Perkataan atau istilah sejarah itu sendiri mempunyai sejarah
pengertianya. Ditinjau dari etimologi Kamus Dewan, Sejarah beerti sastera lama,
asal usul (keturunan), salasilah, peristiwa benar-benar berlaku pada waktu
lampau, kisah riwayat tambo; tawarikh. R.O Winstedt pula , merumuskan perkataan
sejarah berasal dari perkataan Arab. Beliau mendifinisikan sejarah itu sebagai
salasilah, tawarikh dan babad. Di dalam bahasa asing khususnya di barat,
perkataan sejarah disamakan dengan history ( bahasa Inggeris ) yang pada
asalnya berasal daripada perkataan Yunani Purba, historia yang bererti
penyelidikan. Caldwell menyatakan bahawa perkataan history telah berubah
maksudnya menjadi peristiwa yang pernah berlaku pada masa lalu dan juga ingatan
yang tercatat tentang masa lalu itu. Dionysius dari Halicarnasus, sejarawan
Yunani abad pertama tahun masihi mengatakan bahawa sejarah adalah satu bentuk
falsafah yang memberikan pengajaran melalui contohnya. Masudi, sejarwan Islam
kurun kesepuluh pula mengatakan bahawa sejarah adalah catatan yang terhimpun
tentang keseluruhan ilmu pengetahuan manusia merupakan sains yang paling mulia.
Ibnu Khaldun pula iaitu sejarawan Islam teragung pada kurun ke-14 antara lain
mengatakan bahawa sejarah adalah catatan atau maklumat tentang masayarakat
manusia dan tamadun dunia. Chang Hsueh-Cheng, sejarawan China kurun ke-18
menyebut bahawa sejarah bukan hanya merupakan usaha mengumpulkan dokumen oleh
ahli-ahli birokrasi: tidak juga merupakan satu hiburan bagi para
sarjana.Manakala R.G Collingwood mengatakan semua sejarah adalah sejarah
pemikiran. E.H Carr mengatakan Sejarah adalah satu proses interaksi berterusan
di antara ahli sejarah dengan fakta-faktanya, satu dialog yang tidak
berkesudahan di antara masa kini dan masa lampau. Manakala sejarawan tempatan
seperti Shahrom Hussienmengatakan “ daripada pelajaran tawarikh kita dapat
menyingkap semula lembaran sejarah darihal kebangkitan kemajuan, kejatuhan dan
kemunduran sesuatu bangsa. Ramai antara kita belajar sejarah, tetapi tidak
mengetahui istilah sejarah. Justeru, saya memberikan Istilah Sejarah untuk kita
sama-sama mempelajari sejarah
Rujuk dan baca:
http://anjungsena.blogspot.com/2008/11/apakah-sejarah.html