencapai kemajuan dalam hidup. Antara tokoh-tokoh wartawan yang aktif ialah Ibrahim Hj Yaakob, Ishak Hj Muhammad, dan Ahmad Boestamam.

Pendidikan
Penubuhan sekolah telah menyebabkan ramai yang boleh membaca dan turut merasa kegelisahan yang disuarakan oleh akhbar. Pada tahun 1920 terdapat kira-kira 757 buah sekolah Melayu di Tanah Melayu dan sudah ada sekolah Inggeris, Arab dan sekolah pondok.
Pada tahun 1922, Maktab perguruan Sultan Idris (MPSI), Perak telah ditubuhkan. Institusi ini telah melahirkan golongan rakyat yang jadi pemimpin dan mengambil alih peranan yang sebelum ini dipegang oleh golongan bangsawan. Muncul lepasan sekolah Melayu, Arab dan Inggeris yang ramai antaranya jadi pendidik. Lahir Persatuan Guru-guru Melayu Selangor, Persatuan Guru-Guru Melayu Melaka, dan Persatuan Guru-Guru Melayu Negeri Sembilan . Seterusnya lahir Majalah Guru yang banyak menanam semangat kemajuan ekonomi dan sosial serta nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu.

Golongan Intelektual
Perkembangan pendidikan melahirkan golongan intelektual yang seterusnya bergiat dalam penulisan dan pertubuhan. Golongan menanamkan semangat kesedaran nasionalisme di kalangan orang Melayu. Kaum Muda dan kaum tua masing-masing memainkan peranan memberi pengetahuan kepada masyarakat. Antara tokoh-tokohnya adalah seperti Sayyid Sheikh al-hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha. Peranan yang dimainkan oleh Kadir Adabi Kelantan telah membawa kepada penubuhan Melayu Pahang, Tengku Ismail telah membawa penubuhan Persatuan Melayu Selangor. Begitu juga Ibrahim Yaakob melalui penubuhan Kesatuan Melayu Muda.

Pengaruh luar
Pengaruh perkembangan di Timur Tengah seperti gerakan reformasi Islam di Mesir dan Turki. Pengaruh Pan Islamisme, Kesatuan Dunia Islam, dan perjuangan Gandhi telah mencorakkan pemikiran pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di sana. Perkembangan politik Indonesia turut mempengaruhi golongan nasionali di Tanah Melayu. Pengaruh Kemerdekaan Filipina yang dicetuskan oleh Jose Rizal. Kemenangan Jepun ke atas Rusia dalam Perang jepun-Rusia 1905.
Perkembangan politik di China.

Faktor dalaman dan luaran telah menimbulkan kesedaran politik dan sosial sebelum perang Dunia kedua. Kesedaran ini telah membangkitkan kecintaan pejuang Melayu terhadap tanah air dan seterusnya menjadi asas untuk menuntut kemerdekaan

Sistem pendidikan Melayu di Tanah Melayu sehingga tahun 1930-an.(excel 1 STPM)

Sistem pendidikan Melayu bermula sebelum kedatangan British. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka , awal abad ke15 sistem pendidikan orang Melayu berlandaskan pengajaran dan pembelajaran kitab suci al-Quran semata-mata. Dasar pendidikan British sebelum merdeka di Tanah Melayu adalah bercorak vernakular iaitu pengasingan mengikut kaum. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan lima jenis persekolahan yang berbeza antara kaum . Keadaan ini adalah berkaitan dengan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh Inggeris di Tanah Melayu. Ini dilakukan untuk mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategi mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu.

Pada awalnya sistem pendidikan Melayu di Tanah Melayu dijalankan secara tidak formal. Pelajaran diajar berdasarkan pelajaran agama Islam dan disampaikan dalam bahasa Arab. Tumpuan pada pembacaan dan penghafazan ayat-ayat suci al-Quran disamping meneliti tafsirannya. Sekolah agama tidak diberi bantuan kecuali sekolah yang mengajar matematik, tulisan dan bacaan.
Sekolah Melayu secara formal hanya didirikan tahun 1816 iaitu Sekolah Melayu Gelugor di Pulau Pinang. Menjelang tahun 1860-an terdapat sekolah Melayu lain didirikan di Bayan Lepas, Teluk Belanga dan Kampung Gelam serta di Melaka.
Pendidikan di sekolah Melayu hanya terhad di peringkat rendah sahaja. Pembelajaran meliputi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Mata pelajaran lain yang diajar termasuklah geografi, pertanian dan pertukangan.
Sekolah Melayu lazimnya terletak di luar bandar dan berkualiti rendah. Kebanyakan guru yang mengajar adalah tidak terlatih.
Sistem pendidikan Melayu pada zaman penjajahan British lebih bertujuan untuk memastikan seorang anak nelayan atau petani kekal menjadi nelayan atau petani. Tidak ada sebarang perancangan untuk mewujudkan pendidikan menengah dalam bahasa Melayu.
Pada 1878, maktab perguruan ditubuhkan bagi melatih guru sekolah Melayu. Antaranya ialah Maktab Melayu di Teluk Belanga Singapura (1878), Maktab Perguruan Melaka (1900), Maktab Perguruan Matang Perak (1913), dan Maktab Perguruan Perempuan Melaka (1935).
Perubahan Richard Winstedt : Perguruan Sultan Idris dibuka dan menjalankan kursus perguruan selama 3 tahun bagi memberi latihanperguruan kpd guru-guru di Tanah Melayu termasuklah Sabah dan Sarawak.

Sistem pendidikan melayu merupakan pendidikan yang paling awal di TM.
Pada awalnya bersifat tidak formal. Setelah kedatangan inggeris pendidikan aliran Melayu mengalami perubahan yang menyebabkan banyak peluang pendidikan diberi kepada anak-anak Melayu.

Dasar tidak campur tangan kepada campur tangan secara langsung terhadap negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19. (Excel 1)

Pada akhir abad ke-19 , British telah berusaha untuk campur tangan secara langsung di negeri-negeri Melayu. British menggunakan pelbagai alasan untk campur tangan dalam pentadbiran di Tanah Melayu. Antaranya pertelingkahan takhta dalam kerajaan Melayu serta pergaduhan antara kongsi gelap Cina. Kecenderungan British mengubah dasar tidak campur tangan kepada dasar campur tangan adalah untuk menjaga kepentingan mereka di Negeri-Negeri Melayu. Setelah berjaya menguasai negeri-negeri Melayu , British telah memperkenalkan pelbagai dasar untuk mengukuhkan kedudukan mereka. Pengenalan sistem Residen merupakan langkah untuk menstabilkan kedudukan mereka di Tanah Melayu.

Keadaan huru hara dari Perang saudara di negeri-negeri Melayu.
Contoh di Perak, Pahang, Selangor dan Negeri Sembilan. Menyebabkan pemodal Eropah mendesak kjn British campur tangan untuk memulihkan keamanan.
Membantu kegiatan perdagangan berjalan lancar. Masalah di negeri-negeri Melayu lain juga menyebabkan kjn British di London mengarahkan Andrew Clarke terlibat secara langsung bagi menyelesaikan pertikaian raja-raja Melayu.

Masalah kongsi gelap Cina.
Antara Ghee Hin dan Hai San. Kedua pihak seringkali terlibat dalam pergaduhan yang mengakibatkankegiatan perlombongan bijih timah dan keselamatan terjejas teruk.
Juga mengakibatkan kemusnahan banyak peralatan di lombong bijih timah.

Ingin menguasai bahan mentah yang terdapat di Tanah Melayu untuk pasaran antara
bangsa. Selepasnya meletusnya Revolusi Perindustrian di Eropah, keperluan terhadap bahan mentah tinggi bagi menampung permintaan yang meningkat. Britain memerlukan bahan mentah terutama bijih timah dan getah. Perlu bertindak bagi menguasai sumber bahan mentah.

Perubahan dalam politik antarabangsa iaitu persaingan antara negara barat untuk
meluaskan wilayah. British bimbang dengan usaha negara Eropah lain utk menguasai Tanah Melayu. Kuasa Eropah lain sedang giat mencari kedudukan di Asia Tenggara.

Perubahan politik di Britain mempengaruhi dasar mereka berkaitan tanah jajahan.
1874, Parti konservatif berjaya menguasai parlimen England menyebabkan berlaku perubahan terhadap dasar luar. Andrew Clarke telah didesak supaya menjalankan dasar agresif terhadap penguasaan Tanah Melayu.

British telah membangunkan pelbagai infrastruktur pengangkutan untuk memudahkan
perhubungan mereka. Menyebabkab perdagangan barat semakin cepat dan singkat..
Cth : pembukaan Terusan Suez yang mampu memendekkan jarak perjalanan.
Barangan dagangan dr Tanh Melayu mudah di eksport negara Barat.

Campur tangan British secara langsung di NNM telah mengakibatkan sistem politik dan ekonomi tempatan mengalami perubahan ketara.
Tujuan utama British campur tangan untuk menguasai ekonomi. Walau bagaimanapun campur tangan telah menakibatkan wujud rasa tidak puas hati penduduk tempatan terutama golongan pemerintah yang kehilangan hak dan kepentingan di Tanah Melayu.

Pengaruh agama Islam dalam kehidupan masyarakat tempatan di Tanah Melayu sebelum kedatangan barat. (excel 1)

Islam telah bertapak di Tanah Melayu sekitar abad ke-13. Memasukan agama Islam mempengaruhi aspek kaehidupan masyarakat dalam aspek politik, ekonomi dan social.

Politik
Perubahan konsep deva raja dalam agama Hindu-Buddha iaitu raja dianggap sebagai Amirul-Mukminin. Gelaran raja kepada sultan. Peranan sultan adalah ketua agama Islam.
Sultan dianggap wakil Tuhan di bumi. Oleh itu rakyat mesti patuh kepada perintah sultan.
Sultan mendapat nasihat agama dr para ulama . Cth : Maharaja, Kadi, Mufti dan sebagainya.
Sistem perundangan negeri-negeri Melayu berasaskan hokum syarak mazhab Syafie yang terdapat di Perak, Johor dan Terengganu. Dalam pertabalan sultan pembacaan cirri yang diamalkan pada zaman Hindu digantikan dengan bacaan doa.
Sultan memerintah secara adil dan saksama seiring dengan ajaran Islam yang mementingkan keadilan.

Ekonomi
Islam mengharamkan amalan riba dan sebarang bentuk penindasan dalam urusan jual beli di samping memperkenalkan konsep halal dan haram. Amalan zakat dan fitrah menjadi sebahagian daripada amalan hidup seharian masyarakat tempatan Tanah Melayu. Penggunaan system mata wang dinar emas yang tercatat tulisan jawi, nama sultan dan negeri menggambarkan pengaruh Islam.

Sosial
Islam membawa perubahan yang besar dari segi akidah iaitu konsep Allah yanh Maha Esa dan konsep ibadat yang lebih luas. Islam mengubah cara berfikir masyarakat Melayu yang sebelum ini mempercayai tahyul, ahli sihir dan bomoh kepada satu kepercayaan yang berasaskan al-Quran. Islam menekankan pentingnya moral yang tinggi dan akhlak yang mulia sebagai unsur penting dalam pembentukkan peribadi individu. Cth : memberi salam, hormat tetamu dll.
Dalam bidang pendidikan semua golongan diberi peluang yang sama. Mata pelajaran baru sprt Bahasa Arab, muqaddam diperkenalkan. Kemasukan agama Islam menyebabkan guru-guru agama keturunan Arab dapat mengajar di institusi spert pondok, madrasah dan surau.
Karya sastera berunsur Islam diperkenalkan sprt : Hikayat Nabi Bercukur dan pahlawan-pahlawan Islam. Kedatangan Islam juga mempengaruhi karya sastera seperti Hikayat Sang Kancil. Juga seni bina Islam dipekenalkan . Cth : ,masjid dan surau.
Ukian-ukiran terutamanya di dinding istana mengikut seni ukir Islam. Cth : seni khat.
Upacara berkhatam al-Quran , kenduri arwah dan kesyukuran diperkenalkan.
Muzik dan irama padang pasir di perkenalkan.

Kesimpulan
Kedatangan Islam telah berjaya menghakis pengaruh ajaram agama Hindu Buddha. Kelebihan ajaran Islam ialah mudah difahami telah menyebabkan masyarakat menerima ajaran Islam secara meluas dan menjadikan agama Islam sebagai satu cara hidup.

Pertanian komersil di Tanah Melayu , Sarawak dan Sabah pada abad ke-19.(Skema Excel 1)

Sejak abad ke-19 pertanian komersil memainkan peranan penting dalam ekonomi Tanah Melayu. Pertanian komersil dibahagikan kepada dua peringkat perkembangan iaitu peringkat pertama pertanian jangka pendek seperti lada hitam,gambir, ubi kayu, tebu dan kopi. Manakala peringkat kedua ialah penanaman getah yang berupa tanaman komersil yang paling penting.
Pada umumnya orang Cina , Eropah dan pembesar Melayu terlibat dalam pertanian komersil.

Gambir dan lada hitam banyak ditanam di negeri Johor dan Sarawak kemudian diperluaskan ke Selangor dan Negeri Sembilan. Tanaman gambir dan lada hitam dimajukan oleh pembesar dan raja di negeri masing-masing . Cth : Temenggung Ibrahim telah menjemput orang Cina dari Singapura utk membuka ladang gambir dan lada hitam di tebing sungai Selatan Johor di bawah sistem Kangcu. Lada hitam dan gambir merupakan tanaman eksport utama negeri Johor sehingga tahun 1910. Modal penanaman lada hitam dan gambir di Johor dibiayai oleh Cina dari Singapura.



Di Sarawak lada hitam juga merupakan tanaman eksport yang penting.
Sarawak lada hitam juga merupakan tanaman eksport yang penting. Sarawak memberikan konsesi kepada orang Cina dari Singapura utk menanam lada hitam di Kuching-Serian dan Sarikei-Maradong. Hasil meningkat dan Sarawak menjadi pengeluar lada hitam terbesar di dunia. Pertengahan abad ke-19, peladang Eropah dan China telah membuka ladang tebu di Province Wellesley, Pulau Pinang dan Melaka. Mulai 1870-an tanaman tebu diperluaskan ke Perak , terutamadi daerah Kerian. Orang Eropah telah mendirikan kilang memproses gula di Perak menyebabkan gula muncul sbg eksport penting negeri Perak sehingga permulaan abad ke-20. Ubi kayu juga telah ditanam secara komersil oleh orang Cina di Melaka dan diperluaskan ke Negeri Sembilan pada tahun 1880-an. Hasil ubi kayu Tanah Melayu dieksport ke Britain.
Tanaman kopi juga diusahakan di Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Penglibatan orang Cina dalam pertanian ini menyebabkan kopi menjadi eksport penting Tanah Melayu mulai tahun 1880-an. Tanaman sagu untuk eksport juga ditanam di Mukah dan Oga di Sarawak.
Tanaman tembakau telah diusahakan di Sabah tetapi gagal akibat serangan penyakit dan persaingan daripada Amerika Syarikat.



Tanaman getah diperkenalkan pada akhir abad ke-19 dan mengalami perkembangan pesat pada abad ke 20. H.N Ridley menggalakkan tanaman getah dengan memperkenalkan pisau toreh dan memberi dorongan kepada penduduk Tanah Melayu supaya menanam getah. Adanya pelaburan daripada syarikat Eropah seperti Sime Darby, Harrisons and Crosfield dan tenaga buruh yang murah menggalakkan perkembangan tanaman getah. Kerajaan juga menggalakkan penanaman getah dengan menyediakan kemudahan perhubungan dan pengangkutan, penyelidikan turut memajukan tanaman getah.

Pertanian komersil telah menjadi tulang belakang ekonomi Tanah Melayu , Sabah dan Sarawak selepas mencapai kemerdekaan.

Ahad, 18 Januari 2009

Dari Sri Mersing ke Semporna

Aku dilahirkan dihadapan Hospital di atas katil empuk lagi selesa oleh ibuku. Alah mestilah ibukan... Walaupun masa itu aku tiada akal tapi aku ingat. Eh budak kecik masih baby pulak tu boleh ingat. Bukan ingat masa baby lah, tapi diceritakan oleh keluarga angkat masa dah besar...

Habis pula bab tu aku diambil oleh keluarga angkatku, yang betul-betul boleh memelihara aku. Aku sangka satu saja yang mahu mengambil aku ini, rupa-rupanya berpuluh-puluh. Masa itu aku tak tahulah ibu aku pergi mana. Melancong atau melencong.. Yang aku tahu, aku telah disusukan oleh ibuku hanya sekali sahaja. Buat masa tu aku ada rasa-rasa sikitlah susu ibuku.. Setelah aku diambil oleh ibu angkatku, aku telah dimanjakan, dibelai dengan penuh kasih sayang, walaupun ibu angkatku itu ada anak yang ramai. Setelah usiaku mencecah lima tahun, aku di sekolahkan di sekolah pralah, takkan di sekolah kebajikan pulak.. Dalam masa itu, apa yang aku nak semua dibagi. Umpama macam ikan emas... Entahlah macam tak percaya.
Dipendekkan cerita, diringkaskan dan dipotongkan cerita, sedar tak sedar macam orang kena penumbuk pulak jatuh pengsan. Umurku telah mencecah 15 tahun. Aku kerjelah walaupun masa itu aku masih belajar di tingkatan 3. Nak tak nak kena juga kerjakan sebab dah menumpang senang je dekat keluarga angkat. Tapi PMR aku tak diabaikan. Nanti... aku sebenarnya kerja burgerlah... ok. Macam-macam ragam dan masalah, biasalah orang baru belajar hidup berdikari. Setakat kena tarik telinga dengan bos itu, dah jadi perkara biasa. Yang paling aku tak tahan dan benci ada ke patut bos aku tu suruh aku lari 2 pusingan di dalam tandas. Nasib baik dia tak suruh aku basuh tandas. Itupun gara-gara aku terlupa nak taruk kepala roti pada burger pelanggan. Macam-macam perjalanan dan liku-liku hidup yang aku lalui. Nak tak nak kena juga lalu... kalau tak lalu macam mana aku nak jalan. kwang-kwang-kwang. Sabar punya sabar memang dah tak tahan. Akupun ambil keputusan untuk berhenti buat berger dan aku tumpukan pada pelajaran aku. Setelah PMR selesai aku ambil keputusan berhenti belajar. Karang ni aku ada PMR jelah.
Kisah seterusnya.. tersebutlah kisah aku kerja sebagai krew filem (bawa boat je) di sebuah pulau yang berdekatan dengan tempat aku tinggal. kalau jauh-jauh tak nak pergi, masa sayang kat keluarga angkat aku. Itupu aku untung dapat kerja itu sebab abang aku punya projek. Aku kerja punya kerja, punya kerja cukuplah sampai 3 tahun aku berkerja dah jadi macam orang kaya sudah.. tutuplah cerita ini kalau terlalu panjang nanti hampa menangis.. Aku kesiankan hampa je..
Cerita bab kahwin pulak, jalan punya jalan sampai tak nampak jalan aku jumpa pulak seorang mak minah senget yang telah memikat kalbuku. Entahlah siapa yang mulakkan dulu, aku ke dia.. Tak ingat pulak aku. 4 bulan sudah berlalu, keluarganya datang ke rumah aku macam nak meminag aku. Punyalah terkejut aku, masa tu aku nampak rombongan tu semasa ku pakai seluar dalam je.. eh malu.. Apalah nak datang rumahpun tak bagi tahu. Setelah selesai muafakat dengan keluarga angkat aku, punyalah aku terkejut bila kakak aku memberitahuku yang ibu perempuantu suka kat aku. Dia suruh aku kahwin. Eh bukan dengan dialah, tapi dengan anaknya. Walaupun belum sedia hatiku nak menerima tak sanggup aku mengatakan pada perempuantu yang aku tak mahu. Alah bulan jatuh ke riba, siapa tak mahu, kahwin free pulak tu. Adalah kisanya suatu hari yang gelap gemuruh, aku macam merindu-rindu kat sidia lah tu.. Nak tak nak juga, akupun kahwinn. Macam tak percaya aku dah kahwin..
Bab masalah kahwin pulak dah... baru je seminggu aku kahwin pada pagi itu aku bangun ada pulak perempuan kat sebelah aku.. Punyalah aku terkejut, rupannya bini aku. Masuklah ke2 minggu.. Akupun seperti lelaki biasa juga menjalanlkan kewajipan aku sebagai suami walaupun aku tak puas enjoy lagi. Aku kerja dengan penat, letih mengantuk dll, sampailah aku jatuh sakit. Maklumlah kerja ada dua, siang dan malam. Alah faham-faham jelah dah ada bini baru.. he.he..hhe. Aku suruh dia urut dia tak nak. Yang dia tahu, nak duit je.. Tapi aku sabar lagi. Siapa tak sayang bini oi.. Kerje pulak bini aku tu di kedai makan. Kedai makan mana aku rahsiakanlah..
Bab konflik pulak, dalam satu minggu aku pulang ke rumah hanya 2 ataupun 3 kali saja sebab aku kerja di pulau. Aku pun kerjelah, cari-cari duit nak sara bini yang cantik tu.. Ada satu ketika yang betul-betul aku tak tahan ni, dari pulau terus ke distinasi rumahku. Sampai saja aku di rumah aku melihat isteriku tiada disitu.. rupa-rupanya di buat date.. itupun aku nampak lah.. Kalau aku tak nampak aku tak percaya. Aku marah dia, aku tengking dia, aku terajang dia, sepak dan macam-macam lagilah yang tak boleh aku katakan disitu. Nasiblah aku tak jadi macam arwah Azwan yang kena gantung tu!!.. Yang lagi aku sakit hati, tiba-tiba je nak minta cerai, walhal sendiri minta kahwin, mintak pulak cerai.. eh perempuan apa ni.. Sabar punya sabar aku bertahan lagi, tak layan pun apa yang dia cakap. Sampailah aku dihalau keluar oleh isteriku dari rumahnya. Maklumlah aku cuma menumpang di rumah bapak engkau.. Tunggulah samurai aku. Stop.
Kemuncak konflik, aku pun bercerai-berai, hancur luluh macam terhempas ke batu. Dengan sendirinya mulut aku berkata segan tak segan aku pun ceraikkan kau dengan talak satu dihadapan hakim itu.. Disitulah kat Mahkamah Syariah, kalau kat luar nanti aku didenda satu ribu. Dengan sombong dan angkuhnya dia pun keluar bersama dengan jantan hitam itu. Sudahlah hitam gelap pulak tu.. Macamlah aku cemburu... mereka macam taik cicak bersatu.. Tinggalah aku seorang-seorang. Pulang ke rumah dengan hampanya. Tutuplah bab tu..
Seperti biasa aku kerja, makan minum dan berak. Akupun terjumpa minah satu ni.. Cantik, menawan, menggoda, tapi aku tak ada hati langsung kat dia. Aku berkenalan seperti mana lelaki lain yang betul-betul lelaki. Tak sampai satu bulan aku kenal dia aku pun bodek-bodeklah dia. Tanya-tanya dia, kalau-kalau ada borang kosong. Bukan kat dia tapi kat kawan dia, kawan dia tu punyalah cun. Ditarikkan cerita, akupun kawanlah berjanjilah lepas tu. Dengan siapa? dengan minah yang pertama pulak jadi, bukan dengan yang cun tu. Janji pun dipatri sehidup semati. Tetapi yang jadi satu hidup satu mati. Pada satu hari dia mengajak aku pulang ke negerinya. Akupun jualah segala harta benda termasuk seluar dalam aku. Dengan niat jadi kahwin lepas tu.. Maklumlah dah bujang aku. Sampai ketempat dia, aku dipujuk rayu, sampai aku tak laku, dah habis semua, segala-galanya. Diapun, tak mahu kahwin. Tak jadilah kahwin itu satu hal, satu halnya dia tinggalkan aku seorang-seorang. Meranalah hidupku. Bagai dilambung ombak tetapi selalu lagi tersadai. Nak kerja apapun aku sanggup, asal dapat duit, tetapi tak pernah menjadi duit. Jadi taik adalah...
Lubang-lubang kerja tak ada. Minta Sarjana Muda, walaupun aku hanya ada PMR. Begitulah hidupku... Cari kerja, berkerja. Cari kerja berkerja. Tak pernah keja tetap sekarang ini. Pusingan roda hidupku terus dibawah, dan kebawah sampai masuk dalam lumpur. Bernafas pun susah. Tolonglah aku geng bagi aku bernafas. Tahu dimana aku sekarang.... di SEMPORNA. Tahu dimana aku berasal SRI MERSING JOHOR. Tahu SEMPORNA di mana, di SABAHlah, negeri di bawah bayu.

Sang Kancil Bodoh Sombong

6.25 pagi pada hari Isnin. Seperti biasa semua pelajar sudah berhimpun. Maklumlah perhimpunan rasmi konon. Dengan megahnya tampilah seorang guru yang berjanggut dan bermisai. "Saya menyeru kepada semua pelajar agar membersihkan kelas masing-masing"! ujarnya. Faham cikgu!. Semua pelajar juga dilarang memakai seluar ketat dan berambut panjang. Pendekkan cerita, masuklah semua pelajar dalam kelas.

Sesi p&p berlangsung. Seorang guru Geografi masuk. Guru yang bergaya, bersepatu hitam pekat berkilat. Tik tak..tik tak..tik tak.. ala bunyi sepatu cikgu tulah. Berdering suara pelajar, "selamat pagi cikgu".Bermulalah kisah sang kancil yang bodoh sombong.

Set induksi-seekor rama-rama berkawan dengan sang gergasi. (Menyampuk), "cikgu sekarang kita belajar Geografi, tak ada kaitanlah dengan rama-rama."Ya cikgu faham, sekarang cikgu cuma memastikan ada bersedia untuk p&p". Cikgu tukar cerita untuk santapan minda sekali lagi ya.. Tutup mata semua pelajar dan bayangkan cerita cikgu. Pada suatu hari, aku sedang berjalan-jalan ke sebuah taman yang penuh dengan pelbagai hidupan. Bagaikan berada pada taman Puteri Gunung Ledang. Mataku tiba-tiba terpaku pada sepohon buah limau yang lebat berbuah. Aku terus mencapai sebiji limau dan mengupasnya. ...

Cikgu saya tak sukalah makan limau.. Baiklah tukar cerita, Sang Kancil.. Pada suatu hari, seekor Sang Kancil berjalan-jalan di hutan lipur lara. Bertemulah dengan seekor cacing tanah. Maklumlah cacing tanah, berjalan hanya dalam tanah yang lembap. Dengan megahnya, sang kancil tersebut meminta untuk berlumba dengan cacing tanah. Dengan rasa rendah diri cacing tanahpun bersetuju. Sampailah ke masa perlumbaan tersebut. Akan tetapi, pintarnya si cacing tanah, sudah bermuafakat dengan semua cacing tanah di hutan itu... Maklumlah, sang kancilpun tidak dapat mengenalpasti mana satu cacing tanah yang berlumba dengannya. Sebab nak kenal jantan betinanya pun susah. Dalam tanah pulak tu. Berlumbalah mereka. pusingan pertama bermula. Sangat gembira si kancil sebab telah meningalkan cacing tanah di belakang. Tetapi rupa-rupanya indah kabar dari rupa. Kerana cacing tanah sudah sampai ke garisan penamat terlebih dahulu. Sang kancil sebenarnya telah berlari sepuas hati dan tidak tidur di bawah pokok lagi seperti semasa perlumbaannya dengan sang kura-kura. Walaupun, iktibar itu sudah diperingatinya dan dijadikan tauladan, tetapi sang kancil masih kalah dengan cacing tanah yang tak berdaya pu.
Pengajarannya, janganlah selalu meninggi diri. Bijak atau tidak bergantung pada muafakat kita bersama. Akhirnya, sang kancil dalam kelas itupun terdiam. Ting..ting..ting... Masa p&p habis, kerana terlalu banyak sang kancil yang mencelah dalam p&p serta tidak bersabar. Tiada p&p yang ada hanya satu cerita. Kalahlah pelajar/sang kancil kerana tidak mendapat apa-apa.

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...