Jumaat, 7 September 2012

Isu etnik Rohingya wajarkah berlaku dalam dunia yang bertamadun hari ini?

Suatu ketika dulu, sejak zaman berzaman daripada zaman kegelapan di Eropah hinggalah kemunculan kerajaan Islam di Tanah Arab telah mencetuskan perubahan pada paradigma dan pemikiran manusia supaya lebih menghormati hak dan kewujudan manusia di muka bumi ini. Secara ringkasnya, kehadiran Islam pertama meskipun mempunyai pusat pemerintahan di Madinah dan akhirnya telah mencetuskan pembukaan semula Kota Makkah tidak pernah mentafsirkan akan pembentuka atas nama sebuah entiti negara, yang ada hanyalah kerajaan. Namun, dari Zaman kerajaan Islam dalam kalangan golongan Khulafa al-Rasyidin sehinggalah kerajaan Islam Turki Uthmaniyah tidak ada satu entiti pemerintahan yang disebut negara. Kerana bumi ini adalah untuk manusia seluruhnya, bukan atas alasan perseorangan atau etnik tertentu sahaja. Namun, meskpun demikian, atas kelemahan pusat pemerintahan seperti yang disebutkan oleh Ibnu Khaldun bahawa kuasa itu umpama kocakan air, yang  sekiranya dijatuhkan batu, akan kuat kocakan di awalnya tetapi semakin hilang kocakan dipenghujungnya. Lalu atas kesempatan kuasa yang makin berkurangan ini, peperangan di Eropah terus diletuskan oleh Barat atas nama agama dan memberikan fahaman baru kepada dunia dalam abad ke-19, iaitu fahaman negara dan lantas semua etnik yang berada dalam kawasan tertentu berpusu-pusu untuk mengharumkan sinergi baru ini atas alasan untuk kemanjadirian etnik itu dan keselamatan pada masa akan datang. Akhirnya, dipenghujung zaman kegemilangan Khalifah, tewaslah kerajaan Islam kerana hampir semua negara di dunia telah dimomokkan dengan satu pandangan baru merdeka daripada kepompong pemerintahan Islam yang dikatakan tidak bertamadun dan tidak bersifat hak asasi. Kini, dunia hari ini, saudara-saudara seagama tidak mungkin akan dapat membantu kerana mereka bukan lagi satu entiti yang sama tetapi merupakam satu entiti yang telah lama retak dan tidak mungkin dapat disatukan lagi.


Perjuangan hari ini dalam erti kata kebebasan, mahupun sebagai human right adalah falsafah palsu dalam dunia hari ini yang sangat menelirukan. Tanah Palestin sudah agak sinonim dengan kita tidak pernah pudar bahang kemelut yang boleh menyebabkan kita menittiskan air mata, di China, puluhan ribu hingga jutaan bayi dibunuh dengan cara melemparkan bayi tersebut di atas gunung untuk cara mengurangkan populasinya. Dan sekarang di Myanmar puluhan ribu dibunuh atas alasan mereka bukan dari golongan yang sama atau mempunyai rupa yang  sama, maka wajarlah dibunuh. Kita lihat pada hari ini, berpusu-pusu manusia untuk menyelamatkan alam sekitar, burung-burung, gajah-gajah, harimau, dan pelbagai sepesies lagi yang diperjuangkan untuk terus hidup di muka bumi kerana apa, kerana binatang juga mempunyai hak yang sama untuk hidup. Tetapi malang sekali, manusia tidak mempunyai hak itu, human right untuk mereka yang berkepentingan.. Akhirnya, dunia ini sudah menjunam ke satu titik penghujung di mana manusia akan halal dibunuh semata-mata bukan etnik yang sama atau mereka-mereka yang miskin wajar dihapuskan. Allahhuakbar... 


Lihat catitan di bawah ini:
Sekiranya kita ditanya mengenai umat Islam di negara manakah yang tertindas ketika ini, nescaya yang kerap keluar dari mulut kita adalah Palestin, Syria, Afghanistan, Iraq, dan sebagainya. Tapi, berapa ramai di antara kita yang ambil tahu tentang penindasan yang berlaku terhadap umat Islam Rohingya di Myanmar (Burma) sejak sekian lama?

Isu Rohingya adalah isu umat Islam sejagat. Jadi, luangkan sedikit masa dan rajinkan diri membaca untuk mengambil tahu isu ini. Ingatlah, bahawa mengambil tahu dan mempunyai kepedulian terhadap orang lain terutamanya saudara seaqidah adalah sesuatu yang sangat dituntut oleh agama Islam yang luhur ini sebagaimana sabda Rasulullah saw yang bermaksud,

“Barangsiapa tidak mengambil berat tentang urusan umat Islam, maka bukanlah mereka daripada kalangannya”

Baca lanjut disini:

Wajarkah manusia dibunuh semata-mata isu etnik atau daripada kelompok yang datang dari tempat yang berasingan? Wajarkah etnik Rohingya dibunuh atas alasan kulit mereka yang hitam legam? Sesungguhnya, dunia kini hampir kepada penghujungnya.... Mudah-mudahan kita disispkan walau sekelumitpun rasa simpati terhadap manusia-manusia ini yang juga adalah hamba tuhan sama seperti kita yang boleh senyum, menangis, ketawa dan gembira serta berduka....



MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...