Sabtu, 7 Februari 2009

Skema Percubaan STPM Sejarah K2 2008

1.Golongan pembesar dikatakan memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Bincangkan peranan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial.

Pengenalan
Sistem pembesar di negeri-negeri Melayu adalah warisan Kesultanan Melayu Melaka.
Sistem pembesar empat lipatan Kesultanan Melayu Melaka telah menjadi model bagi pengurusan dan pentadbiran kerajaan-kerajaan di negeri-negeri Melayu.
Sehingga pertengahan abad ke-19, para pembesar merupakan aset terpenting dalam sistem politik di Tanah Melayu.
Setiap orang pembesar mempunyai peranannya dalam politik, ekonomi dan sosial dalam masyarakat Melayu.

Politik
Peranan utama pembesar ialah dalam bidang politik.
Mereka merupakan golongan yang memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan.
Ada kalanya, golongan pembesar mempunyai kuasa untuk melantik raja. Misalnya, empat orang Undang (Undang Jelebu, Undang Sungai Ujong, Undang Rembau dan Undang Hohol) akan melantik Yang Di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
Dalam keadaan biasa, pembesar membantu raja dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran negeri.
Untuk melaksanakan kuasa yang diamanahkan kepada mereka, para pembesar ini mempunyai cop mohornya sendiri.
Para pembesar menjadi penasihat atau menjadi ahli Jemaah Penasihat Sultan.
Misalnya, pada tahun 1800, Sultan Muhammad I (Sultan Kelantan) telah melantik seramai 7 orang pembesar untuk memudahkan dan melicinkan lagi jentera pentadbirannya.
Sultan Muhammad II telah melantik 8 orang Jemaah Menteri.
Sultan Abu Bakar (1862-1895) telah melantik Jemaah Menteri untuk menasihati Sultan (Johor).
Pembesar juga membantu raja mentadbir kawasan-kawasan tertentu di luar wilayah dipanggil “pegangan” yang merupakan anugerah Sultan kerana jasa dan perkhidmatan semerlang mereka atau menjadi pentadbir daerah/jajahan. Misalnya, Dato’ Bahaman menguasai kawasan Semantan dengan gelaran Orang Kaya Semantan; Tok Gajah mentadbir Pulau Tawar; Ngah Ibrahim menguasai Larut.
Para pembesar juga memainkan peranan penting dalam menjaga keamanan dan keselamatan negara. Misalnya, Jemaah Menteri Peperangan di Kelantan menguruskan hal-ehwal peperangan, ketenteraan, pertahanan dan keamanan; Lembaga di Negeri Sembilan menjaga keselamatan dan keamanan.Sebagai pentadbir kawasan atau daerah/jajahan, para pembesar memastikan penduduk di bawah jagaannya taat setia kepada pemerintah.
Menyediakan dan membekalkan tenaga ketenteraan untuk mempertahankan negara dan juga untuk ekspedisi memperluaskan empayar (jika ada).
Para pembesar ibarat “jambatan” menghubungkan rakyat jelata dengan pemerintah.

Ekonomi
Para pembesar memainkan peranan penting dalam pengutipan cukai.
Pembesar di pelabuhan (Shah Bandar) mengutip cukai daripada pedagang-pedagang.
Pembesar daerah/jajahan mengutip cukai daripada rakyat di kawasannya dengan bantuan Penghulu.
Pembesar menguasai sumber ekonomi seperti lombong bijih timah dan juga hasil eksport lain.
Menggunakan sistem kerah dan sistem serah untuk dapatkan hasilan.
Hasil pendapatannya lebih lumayan dan ini kadang-kala menyebabkan mereka lebih kaya daripada Sultan. Contoh: Long Jaafar dan Ngah Ibrahim yang menguasai Larut.
Pembesar juga melibatkan diri dalam perdagangan.
Mereka menjadi pengeluar modal.
Perniagaan dan perdagangan pembesar diuruskan oleh wakil-wakilnya.
Para pembesar juga memastikan urusan perdagangan dalam negeri berjalan licin.
Menentukan timbangan dan sukatan yang betul.
Menjaga perairan daripada pencerobohan lanun.
Mengawasi pedagang-pedagang; menjaga hal-ehwal pedagang asing; mengaturkan tempat perniagaan dan menyediakan gudang untuk menyimpan barang-barang.

Sosial
Kebajikan anak buahnya adalah tanggungjawab para pembesar.
Memastikan kewujudan keamanan.
Menjadi hakim dalam sesuatu perbicaraan dan meleraikan perselisihan.
Mengetuai kerja-kerja sosial seperti pembinaan surau, masjid, balai raya, jambatan dan sebagainya.

Kesimpulan
Golongan pembesar memainkan peranan penting sebagai “penggerak” dalam sistem pemerintahan di negeri-negeri Melayu sebelum campur tangan British.
Campur tangan British dan pengenalan Sistem Residen menjelang tahun 1870-an, menjejaskan kedudukan politik, ekonomi dan sosial pembesar Melayu.
Perkhidmatan sebahagian para pembesar Melayu, kemudiannya digunakan oleh British untuk membantu pegawai-pegawai British.

2. Sistem pemerintahan Dinasti Brooke pada abad ke-19 di Sarawak merupakan suatu bentuk pemerintahan baru berbanding pemerintahan tradisional. Bincangkan.

Pengenalan
Sarawak asalnya wilayah pegangan Kesultanan Brunei. Namun begitu, pada tahun 1836, telah berlaku pemberontakan di Sarawak. Sultan Brunei waktu itu, Sultan Omar Ali Saifuddin gagal untuk menyelesaikan krisis tersebut. Pada tahun 1846, Sultan Brunei telah mengakui sepenuh James Brooke dan penggantinya sebagai pemerintah bebas di Sarawak.

James Brooke mentadbir Sarawak mengikut asas pentadbiran British. Beliau telah memperkenalkan satu kod undang-undang keamanan di Sarawak. Namun begitu, bagi jenayah-jenayah berat, hukumannya masih berpandukan kepada undang-undang tradisi Brunei. Pada tahun 1855, James Brooke telah menubuhkan sebuah Majlis Tertinggi yang berperanan sebagai penasihatnya dalam pentadbiran. Majlis ini terdiri daripada Charles Brooke dan 4 orang Datu daripada orang Melayu. Selain itu, beliau juga memperkenalkan sistem perdagangan bebas kecuali bagi dagangan antimoni dan candu.

James Brooke juga telah menghapuskan amalan tradisi masyarakat pribumi iaitu perburuan kepala dan sistem perhambaan. Pada tahun 1840-an ini juga, beliau cuba menghapuskan aktiviti pelanunan yang selama ini mengganggu keamanan di perairan Sarawak. Beberapa kubu lanun berjaya dimusnahkan seperti di Saribas, Padeh, Teluk Marudu, Dayak Laut dan Batang Muru. Selain daripada usaha-usaha pentadbiran James Brooke di atas, beliau juga berjaya memperluas wilayah Sarawak itu sendiri. Kawasan asal Sarawak yang diperolehinya dari Sultan Brunei hanyalah kawasan antara Tanjung Datu dan Sungai Samarahan. Pada tahun 1853, Sultan Brunei, Sultan Abdul Mumin telah menyerahkan kawasan di sekitar Sungai Sadong, Batang Lupar, Saribas dan Kalaka. Sultan Brunei telah menerima bayaran tahunan sebanyak 1000 paun atas penyerahan ini. Pada tahun 1861 pula, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan pantai di antara Sungai Rajang dan Tanjung Kindurong dan Sultan menerima bayaran tahunan sebanyak 4500 paun atas penyerahan ini.

Pada September 1865, James Brooke telah menyerahkan tampuk pemerintahan Sarawak kepada anak saudara beliau Charles Brooke. Charles Brooke turut mengambil beberapa langkah untuk mengemaskinikan sistem pemerintahan Sarawak. Pada tahun 1865, beliau telah menubuhkan sebuah Majlis Negeri. Penubuhan majlis ini untuk memberi peluang kepada suku-suku kaum tempatan terlibat dalam pentadbiran. Di antara ahli-ahlinya ialah, ahli Majlis Tertinggi, ketua-ketua suku daerah, pegawai kanan Eropah dan Residen Eropah. Oleh sebab wilayah Sarawak semakin besar, beliau membahagikan Sarawak kepada 3 bahagian yang diketuai oleh Residen Eropah setiap satu. Residen ini dibantu oleh penolong Residen dan pegawai rendah. Di bawah Residen ini pula ditubuhkan Majlis Bahagian yang bertanggungjawab sebagai penasihat kepada Residen tadi. Sementara itu, di peringkat Kampung, ketua-ketua kampung masih dipegang oleh ketua suku kaum di kawasan berkenaan.

Di dalam soal kehakiman, hukuman masih berasaskan undang-undang tradisional suku kaum pribumi. Namun, sekiranya terdapat sebarang hukum yang diragui, undang-undang British akan digunakan. Pada tahun 1883, Charles Brooke telah memperkenalkan rang undang-undang untuk membebaskan semua hamba di Sarawak dalam masa 5 tahun. Sebagai mana bapa saudaranya, Charles Brooke turut berusaha memperluaskan wilayah Sarawak. Pada tahun 1890, misalnya, Sultan Brunei telah menyerahkan kawasan Limbang kepada Brooke. Pada tahun 1905 pula, Syarikat Berpiagam Borneo Utara telah menyerahkan kawasan Sungai Lawas kepada Brooke.

Charles Brooke turut membuat beberapa pembaharuan dan usaha untuk memajukan ekonomi Sarawak. Contohnya, pada tahun 1876, beliau telah menggubal dasar yang menggalakkan kemasukan orang Cina dari Singapura ke Sarawak untuk mengerjakan tanaman lada hitam. Pada tahun 1885, Sarawak berjaya mengeksport lada hitam sehingga berjumlah 392 tan. Getah pula mula ditanam di Sarawak pada tahun 1905. Untuk itu, buruh-buruh Jawa telah diimport untuk mengerjakan ladang-ladang getah. Sagu turut diusahakan dan kemudian salah satu tanaman eksport yang diusahakan oleh orang Malanau. Selain hasil pertanian, kegiatan ekonomi turut pesat dalam aktiviti perlombongan. Antara sumber galian yang dilombong di Sarawak ialah antimoni, raksa dan arang batu.

Pemerintahan Charles Brooke ini kemudian berakhir apabila beliau diganti oleh anaknya Vyner Brooke pada 24 Mei 1917. Vyner Brooke banyak menyambung usaha-usaha yang dilakukan oleh bapanya. Pada tahun 1924, beliau telah memperkenal satu kanun jenayah Sarawak. Kanun ini amnya berasaskan kepada Kanun Jenayah India. Pada tahun 1923 pula, beliau telah memperkenalkan jawatan Ketua Setiausaha. Selain itu, beliau juga telah mewujudkan jawatan Peseruhjaya Hakim yang sebelum ini dikenali sebagai Ketua Hakim. Pada tahun 1929, beliau telah melantik seorang Setiausaha Hal-Ehwal Orang Cina. Jawatan ini berfungsi untuk menguruskan perkara yang berkaitan dengan orang Cina. Pada 24 September 1941 pula, Vyner Brooke telah memperkenalkan sebuah perlembagaan baru untuk Sarawak. Perlembagaan ini merupakan langkah pertamanya ke arah pemerintahan sendiri. Intipati kepada perlembagaan ini, Raja Sarawak memerintah dengan nasihat Majlis Tertinggi. Majlis Negeri dikekalkan dengan keanggotaan seramai 25 orang ahli yang bertindak sebagai badan perundangan.

Vyner Brooke turut berusaha untuk meningkatkan aktiviti ekonomi di Sarawak. Getah kini menjadi eksport terpenting Sarawak dengan keluasan ladangnya yang kian bertambah. Petroleum telah ditemui di Miri dan ia menjadi pengeluaran utama bagi negeri Sarawak. Perusahaan kayu balak turut dimulakan. Perkembangan infrastruktur juga turut bertambah dengan lebih banyak pembinaan jalan raya dan keretapi. Namun, pengangkutan air masih merupakan pengangkutan utama di Sarawak.

Penutup
Pemerintahan Vyner Brooke berhenti seketika apabila berlaku Perang Dunia Kedua dan jatuhnya Sarawak ke tangan Jepun. Vyner Brooke mengambilalih semula Sarawak selepas Perang Dunia Kedua. Namun begitu, pada 1 Julai 1946, Vyner Brooke telah menyerahkan Sarawak ke bawah pentadbiran Kerajaan British. Hal ini disebabkan beliau tidak mempunyai waris dan beliau tidak cukup wang untuk membangunkan semula Sarawak selepas mengalami kemusnahan teruk semasa Perang Dunia Kedua. Justeru itu, tahun 1946 ini, berakhirlah pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak.

3. Jelaskan sebab-sebab dengan mudah Jepun menguasai Tanah Melayu dan kesan-kesan
pendudukan Jepun dalam aspek politik dan sosial.

Pengenalan
Jepun menyerang kepentingan kuasa Barat di Asia Tenggara untuk menguasai bahan mentah. Di Asia Pasifik Jepun menyertai pakatan Jerman. Jepun melancarkan serangan serantak ke atas Amerika Syarikat di Hawaii dan Kota Bharu.

Isi-Isi Penting:
Sebab-sebab kejayaan Jepun.
-tentera British tidak bersedia, tidak menyangka Jepun menyerang dari Utara TM. Tentera TM ketika itu adalah dari India, Australia dan Melayu yang kurang pengalaman.
-sistem pertahanan British sangat lemah disebabkan Princes of Wales dan The Repulse tenggelam di perairan Kuantan.
-Jepun mendapat bantuan dan sokongan dari penduduk TM, malah ada maklumat yang disalurkan oleh ejen perisikan Jepun di TM sebelum ini.
-Jepun mempunyai semangat tinggi dan bersedia berkorban untuk negara mereka.

Kesan-kesan politik
-layanan istimewa diberikan kepada Melayu berbanding kaum lain, dan berpeluang memegang jawatan penting dalam pentadbiran. Mendedahkan ornag Melayu kepada pentadbiran sendiri.
-orang Cina menubuhkan MPAJA berfahaman komunis, orang Melayu menubuhkan Force 136. bantuan daripada British.
-Jepun di TM menjalinkan hubungan dengan pertubuhan radikal spt Kesatuan Melayu Muda yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob.

Kesan-kesan sosial
-penderitaan hidup rakyat akibat kekurangan makanan dan mangsa kekejaman Jepun. Kaum perempuan dinodai, lelaki dipaksa membina jln kereta api ke Burma.
-sentimen perkauman wujud antara Melayu dan Cina. Kerana orang Melayu bekerja sebagai polis rahsia Jepun, manakala Cina sebagai Komunis.
-orang Cina sangat menderita dan mendorong mereka melarikan diri ke dalam hutan untuk menyelamatkan diri, mereka menjalankan kegiatan pertanian kontang spt ubi kayu.

Penutup
Kesan mendalam kepada penduduk TM sehinggakan mereka mahu membebaskan TM selepas Jepun menyerah kalah.


4. Sejauhmanakah agama memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran di Tanah
Melayu?

Pengenalan
Kebangkitan gerakan kesedaran di Tanah Melayu hanya bermula pada awal kurun ke-20. Gerakan kesedaran sebelum Perang Dunia Kedua ini berjalan agak perlahan jika dibandingkan dengan gerakan kesedaran di negara-negara lain seperti Indonesia dan Filipina. Mengikut W.R. Roff, pergerakan nasionalisme Melayu dipimpin oleh 3 golongan iaitu golongan reformis Islam berpendidikan Arab, golongan inteligensia berpendidikan Melayu dan golongan birokrasi berpendidikan Inggeris.

Dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu, agama merupakan faktor utama yang mempengaruhi perkembangan gerakan ini. Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir dan Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan gerakan Pan Islamism. Di Turki pula muncul Mustafa Kamal Attaturk dan dibawah pimpinannya, negara Turki sedang mengalami proses membangun dan pemodenan. Mereka sedar bahawa Islam memerlukan perubahan-perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat. Penuntut-penuntut dari Tanah Melayu dan Indonesia yang melanjutkan pelajaran mereka di Timur Tengah telah menerima pengaruh Pan Islamism di Mesir dan pemodenan negara Turki. Mereka menubuhkan persatuan yang dikenali sebagai Perkumpulan Pemuda Indonesia-Malaya (Perpindom). Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya-Indonesia yang merdeka dan berdaulat. Antara pelajar yang terkenal ialah Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim. Apabila mereka pulang ke Tanah Melayu, mereka terkenal sebagai golongan terpengaruh dengan ajaran Mohammad Abduh. Mereka ditentang oleh golongan tua dan dianggap telah menyeleweng. Walau bagaimanapun, mereka masih mendapat sokongan kuat dari pelajar Islam yang masih menuntut di Timur Tengah. Mereka telah menulis dalam majalah Seruan Azhar dan Pilihan Timur untuk mengadakan satu gerakan Pan Islamism yang besifat anti penjajah dan penyatuan Tanah Melayu-Indonesia.

Selain itu, bahasa dan kesusasteraan juga mempengaruhi gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Akhbar-akhbar tempatan memuatkan puisi, cerpen dan novel untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Sebagai contoh, puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, puisi seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) dan Seruan Pujangga oleh Anum (1940) juga telah membangkitkan semangat kebangsaan. Dalam ini juga, novel juga memainkan peranan penting. Sebagai contoh, Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Sheikh al-Hadi (1925) mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan. Cerpen yang merupakan cerita pendek mempunyai nasihat juga tidak kurang kepentingannya dalam mempengaruhi gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Sebagai contoh, Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Jijai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja dan Anak Dibuat Denal (1938), Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang (1940) dan Siasat Yang Tiada Diminta (1941) yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan.

Seterusnya, akhbar dan majalah juga memainkan peranan yang penting dalam gerakan kesedaran di Tanah Melayu. Sebagai contoh, pada 23 Julai 1906, akhbar al-Imam telah diterbitkan di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahr Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Akhbar ini diterbitkan dengan tujuan menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai agama Islam untuk kemajuan masyarakat di samping membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka supaya berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Akhbar ini ditamatkan pada tahun 1908 selepas 31 keluaran bulanan. Seruannya diteruskan oleh akhbar lain seperti Neracha, Tunas Melayu, al-Islam, al-Ikhwan dan Pengasoh. Selain itu, pada tahun 1939, akhbar Utusan Melayu telah diterbitkan. Pengarang yang pertama ialah Rahim Kajai dan pengarang yang terkemuka pula ialah Ishak Muhammad atau dikenali sebagai Pak Sako. Akhbar ini menjadi lambang perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan Utusan Zaman dan Mastika. Selain akhbar yang disebut di atas, terdapat juga akhbar Warta Malaya (1930), Majlis (1935), Fajar Sarawak dan sebagainya.

Dari segi pengaruh pendidikan pula, pengaruhnya tidak boleh dipandang kecil. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu telah didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu (Terengganu) dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan Pulau Pinang ialah Madrasah al-Mashor. Sistem persekolahan di sekolah itu mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat. Pelajar-pelajar yang menuntut di sekolah ini akan sedar akan kelemahan mereka dalam agama Islam dan mereka didorong untuk berusaha bersungguh-sungguh lagi supaya tidak keluar dari ajaran Islam yang sebenar. Di samping itu, Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) juga bertanggungjawab dalam membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penduduk. Guru-guru dari MPSI telah menyedari masalah yang dihadapi oleh orang Melayu. Mereka berazam untuk mengatasi masalah ini dan memperkenalkan satu generasi baru orang Melayu yang akan membela bangsa dan negara mereka.

Perkembangan pendidikan Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual yang terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme. Mereka ini terdiri daripada Raja Chulan, Eunos bin Abdullah dan Dato’ Onn bin Jaafar. Mereka diberi peluang berkhidmat dengan kerajaan. Raja Chulan yang menjadi ahli Majlis Pusat telah memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu, manakala Dato’ Onn bin Jaafar pula mengkritik pedas terhadap pentadbiran British. Selain itu, graduan-graduan MPSI telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu pada tahun 1923 untuk menggunakan pertumbuhan sastera Melayu. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Pada tahun 1929 dan 1930 pula, Ibrahim Yaacob semasa di MPSI menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik iaitu “Ikatan Semenanjung-Borneo” dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Pertubuhan ini telah menyedarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya mereka sedar akan nasib buruk bangsa mereka.

Akhir sekali ialah pengaruh dari luar. Kejayaan Jepun mengalahkan Rusia pada tahun 1905 membawa kesan lebih mendalam ke atas perkembangan nasonalisme di Tanah Melayu. Kerajaan Jepun membuktikan rakyat Asia juga bijak dan berkebolehan. Kepercayaan ini memberi ilham dan menguatkan keazaman rakyat Asia terutama kaum nasionalis Melayu untuk menentang penjajah Barat. Seterusnya, nasionalisme Tanah Melayu juga dipengaruhi oleh nasionalisme Indonesia. Hal ini adalah disebabkan adanya hubungan rapat antara penduduk bumuputera Tanah Melayu dengan penduduk Indonesia seperti agama, bahasa dan satu keturunan darah. Pada permulaannya, nasionalisme kedua-dua tempat ini memperjuangkan ajaran agama Islam yang sebenar. Kemudian, perjuangan radikal Parti Nasional Indonesia telah mempengaruhi pemimpin-pemimpin politik radikal Tanah Melayu untuk memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada penjajahan British.

Penutup
Gerakan nasionalisme sebelum tahun 1941 adalah bercorak agama, sosioekonomi dan politik. Selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu, corak gerakan kesedaran ini telah berubah menjadi perjuangan secara perlembagaan. Kini, golongan nasionalis ini cuba melepaskan Tanah Melayu dari cengkaman penjajah secara perdamaian. Hasilnya, British mula memberi peluang kepada rakyat tempatan untuk memerintah sendiri sehinggalah akhirnya pada 31 Ogos 1957, Tanah Melayu diberi kemerdekaan.

5. Huraikan gerakan anti penyerahan di Sarawak pada tahun 1946.

Pengenalan
-Selepas Jepun, Vyner Brooke kembali ke Sarawak tetapi tidak mempunyai anak lelaki dan kekurangan sumber kewangan. Keputusannya adalah menyerahkan Sarawak kepada British.

Isi-Isi Penting:
-Penyerahan ini mendapat tentangan hebat. 12 Februari 1946, Persatuan Melayu Sarawak(PMS) mengadakan mesyuarat untuk menimbangkan tindakan ini. Surat bantahan telah dihantar kepada setiausaha pejabat tanah jajahan di London. Namun, pada 1 Julai 1946, Sarawak tetap diistiharkan senbagai jajahan Mahkota British.
-gerakan anti penyerahan dipimpin oleh Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS), Persatuan Dayak Sarawak (PDS), Barisan Pemuda Sarawak (PBS), bertujuan memulihkan pemerintahan dinasti Brooke bagi mempermudahkan kemerdekaan Sarawak.
-1 November 1946, PMS telah mengadakan satu persidangan dengan dihadiri oleh wakil 40 pertubuhan. Sekali lagi surat bantahan yang dihantar kepada Perdana Menteri Britain. Tunjuk perasaan diadakan yang disertai oleh para pegawai/kakitangan awam dan guru-guru Melayu.
-British mengeluarkan surat pekeliling no.9 yang memberikan amaran kepada kakitangan awam dan memberikan sepenuh kesetiaan kepada kerajaan. 400 orang telah meletakkan jawatan yang terdiri daripada guru-guru menyebabkan hamper 22 daripada 87 sekolah Melayu terpaksa ditutup.
-kempen dilaksanakan untuk melaga-lagakan orang Melayu dengan Dayak, berjaya melemahkan semangat anti penyerahan. Oleh itu, golongan ekstremis dalam PPM di Sibu bergerak secara sulit dan menubuhkan rukun 13. membawa kepada pembunuhan Duncan Stewart oleh Rosli Dhobi
-tindakan ini memeranjatkan orang Melayu, kerana sebilangan besar tidak setuju dengan penggunaan kekerasan. Gerakan anti penyerahan mengalami kemerosotan. Pemimpin2 Rukun 13 digantung bersama Rosli Dhobi.
-Ramai daripada penyokong gerakan anti penyerahan mengasingkan diri. PMS mengeluarkan surat pekeliling bahawa perjuangan sentiasa terhad kepada cara yabg sah. Pada 5 April 1950 sekali lagi surat dihantar kepada gabenor Sarawak. Satu rancangan tunjuk perasaan tetapi tidak dibenarkan oleh kerajaan.
-Anthony Brooke dan PMS telah bersetuju untuk menghentikan tindakan anti penyerahan, atas janji British akan membantu memberikan kemerdekaan dalam lingkungan komanwel. Dengan itu, gerakan anti penyerahan tamat.

Penutup
-gerakan anti penyerahan gagal, British menggunakan perlembagaan 1941 yang dibentuk oleh Brooke dan memberikan kuasa kepada kuasa legislative dan kewangan kepada majlis negeri.

6. Bincangkan sistem demokrasi berparlimen yang diamalkan di Malaysia hingga 1963.

Pengenalan
-Malaysia sebuah negara mengamalkan demokrasi berparlimen yang dipilih oleh rakyat daripada kalangan rakyat dan bertanggungjawab kepada rakyat. Slps merdeka pada 1957, pemerintahan berasaskan konsep ini.

Isi-Isi
-Ciri utama demokrasi berparlimen ialah Perlembagaan itu sendiri. Merupakan undang2 dasar negara . berasaskan kepada Perjanjian Persekutuan TM 1948 dan Perlembagaan Kemerdekaan TM 1957. Perlembagaan Malaysia wujud pada 16 September 1963.
-Perlembagaan Malaysia merangkumi 181 perkara spt YPA, Parlimen, Perdana Menteri, Jemaah Menteri, hak asasi, hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, agama Islam, dan bahasa Kebangsaan. Kedudukan YDA, Sultan, badan Eksekutif, Badan Kehakiman, piliha raya dan pembahagian kuasa antara kerajaan negeri dan pusat.
-YPA merupaka ketua negara, dipilih daripada 9 raja-raja Melayu secara bergilir-gilir selama 5 tahun. Tugas utamanya adalah melantik Perdana Menteri, membubarkan Parlimen, Ketua Agama Islam, melantik ketua hakim dan haikm2 serta mengistiharkan darurat.
-Parlimen merupakan badan perundangan yang membuat undang-undang di peringkat Persekutuan. Parlimen menjadi lambang demokrasi negara dan merupakan kuasa tertinggi dalam negara. Terdiri daripada Dewan Negara dan Dewan Rakyat. Ahli dewan rakyat akan dipilih melalui pilihan raya selama 5 tahun.
-Dewan Negara, mengkaji undang-undang yang dikemukakan oleh Dewan Rakyat sebelum diperkenankan oleh YPA. Bilangan asal adalah 38 orang, 16 dilantik oleh YPA, dan 22 oleh Dewan Undangan Negeri yang digelar Senator dan berkhidmat selama 3 tahun dan boleh dilantik semula bagi tempoh 3 tahun lagi.
-Ciri2 demokrasi berparlimen ialah pilihan raya, sebagai wakil ke Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Pilihan raya dikendalikan oleh SPR.
-Perdana Menteri dan pembentukan kabinet. PM dilantik dikalangan ahli Dewan Rakyat dan mengetuai kabinet. Merupakan badan penggubal dasar tertinggi dan bertanggungjawab dalam menentukan dan melaksanakan kuasa eksekutif. Menteri pula mengetuai sesebuah atau beberapa buah kementerian dan bertanggungjawab terus kepada Parlimen.

Kesimpulan
-Demokrasi berparlimen diasaskan kepada perlembagaan 1948,1957 dan 1963, menjadi lambing kepada demokrasi berparlimen Malaysia bagi menjamin keamanan dan kesejahteraan negara.

7. Huraikan struktur dan peranan di Thailand dan Vietnam sebelum campur tangan barat.

Pengenalan
-Sblum kedatangan barat, Thailand dan Vietnam amalkan sistem pembesar tersendiri. Pembesar adalah pembantu raja dalam hal-hal pentadbiran. Dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat pusat, wilayah dan kampung. Tugas utama, pentadbiran, mengutip cukai, menjamin keamanan, kesejahteraan.

Isi-Isi
Thailand
-pembesar terdiri daripada peringkat pusat, peringkat wilayah/daerah. Terdiri daripada golongan kerabat diraja (Chao/Khunnang). Mereka dibahai kepada lapisan Chao Fa, Phra Ong Chao dan Mom Chao.
-mengetuai jabatan2 kerajaan (Krom) spt Krom Mahatai yang menguruskan hal ehwal pentadbiran Thailand dan ketua kromnya memakai gelaran Samuha Nayok. Kahalon adalah jabatan hal ehwal ketenteraan dan pertahanan negara, memakai gelaran Samuha Phra Kalahon serta Krom Khlang (jabatan kewangan), Chao Phraya (hubungan luar).
-terdiri kpd 4 wilayah yang berbeza kepentingan dan ditadbir oleh raja. Orang paling berkuasa slps raja. Tugas utama pembesar wilayah, mengutip cukai, mengetuai adat istiadat dan ketua agama Buddha di wilayah mereka.

Vietnam
-pembesar bukan kerabat diraja tetapi dilantik berdasarkan kelayakan dan pendidikan. Mengetuai 6 kementerian iaitu Hal Ehwal Awam (Quan), Kerja Raya, Kewangan, Upacara, Kehakiman, Peperangan. Ketua2 Quan terdiri daripada berpendidikan Confucius dan anggota Majlis Tertinggi (Noi-Cae).
-peringkat wilayah pembesar berperanan mengutip cukai, upacara2 keagamaan, mengambil dan melatih tentera, soal2 kehakiman.
-pembesar peringkat kampung berkuasa diperingkat kampung (komun) untuk mentadbir keteraman dan perlaksanaan undang2 yang lancar.

Kesimpulan
-Sistem pembesar di Vietnam mula mengalami perubahan slps kdtgn barat iaitu Perancis, peranan pembesar tempatan telah dihapuskan. Thailand pula tidak dijajah, tetapi pentadbiran diubah kepada moden oleh Raja Mongkut dan raja Chulalongkorn.

8. Bincangkan peranan orang Cina dan India dalam perkembangan ekonomi moden di
Thailand dan Myanmar.

Pengenalan
-Cina dan India ptg dlm ekonomi Thailand dan Myanmar. British mengalakkan kemasukan mereka untuk mengerakkan ekonomi moden terutama untuk buruh.

Isi-Isi
Thailand
-Cina menguasai perkembangan eko moden terutama dalam bidang perdagangan, perniagaan, perlombongan.
-pemodal Cina terlibat dalam perdagangan. Perdagangan eksport beras Siam dimonopoli oleh golongan Teochew, dan perlombongan bijih timah golongan cina Hokkien.
-pelbagai keistimewaan diberikan oleh pemerintah Thailand kepada Cina spt pengendalian rumah-rumah perjudian, penanaman dan penjualan candu, loteri, kedai-kedai arak.
-Cina sebagai pemaju tanah2 di Thailand terutama untuk pertanian moden dan perlombongan, ini mencetuskan bantahan masyarakat tempatan.
-mewujudkan golongan memperjuangkan hak dalam bidang ekonomi. Semasa Pibul Songgaram akta kewangan negara telah diperkenalkan untuk mengawal penguasaan orang cina. Dan mereka diwajibkan berbahasa Thai dan penggunaan nama Thai.

Myanmar
-orang India memainkan peranan penting dalam perkembangan ekonomi Myanmar. Sebagai pelabur modal dengan memberikan pinjaman terutama untuk perbelanjaan mengusahakan pertanian dan perbelanjaan hidup seharian. Cagaran geran tanah diperlukan.
-terdapat masyarakat India yang melibatkan diri secara langsung dalam ekonomi moden di Myanmar iaitu sebagi pengusaha ladang-ladang pertanian. Mereka mengusahakan pertanian besekala besar dan luas spt padi, dan merampas tanah-tanah yang gagal dalam melunaskan hutang.
-orang India juga sebagai pembekal tenaga buruh di Myanmar. Terlibat dalam sektor pertanian dan pembalakan. Biasanya mempunyai kadar upah yang rendah berbanding masyarakat tempatan.
-orang India juga terlibat dalam bidang perdagangan dan perniagaan. Contoh, menjadi pengusaha kilang2 perusahaan berasaskan pertanian padi dan perlombongan.

Penutup
-masyarakat Cina dan India memainkan peranan ptg dalam perkembangan ekonomi Thailand dan Myanmar. Menimbulkan gerakan nasionalisme bagi kepentingan masyarakat tempatan.


9. Usaha pemodenan yang dijalankan dalam negeri pada pertengahan abad ke-19 di Jepun
lebih berjaya berbanding China. Jelaskan.

Pengenalan
-abad ke-19 Jepun dan China mengadakan gerakan pemodenan untuk menguatkan diri. China (Gerakan menguatkan diri 1861-1896), gerakan Islah 1898. Jepun berlaku selepas kejatuhan Kesyogunan Tokogawa untuk memulihkan kuasa maharaja. Jepun lebih berjaya berbanding China.

Isi-Isi
Jepun
-kedudukan Jepun lebih kecil bernading China. Memudahkan pemimpin negara Jepun menyebarkan idea pemodenan secara menyeluruh dan berpusat.
-kepimpinan maharaja Meiji bersifat terbuka dan berbaik2 dengan barat. Perdagangan yang menguntungkan kuasa barat dapat dimansuhkan dan polisi luar Meiji mendapat sokongan pihak Jepun.
-sistem feudal dihapuskan, tanah2 dimilik negarakan di bawah maharaja untuk pentadbiran dan pemodenan yang seragam.
-Jepun mempunyai modal kewangan yang mencukupi, kerana mendapat ganti rugi dalam perang China-Jepun sebanyak 200 juta tael dari China. Digunakan dalam Bank Nasional untuk peniaga yang merangsang perkembangan ekonomi Jepun.
-sikap masyarakat Jepun spt rajin, usaha, setia kepada negara dan senang menerima idea2 perubahan. Rakyat dan kepimpinan Meiji bersedia mencontohi budaya barat yang dianggap bertamdun tinggi demi mempertahankan maruah Jepun daripada diceroboh kuasa Barat.

China
-kegagalan pemodenan kerana kelemahan kerajaan pusat, ancaman barat, kerajaan Manchu mendapat ancaman daripada rakyat, Maharani Dowager Tzu Hsi anti pemodenan dan tidak menyokong gerakan Islah dan menangkap golongan refomis.
-kekurangan modal, kerana terpaksa membayar ganti rugi kepada kuasa Barat dan Jepun akibat kekalahan dalam peperangan. Malahan maharaja Dowager menyalahgunakan peruntukan pemodenan peruntukan tentera untuk membina istana musim panasnya di Peking.
-China kalah dalam perang candu 1 (1839-1842), kuasa barat berlumba2 untuk mendapatkan konsesi perdagangan di China. Perjanjian2 yang termeterai menguntungkan pihak barat dan merugikan China. Tumpuan pemodenan tidak dapat dilaksanakan.
-dari segi geografi, China adalah sebuah negara yang luas dan berpuak-puak, menyukarkan menyebarkan maklumat dan memodenkan negara.
-pemodenan melalui dasar menguatkan diri 1861 kurang berjaya kerana dikatakan bercanggah dengan ajaran dan adat tempatan. Pembinaan jln kereta api dianggap menganggu roh nenek moyang mereka. Pemodenan 1898 terlalu radikal (pembaharuan 100 hari) tidak berpusat dan dilakukan diperingkat daerah, tidak mempunyai keselaran antara pemimpin.
-penduduk China terlibat dalam pertanian dan sukar menerima pemodenan dalam industri kerana telah sebati sebagai petani.

Penutup
-pemodenan di China tidak berkesan dan memberikan ruang kepada kuasa Barat untuk menguasai China. Jepun berjaya dan muncul sebagai satu kuasa imperialis yang baharu dan kuat.


10. Huraikan peranan golongan intelektual di Indonesia dan Filipina dalam gerakan
nasionalisme pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

Pengenalan
-golongan intelektual yang terdedah kepada pendidikan barat memainkan peranan penting dlm membangkitkan semangat, menyatukan rakyat, dan membentuk gerakan kebangsaan.
-golongan ini membekalkan kepimpinan bagi gerakan kesedaran di negara masing-masing.

Isi-Isi
Indonesia
-golongan intelektual melahirkan rasa tidak puas hati kepada kerajaan Belanda yang amalkan diskriminasi dlm peluang pendidikan, pekerjaan dan pentadbiran. Golongan ini membela nasib golongan bawahan daripada ditindas oleh Belanda dan orang cina. Cth, Raden Adjeng Kartini golongan pertama membangkitkan kesedaran ttg kepentingan pendidikan. Budi Utomo menekankan kepada kemajuan kebudayaan dan pendidikan orang Jawa.
-gerakan melalui Sarekat Islam (Omar Said Tjokroaminato) dasar dan matlamat memajukan kedudukan sosio ekonomi dan kepentingan agama Islam di Indonesia. Mengalami kemerosotan setelah sebilangan ahlinya terpengaruh dengan ideology komunis.
-Sukarno membangkitkan matlamat kemerdekaan. Pari Nasionalis Indonesia(PNI) dan tidak bekerjasama dengan Belanda. Perjuangan Sukarno dianggap radikal, dan ditangkap oleh Belanda, hanya bebas setelah Jepun menduduki Indonesia.
-Sukarno menyokong Jepun untuk kemerdekaan negaranya. Slps Jepun kalah, Sukarno meneruskan perjuangan bersama dengan pejuang lain spt Hatta dan Sjharir. Belanda mengistiharkan kemerdekaan Indonesia slps berlakunya beberapa pemberontakan dan rusuhan.
Filipina
-peranan golongan intelektual dlm membangkitkan kesedaran menonjol dalam akhir abad ke-19. mereka menimba idea2 nasionalis dari Eropah, Jepun dan Hong Kong. Idea mereka disatukan dalam satu kumpulan yang menghasilkan akbar La Solidaridad.
-Jose Rizal memperjuangkan idea nasionalis melalui novelnya Noli Me Tangere dan Ei Filibusterismo, yang mendedahkan kekejaman Sepanyol. Rizal menyeru orang Filipina bersatu menentang Sepanyol. Perjuangannya untuk kemajuan dan kepentingan masyarakat adalah melalui Liga Filipina yang ditubuhkan pada 1892. perjuangannya gagal dan menyebabkan Rizal ditangkap dan Liga Filipina diharamkan.
-Andres Banifacio slps Rizal meneruskan perjuangan melalui Katipunan. Pertubuhan ini radikal dan ingin merdeka melalui revolusionar. Fahaman mereka disebarkan melalui penerbitan akbar al Kalayan. Perjuangan ini gagal apabila kemerdekaan yang cuba diistiharkan digagalkan oleh Amerika Syarikat, yang kemudian menjajah Filipina.
-perjuangan kemuncak pada 1907 apabila pilihan raya umum pertama diadakan. Parti Nasionalis pimpinan Manuel Quezon mendapat undi terbanyak.
-kejayaan ini menyebabkan Manuel Quezon dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Undangan, dan Sergio Osmena sebagai Speaker. Quezon terus mendesak Filipina diberikan kemerdekaan. Satu rombongan ke Amerika Syarikat untuk berunding agar undang2 kemerdekaan Filipina ditubuhkan. Akhirnya pada 4 Julai 1946 Republik Filipina ditubuhkan.

Kesimpulan
-peranan golongan intelektual dalam gerakan kesedaran di kedua2 negara tidak dapat dipersoalkan. Mereka mempunyai pelbagai cara termasuk media, perlembagaan serta cara revolusi dan militant.

11. Bandingkan peranan Sukarno di Indonesia dan Jose Rizal di Filipina dalam
perjuangan menegakkan kedaulatan di negeri masing-masing.

Pengenalan
-Sukarno lahir pada 1901 adalah pemimpin utama PNI. Jose Rizal lahir pada 1861 menggunakan pena dan kertas dalammperjuangannya. Sukarno melalui cara radikal dan Jose Rizal melalui idea penulisan.

Isi-Isi
Sukarno
-bersama denga rakan2 menubuhkan PNI. PNI muncul sebagai parti radikal dan menjalankan dasar tidak bekerjasama dengan Belanda. Kemerdekaan Indonesia adalah teras perjuangannya.
-Sukarno berkarisma dan kebolehan dalam berpidato, berjaya menarik minat masyarakat Indonesia. Pengaruhnya tersebar dari Jawa hingga ke wilayah2 Sumatera Timur. Sukarno juga berjaya menyatupadukan parti politik yang berselerak di Indonesia. Hasilnya tertubuhnya Parti Politik Kebangsaan Indonesia pada 1928.
-kelantangan PNI dan Sukarno membimbagkan Belanda, dan Sukarno ditangkap, PNI pula berlaku perpecahan. Setelah dibebaskan, Sukarno menyertai Parti Indonesia (PARTINDO) dan berjaya mengembangkan idea2 nasionalis. Sukarno ditangkap sekali lagi dan hanya dibebaskan setelah kedatangan Jepun.
-Semasa Jepun, Sukarno dilantik memimpin Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA). Sukarno menjadikan PUTERA sebagai saluran perjuangannya untuk menuntut kemerdekaan daripada pihak Jepun. Akhirnay PUTERA dibubarkan oleh Jepun 1943.
-di akhir pemerintahan Jepun, Jepun bersetuju memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada 24 Ogos 1946, tetapi Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945. Oleh itu, Sukarno mengistiharkan kemerdekaan Indonesia pada 17 Ogos 1945 tetapi dinafikan oleh Belanda. Penentangan diteruskan sehingga Belanda memberikan kemerdekaan kepada Indonesia pada 27 Disember 1949, dan Sukarno sebagai presiden Indonesia yang pertama.

Jose Rizal
-bersama2 dengan rakan2 menubuhkan gerakan propaganda di Sepanyol. Mereka menerbitkan akbar La Solidaridad, dan mendedahkan kepincangan penjajah Sepanyol, penindasan petani dan penyalahgunaan kuasa paderi Sepanyol di Gereja.
-setelah kembali ke Filipina, Jose Rizal menubuhkan Liga Filipina untuk mendapatkan pembaharuan social, ekonomi dan politik secara aman.
-idea2 penulisan termuat dalam novelnya Nolime Tangere (kepincangan hidup rakyat Filipina akibat diskriminasi dan penindasan pemerintahan) dan El Filibusterismo, yang mengkritik undang2 dan golongan agama Sepanyol di Filipina.
-Jose Rizal ditangkap, dan corak perjuangan slps itu bercorak radikal. Andres Bonifacio menubuhkan Katipunan yanag berjuang melalui revolusionar. Jose Rizal cuba menasihati pemimpin2 katipunan tetapi tidak diterima. Penjajah Sepanyol mengeyaki Jose Rizal menyokong pemberontakan , beliau ditangkap dan dijatuhi hukuman tembak pada 30 Disember 1896.

Kesimpulan
-kedua2 tokoh memainkan peranan penting daripada penindasan penjajah Barat. Bagaimanapun, kedua2 tokoh berbeza cara perjuangannya. Jose Rizal mati ditembak sebelum menikmati kemerdekaan. Sukarno berjaya menjadi presiden pertama Indonesia.

12. Huraikan peranan golongan terpelajar di China 1919 dan Myanmar 1930 dalam
perjuangan membangkitkan kesedaran politik di negara mereka.

Pengenalan
-golongan terpelajar di Myanmar terdiri daripada pemimpin pelajar berkelulusan Universiti Rangoon. Tokoh2 Aung San, U Ba Pee dan lain2.
-Di China golongan ini muncul akibat perkembangan pendidikan dalam kalangan pelajar China dengan munculnya Universiti Peking.

Isi-Isi
Peranan golongan terpelajar China
-melancarkan demonstrasi. Tokoh2 pelajar spt Tsai Yuan Pei, Cheah Tu Hsiu dan Hu Shih. Demonstrasi mereka lancarkan pada 4 Mei 1919 di Universiti Peking untuk membangkitkan kesedaran politik dalam kalangan rakyat China agar cintakan negara melalui slogan China kepunyaan orang Cina.
-penentangan terhadap Perjanjian Versaille yang menyerahkan Shantung kepada Jepun yang merupakan dasar kerajaan kebangsaan China yang mengalah terhadap keputusan perjanjian ini. Mereka berpendapat wilayah ini sepatutnya diserahkan kepada China bukannya Jepun.
-tuntutan 21 perkara. China terpaksa akur dengan kehendak dan tuntutan oleh kerajaan Jepun yang dikenali tuntutan 21 perkara. Melalui tuntutan ini China terpaksa menyerahkan kedaulatan kepada jepun dengan tidak membenarkan China membuka pelabuhan kepada kuasa lain tanpa keizinan Jepun. Dianggap penghinaan terhadap kerajaan China. Perjuangan ini berjaya apabila kerajaan China mengubah keputusan menolak tuntutan 21 dan menteri yang pro-Jepun meletakkan jawatan.
-perkembangan komunis adalah dipimpin oleh golongan pelajar dengan Mao Tze Tung sebagai pemimpin utamanya. Golongan ini berjaya mewujudkan gerakan kebudayaan baru di China dengan mengkritik masyarakat China yang masih menganggungkan Confucius. Mereka berpendapat orang Cina perlu maju berpaksikan sains dan teknologi.
-gerakan kebudayaan

Peranan golongan terpelajar di Myanmar
-penubuhan Persatuan Belia Buddha (YMBA). Tahap awal tertumpu kepada aspek sosial dgn membina sekolah untuk rakyat Myanmar tetapi gagal kerana ditentang pihak British dan kurang sambutan. YMBA berubah corak dgn penumpuan kepada aspek politik dan menyuarakan isu politik dalam perjuangan.
-melancarkan propaganda, mendakwa British tidak menghormati nilai dan tradisi masyarakat Myanmar kerana tidak membuka kasut ketika memasuki pagoda. YMBA seterusnya mendesak kerajaan British agar mengadakan perubahan perlembagaan kepada Burma ke arah berkerajaan sendiri.
-melancarkan mogok, sebagai protes atas tindakan kerajaan menaikkan yuran di Universiti Rangoon. Perjuangan YMBA akhirnya disambung oleh golongan Thakin
-kebangkitan Thakin, di bawah Aung San telah menghasut pekerja supaya melancarkan mogok bagi menuntut kenaikan gaji dan keselamatan pekerja. Golongan Thakin turut mendesak British agar orang Burma diberikan hak pentadbiran dan mewujudkan asas kepada berkerajaan sendiri. Pada 1963, golongan Thakin menyertai pilihan raya dan 3 orang calonnya berjaya. Golongan Thakin seterusnya menubuhkan gerakan rakyat bagi mendapatkan sokongan petani dan mendesak kerajaan British mengadakan pembaharuan cukai untuk menjaga kebajikan golongan petani.
-Kerjasama dengan Jepun, semasa perang dunia kedua. Golongan Thakin membentuk Blok Pembebasan bagi membuat sokongan kepada kerajaan British, tetapi telah dicurigai pihak British yang akhirnya membawa kepada perpecahan Thakin. Semasa pendudukan Jepun, Aung San telah bekerjasama dengan Jepun dan menubuhkan Tentera Kemerdekaan Burma bagi mendapatkan latihan ketenteraan dari Jepun. Gerakan Thakin menyedari Jepun tidak menunaikan janji, mereka beralih sokongan dengan menubuhkan Gerakan Liga Pembebasan anti-Fasis bagi menentang Jepun.

Kesimpulan
-peranan golongan intelektual di kedua-dua negara tersebut berjaya menyedarkan rakyat dan seterusnya membangkitkan nasionalisme. Di Myanmar, gerakan2 yang dilakukan oleh golongan terpelajar berjaya memerdekakan Myanmar sementara China golongan terpelajar berjaya meruntuhkan Dinasti manchu dan membentuk sebuah Republik melalui Revolusi 1911.

Tiada ulasan:

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...