Khamis, 16 September 2010

Disebalik 16 September

Mari Bersama di bawah panji 1 Malaysia
Ramai yang tidak menyedari bahawa hari Malaysia pada 16 september mempunyai pelbagai konflik yang mengundang permasalahan khususnya dalam hubungan Tanah Melayu dengan jiran tetanganya termasuk Filipina, Indonesia dan Brunei. Ramai juga yang tidak menyedari kalau berlaku kesilapan dalam jawapan bilakah sebenarnya Malaysia merdeka. Kalau diajukan soalan, bilakah Malaysia merdeka, tentu anak-anak muda sekarang secara spontan dan secara langsung menyatakan Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. Tapi tahukah kita, bahawa pada tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, kata ‘Malaysia’ atau nama ‘Malaysia’ itu sebenarnya tidak pernah wujud langsung ketika itu. Sama ada secara nyata atau tidak nyata. Maka adalah kurang tepat untuk menyatakan kalau Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 dalam turunnya bendera Union Jack di Dataran Merdeka itu sekurang-kurangnya jam 12 tengah malam. Maka dalam menyambut kemerdekaan negara kita tarikh 31 Ogos adalah tarikh pembukaan hari Kemerdekaan dan 16 September adalah tarikh penutupan ‘Hari Kemerdekaan’ mahupun dinamakan sebagai ‘Hari Malaysia’.


Nama Malaysia wujud sekitar perbincangan percantuman Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dengan kewujudan satu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). Sebenarnya, pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia . Namun, tidak begitu jelas siapakah yang mengilhamkan kata ‘Malaysia’ untuk percantuman tersebut. JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Ahli-ahlinya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). JPPM berfungsi untuk beberapa tugas penting. Antaranya adalah memberitahu orang ramai mengenai Malaysia, mengumpulkan sambutan orang ramai mengenai Malaysia, dan menyediakan memorandum cara pembentukan Malaysia. Melalui JPPM, nama Malaysia telah digunakan sepenuhnya untuk menyatakan hasrat pembentukan Malaysia sepenuhnya, bukan lagi Tanah Melayu

Penggunaan nama Malaysia adalah atas dasar dan syor pada 1 Ogos 1962 yang dibuat oleh JPPM. Ketahui dengan lebih lanjut sejarah pembentukan Malaysia di pautan ini.

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-73673.html

Konflik disebalik kegembiraan 16 September. Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Indonesia pula, Parti Komunis Indonesia (PKI) di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Maka, semasa pengistiharan Malaysia pada 16 September, konfontasi telah dilancarkan oleh Indonesia yang mula mendarat di di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi, termasuk menghantar pengintip mereka pada november 1963.

Disebalik kegembiraan kita, apakah sudah tidak ada konflik selepas ini. Sila lihat baca Blog ini. Tuntutan dan pengakuan hak ke atas Sabah dari Filipina.

http://www.gmrcorporation.com/
http://sultanateofsuluandnorthborneo.blogspot.com/
http://www.royalsulu.com/issues.html

Lihat pula perbahasan ini,

http://tokjeng.blogspot.com/2009/05/kesultanan-sulu-kembali-berdaulat.html
http://rajamenangis.blogspot.com/2008/08/kesultanan-sulu.html
Lihat pulak dari Indonesia ini.

http://ihatemalingsia.blogspot.com/
http://sanooaung.wordpress.com/2009/09/12/anti-malaysia-malingsia-or-%E2%80%9Cganyang-malaysia%E2%80%9D-fever-migrates-to-internet/
http://www.youtube.com/watch?v=rRn0QBiHXJo
http://www.agusnaim.web.id/bisa-ganyang-malingsia/
http://dansemacabre.wordpress.com/2009/06/02/of-manohara-and-maling-sia/


Kesimpulannya, adakah Indonesia dan Filipina sudah berakhir dalam pertelingkahan semasa pembentukan Malaysia pada 16 September 1963? Jawapannya, adalah disebalik kita merayakan dan menyambut ‘Hari Malaysia’ pada setiap 16 September ini ada rahsia yang belum terungkap. Lihat dan fikirkan sendiri!!! Apapun, dalam semua perkara kita semua pasti bersama-sama untuk menempuhi apapun yang bakal mendatang. Allah SWT Merahmati Malaysia, mari bersama berpayung dalam panji 1 Malaysia. Selamat menyambut ‘Hari Malaysia’.

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...