Rabu, 1 Februari 2012

Sejarah Penubuhan Malaysia


Pendahuluan 
Penubuhan Malaysia yang dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis jamuan yang diadakan oleh Persatuan Wartawan-wartawan Luar Negeri Asia Tenggara di Singapura telah dapat dilaksanakan pada 16 September 1963. Persekutuan ini terdiri daripada 11 buah negeri di Tanah Melayu, dua buah negeri Boneo iaitu Sabah dan Sarawak. Penubuhan Malaysia adalah melalui Perjanjian Malaysia yang diadakan antara negeri-negeri tersebut dan menggabungkan pelbagai dokumen termasuk Rang Undang-Undang Malaysia iaitu Akta Malaysia 1963. Gabungan dokumen ini termasuklah syarat-syarat penyertaan dan peraturan perlembagaan terhadap Sabah dan Sarawak iaitu syarat 20 Perkara yang dirujuk untuk membentuk Malaysia. Perjanjian Malaysia juga tertakluk kepada kemahuan negeri-negeri ini bagi membentuk Malaysia yang dianggap sebagai satu gabungan rakan-rakan kongsi yang bersatu padu untuk membentuk sebuah negara baru dengan ciri-ciri masing-masing.

Faedah Penggabungan
1. Singapura melihat langkah ini sebagai memberi keuntungan kepadanya kerana ini adalah peluang awal untuk Singapura keluar merdeka dari jajahan British.
· Pengembangan sektor ekonomi ke Semenanjung.
· Bekalan air yang berterusan dari Johor.
· Bebas menggunakan tambak Johor.
2. Sabah dan Sarawak mengharapkan layanan yang lebih istimewa apabila memasuki Malaysia
· Ini juga adalah jalan pintas untuk mencapai kemerdekaan
· Golongan bumiputra Sabah/Sarawak berharap dapat lebih terlibat dalam pentadbiran negeri masing-masing.

Namun begitu, sebelum pembentukan Malaysia, satu siri perbincangan dan penyiasatan telah diadakan di antara bulan Mei 1961 dengan tarikh penubuhan Malaysia berhubung denagn syarat-yarat yang sesuai untuk persekutuan bagi menjamin kepentinagan negeri-neger Melayu termasuk Sabah, Sarawak yang pertma kali bergabuing dengan Malatsia. Peringkat awal perkara telah dibincangkan oleh para pemimin dari lima buah negeri iaitu Tanah Melayu, Singapura, Borneo Utara, Sarawak dan Brunei dalam Mesyuarat Persatua Parlimen Komanwel Serantau yang diadakan di Singapura pada bulam Julai 1961. Ekoran daripada mesyuarat ini, pada bulan Febuari 1962, sebuah Jawatankuasa Perunding Perpaduan Malaysia (MSCC) telah mengeluarkan sebuah memorandum yang menyokong Malaysia dan memperlihatkan beberpa syarat am untuk Persekutuan. sebuah suruhanjaya penyiasatan juga telah dibentuk pada Januari 1962 iaitu Suruhanjaya Cobbold berikutan lawatan Tunku Abd. Rahman ke London pada bulan Oktober 1961. Suruhanjaya ini dipengerusikan oleh Lord Cobbld iaitu bekas Gebenor Bank England. Sementara ahli-ahlinya terdiri daripada Dato' Wong Pow Nee dan Mohd Ghazali Shafie yang dilantik oleh kerajaan Tanah Melayu dan Antony Abell serta Watherston bai mewakili kerajaan British. Tujuan penubuhan suruhanjaya ini adalah untuk meninjau pendapat penduduk Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia dan menerima lebih 2200 memorandum dari pelbagai pihak. Mengemukakan laporan pada bulan Jun 1962.

Hasil daripada tugas yang dijalankan ini didapati lebih kurang 80% penduduk Sabah dan Sarawk menyokong penubuhan Malaysia iaitu kebanyakan terdiri daripada Bumiputera dan 20% menenteng. Laporan ini diperolehi setelah suruhanjaya ini Telah menemui 4000 orang  dan menerima tidak kurang dari 2200 pucuk surat dan memorandum daripada parti-pati politik, ahli-ahli mesyuarat kerajaan dan undangan, pembesar-pembesar, anak-anak negeri dan pemimpin kaum, lembaga bandaran, majlis bandaran, pemimpin-pemimpin agama, kesauan sekerja dan sebilangan besar orang ramai. Majoriti rakyat Sarawak dan Sabah bersetuju menertai Malaysia, menerimapakai Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957, menerima Islam dan bahasa Melayu sebagai agama dan bahasa rasmi.

Suruhanjaya Cobbold telah mengsyorkan supaya Perlembagaan Tanh Melayu yang ada dijadikan asa bagi membentuk perlembagaan Persekutuan Malaysia yang baru. Namun, beberapa pindaan perlu digubal untuk disesuaikan denga kemasukan negeri-negeri baru ke dalam Persekutuan. sehuibungan itu, jaminan-jaminan mustahak perlu dibuat bagi memastikan kepentingan khas negeri-ngeri Borneo terjamin. Oleh itu, negeri Sabah dan Sarawak diminta menyediakan laporan mereka untuk meyertai Malysia. Laporan ini dikaji oleh satu jawatankuasa yang diwakili oleh kerajaan Persekutuan Tanah Melayu, Britain, Sabah dan Sarawak. Maka terbentuknya satu jawatankuasa yang dikenali sebagai jawtankuasa Antara-Kerajaan atau Inter-Governmental Ccommittee pada bulan Ogos yang diberi tugas untuk menyusun  perlembagaan Persekutuan yang baru dan perlindungan khas untuk Borneo Utara dan Sarawak.

Jawatankuasa ini dipegerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya ialah Tun Abdul Razak. Anggota lain terdiri daripada Donald Stephen, Abang Haji Mustaffa, Temenggung Jugah, seorang wakil Britain dan seorang wakil Persekutuan Tanah Melayu. Sebanyak lima buah jawatankuasa kecil berkenaan hal-hal perlembagaan, kewangan, undang-undang, perkhidmatan awam, dan membentuk kerajaan Persekutuan Malaysia diwujudkan untuk mempertimbangkan hal ini.

Sementara Sabah dan Sarawak mula menkaji untuk membuat beberapa tuntutan yang munasabah untuk menjaga kepentingan mereka sebagai Bumiputera sebelum memasuki Malaysia. Tuntutan ini dikenali sebagi 20 Perkara Sabah dan ia merupakan syarat-ayarat Borneo Utara memesuki Malaysia. Kebanyakan syarat-syarat ini diterima oleh IGC dan telah dimasukkan di dalam Perjanjian Malaysia.
Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan Sarawak
Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh USNO, UNKO United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation dan isinya adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam hal-hal kebebsan agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan Bumiputeranya.

Perkara satu - Agama
Di dalam tuntutan 20 pekara disebut:
" walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi Malaysia, tetapi tidak da agama rasmi di Sabah dan Srawk. Oleh itu, hendaklah diadakan jaminan untuk kebebsan agama."

Setiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agamaadalah berhak menguruskan hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud agma dan memperolehi serta memegnag dan mentadbir mengikut undang-undang. Semua kebebasan di atas juga tidak membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak.

Bagi menjamin kebebasan agama ini terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan kewangan kepada Institusi Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga diberikan kepada tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan Sarawak.
Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152 dalam perlembagaan)
" bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan Persekutuan. Bahas Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had tempohnya. ( 20 perkara-16)

berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk temph sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak. Sementara itu juga Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, telah diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan dalam perkara 152. Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa boleh digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan pelbagai sukuan terutama di Sarawak dan Sabah.
Perkata tiga- Imigrasi
" kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu mendapat kelulusan kerajaan Negeri. Kerajaan Persekutuan tidak boleh mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 30)

imigrasi hendaklah tetap dalam senarai Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh Parlimen untuk menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu,  seperti permintaan masuk ke negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan. Undang-undang ini tidak boleh dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri tersebut. Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.

Perkara ini dikemukakan demi menjaga kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar. Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.
Perkara empat - Pelajaran
" sistem pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan di bawah kuasa kerajaan Negeri."

Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya. Dalam hal ini memberi peluang kepada kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya tau meminda sistem pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri.
Perkara lima - Perkhidmatan Awam 
" Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin"(hlm 41)

tuntutan 20 perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu. Ini adalah bertujuan membuka peluiang kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan berbanding penduduk tempatan .

dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal yang menyentuh bidang perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan mengenai pembuangan kerja,  penurunan pangkat kakitangan awam dan suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam. Selain itu suruhanjaya perkhidmatan awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka.
Perkara enam– Kerakyatan
"saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam Persekutuan tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut:
a) perenggan kecil (I) tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun.
b) Demi menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah berbunyi "tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan daripada dua belas tahun"
c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa- seseorang yang lahir di Borneo Utara seleas Malaysia metilah menjadi warganegara Persekutuan. hlm 52

Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah sewenang-wenangnya untuk menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga dapat menghad  sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua negeri ini.
Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan
" ini hendaklah mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."

Dalam perkara pemilihan dewan Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke atas bilangan penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan di Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara. Sebagai tambahan, bilangan Dewan Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak seramai 24 orang. (kerusi percantuman di antara Persekutuan dengan Singapura telah diperuntukan 15 kerusi untuk Sinagapuara)
Perkara lapan- Perlembagaan Negeri-negeri.
"ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis Perundangan tidak rasmi. Sistem Menteri yang sempurna hendaklah diwujudkan di Borneo Utara,"

Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri Borneo yang pertama hendaklah dilantik oleh baginda Queen dan Paduka Baginda Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk bertugas selam dua tahun. Sistem Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara. Di Sarawak, ketua negeri telah dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan Negeri. Sementara masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan ditentukan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan Perlembagaan Negeri Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan Majlis Undangan sebagai Council Negeri.
Perkara sembilan– Kuasa Membuat Undang
Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual 9, perlembaggaan Malaysia:
Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan
Senarai 2: Di bawah Kuasa negeri.
Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi negeri-negeri di Borneo
Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan
Senarai 3A: Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.

Pembahagian kuasa membuat undang-undang dibahagikan kepada Majlis Undangan Persekutuandan Negeri. Majlis Undangan Persekutuan menentukan hal-hal ehwal luar, pertahanan, keselamatan dalam negeri, undang-undang sivil dan jenayah, peraturan dan pentadbiran keadilan, kerakyatan , jentera kewangan kerajaan, perdagangan, perniagaan dan perusahaan, perkapalan, perhubungan dan pengangkutan, kerja raya dan tenaga, ukur, buruh, koperasi hari-hari kelepasan, surat khabar, dan penyiaran dan syarikat-syarikat kerjasama.

Sementra Majlis Undangan Negeri berperanan dalam perkar-perkara seperti undang-undang Islam, dan adat istiadat orang-orang asli, tanh, pertanian, hutan, kerajaan negeri, penyelidikan, ganti rugi dan sebagainya, bagi perkar-perkara yang termasuk dalam senarai bersama ialah kebajikan masyarakat, biasiswa, perlindungan binatang liar, ternakan, perncangan bandar dan luar bandar, pengemis-pengemis dan penjaja, kesatuan dan kebersihan awam, parit, dan tali air dan pemulihan tanah-tanah lombong.
Perkara sepuluh– Hak Keistemewaan Bumiputera 
Pada prinsipnya suku kaum Bumiputera di Borneo Utara hendalah menikmati hak-hak istimewa seperti yang dinikmati oleh kaum Melayu ketika ini tidak semestinya boleh digunakan untuk Borneo Utara.

Hak kedudukan istimewa Bumiputera ini disediakan dalam Perkhidmatan Awam termaktub dalam Artikel 161 A Perlembagaan Persekutuan. dalam Artikel ini memberi kedudukan Bumiputera di Borneo Utatara dengan hak keistimewaan orang Melayu di bawah perkara 153.
Perkara sebelas- Peraturan Dalam Masa Peralihan
"tempoh peralihan hendaklah tujuh tahun, dan dlam tempoh itu kuasa perundangan hendaklah diserahkan pada negeri Borneo Utara oleh Perlembagaan dan tidak sekadar diamanahkan kepada kerajaan negeri oleh kerajaan Persekutuan." hlm 82

Perkara ini dimasukkan ke dalam Perjanjian Malaysia atau Perlembgaan Persekutuan. tempoh peralihan diberi selama tujuh tahun dan kuasa perundangan adalah di bawah kuasa kerajaan Negeri. Tujuan tempoh peralihan ini adalah untuk membolehkan peningkatan kesedaran politik di kalangan rakyat negeri Sabah supaya mereka faham akan tangungjawab mereka sebagai pemimpin kerana mereka belum lagi mempunyai pengalaman dalam mentadbir negeri sendiri sebelum penubuhan Malaysia.
Perkara dua belas- Undang-undang Uasa Kini
"undang -undang mengenai perkara-perkara Persekutuan yang baru sahaja dikuatkusakan dalam sesebuah Borneo sebelum hari Malysia, hendaklah dijalankan dan diteruskan walau pun di dapati tidak sesuai dengn sebarang peruntukan dalam perlembagaan sehingga diubah atau dibatalkan oleh kuasa tertentu."

Perkara ini membincangkan tentang undang-undang Persekutuan yang dikuatkuasa di Borneo Utara sebelum hari Malaysia di negeri -negeri tersebut hendaklah dijalankan walupun diadapati tidak sesuai sehinggalah Perlembgaan diubah atau dipinda oleh mana-mana kusa tertentu.
Perkara tiga belas- Majlis Negara Bagi Kerajaan Tempatan. 
Kerajaan negeri-negeri terpaksa mengikuti polisi majlis ini sehingga kerajaan negeri-negeri memutuskan untuk berbuat demikian.
Perkara empat belas- Peruntukan kewangan
"Borneo Utara hendaklah berhak menjaga dan mengawal kewangan Tabung Pembangunan dan tarafnuya sendiri"

Penolakan Brunei
· Brunei tidak bersetuju untuk menyertai Malaysia kerana mendapat tentangan yang hebat dari rakyatnya khususnya dari Parti Rakyat Brunei yang membuat pemberontakan pada 7 Feb 1962.
· Brunei enggan membayar cukai atas pendapatan minyaknyaSultan Brunei inginkan kedudukan yang lebih tinggi dalam senarai yang akan menjadi YDPA.

Kronologi Pembentukan Persekutuan Malaysia
1. Jun 1961, Tunku Abdul Rahman mengadakan lawatan muhibbah ke Sabah dan Sarawak untuk meninjau keadaan berhubung dengan pembentukan Malaysia yang tidak berminat untuk menyertai Malaysia.
2. Mereka kemudiannya dijemput oleh British menghadiri Persidangan Persatuan Parlimen Komanwel (CPA) di Singapura supaya mendapat keterangan lanjut daripada pemimpin Tanah Melayu dan Singapura.
3. Persetujuan dicapai, satu jawatankuasa dibentuk pada bulan Julai 1961 untuk membincangkan mengenai pembentukan Malaysia yang dikenali sebagai Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM).
4. JPPPM mula bermesyuarat pada bulan Ogos 1961 dan dipengerusikan oleh Donald Stephen.
5. Anggota-anggota JPPM terdiri daripada :
a. Ahli Parlimen dari Persekutuan Tanah Melayu.
b. Ahli Majlis Undangan Singapura.
c. Ahli Majlis Negeri Sarawak.
6. JPPM membolehkan pemimpin-pemimpin Sarawak:
a. Menyuarakan pandangan berhubung pembentukan Malaysia.
b. Membahaskan masa depan Sabah dan Sarawak.
7. JPPM memberi penekanan terhadap:
a. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
b. Agama Islam sebagai agama rasmi.
c. Kebebasanberagama kepada penganut agama lain.
d. Sabah dan Sarawak berkuasa ke atas soal imigresen (kemasukan rakyat dari Tanah Melayu   dan Singapura).
8. Suruhanjaya Cobbold (SC) kemudiannya dibentuk untuk meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak berhubung gagasan Malaysia.
9. SC diwakili oleh:
a. Lord Cobbold (Pengerusi)
b. Sir David Watherson.
c. Sir Anthony Abell.
d. Muhammad Ghaza;I Shafie.
e. Datuk Wong Pow Nee.
10. SC menunjukkan reaksi rakyat Sabah dan Sarawak:
a. 1/3 daripadanya menyokong gagasan Malaysia.
b. 1/3 menentang dan mahukan kemerdekaan Sabah dan Saeawak terlebih dahulu.
c. 1/3 lagi tidak menunjukkan reaksi penentangan tetapi mahu hak-hak mereka terjamin.
11. Pada bulan Jun 1962, SC mencadangkan:
a. Perlembagaan Malaysia berasakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
b. Majlis Undangan Sabah dan Majlis Undangan Sarawak berkuasa dalam soal agama dan imigresen.
12. Hampir semua cadangan-cadangan yang dikemukakan diterima oleh kedua-kedua negeri ini. Tarikh 31 Ogos 1963 ditetapkan sebagai tarikh pembentukan Persekutuan Malaysia.
13. Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) ditubuhkan untuk memastikan hak dan kepentingan rakayat Sabah serta Sarawak tidak terjejas dengan menyertai Persekutuan Malaysia.
14. Anggota-anggota IGC ialah:
a. Lord Landsdowne (Pengerusi).
b. Dato' Abdul Razak Hussein (Naib Pengerusi).
c. Wakil-wakil dari Britain, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak.
15. 20 perkara dikemukakan oleh pemimpin Sabah kepada IGC untuk dipertimbangkan. Sarawak tidak mengemukakan tuntutan tetapi bersetuju dengan 20 perkara Sabah.
16. Laporan IGC pada tahun 27 Februari 1963, menjadi asas perlembagaan bagi Sabah dan Sarawak. Antara kandungan laporan iaitu ialah:
a. Ketetapan yang hampir menyamai tuntutan 20 Perkara Sabah.
b. Jaminan dan syarat-syarat yang diminta oleh Sabah dan Sarawak sebelum menyertai Malaysia.
c. Kerangka Malaysia sebagai sebuah negara berbilang bangsa.
17. Berasaskan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangai pada 7 Julai 1963 di London.
18. Filipina dan Indonesia menentang gagasan Malaysia dan menyebabkan hubungan menjadi renggang. Tunku Abdul Rahman cuba berunding dengan negara-negara tersebut. Pada bulan Mei 1963, Tunku berunding dengan Subandrio.
19. Pada bulan Julai dan Ogos 1963, ketiga-tiga negara telah berunding di Manila. Persetujuan dicapai dan MAPHILINDO dibentuk yang diharapkan dapat mengurangkan perselisihan antara mereka dan menambahkan kerjasama dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan.
20. Filipina dan Indonesia tidak akan menghalang pembentukan Malaysia sekiranya penduduk Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai Malaysia. Oleh itu suruhanjaya di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibentuk untuk meninjau.
21. Setiausaha Agung PBB mengahantar rombongan yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore ke Sabah dan Sarawak dari 16 Ogos hingga 5 September 1963.
22. Kelewatan laporan PBB menyebabkan pengisytiharan Malaysia diadakan pada 16 September 1953 iaitu 2 hari selepas laporan siap.
23. Sebilangan besar rakyat Sabah dan Sarawak menyokong gagasan Malaysia tetapi Filipina dan Indonesia masih enggan menerima hasil laporan tersebut.
24. Pemimpin Indonesia yang dipengaruhi oleh komunis meneruskan penentangan dan menganggap gagasan Malaysia ialah sebagai satu bentuk penjajahan baru. Penentangan secara rasmi ialah pada bulan Februari 1963.
25. Indonesia telah mendaratkan gerilanya di Labis, Pontian, Muar dan Kota Tinggi pada bulan November 1964. Mereka juga mengintip dan menjalankan kegiatan subversif untuk menjatuhkan Persekutuan Malaysia.
26. Tindakan Indonesia dibantah oleh Malaysia melalui Setiausaha Agung PBB mengenai
tindakan:
a. Serangan Indonesia
b. Pencerobohan di Semenanjung Sabah dan Sarawak oleh tentera udara Indonesia.
27. Perwakilan Malaysia ke PBB, Dato' Dr. Ismail Abdul Rahman menyampai bantahan tersebut dan pada akhir tahun 1963, adan awal tahun 1964, Askar Wataniah (Pasukan Pertahanan Tempatan) diarah untuk menentang pencerobohan tersebut.
28. Beberapa perwakilan dihantar ke beberapa buah negara Afrika yang diketuai oleh Dato' Abdul Razak Hussein untuk menjelaskan kedudukan Malaysia-Indonesia.
29. Bantuan ketenteraan asing dari Britian, Australia, New Zealand dan Kanda didatangkan untuk mempertahankan kedaulatan negara.
30. Pada 30 September 1965, peristiwa GESTAPO gagal dan ini mengurangkan konfrantasi. Akhirnya perjanjian damai ditandatangani dan menamatkan konfrantsi pada bulan Jun 1966 di Jakaarta.
31. Pilihanraya Parlimen Malaysia pertama berlangsung pada tahun 1964, Parti tindakan Rakyat (PETIR) menentang Parti Perikatan di Semenanjung. PETIR membawa isu-isu perkauman.
32. Pada 9 Ogos 1965, Singapura dipisahkan dari Malaysia  atas sebab-sebab:-
A) Politik
· Persaingan antara MCA dan PAP- PAP ingin menggantikan MCA
· Hubungan UMNO dan PAP renggang
· Kengganan PAP mengiktiraf hak istimewa orang Melayu dan Raja-raja
· Penubuhan Konvensi Perpaduan Malaysia untuk menandingi Parti Perikatan.
B) Perkauman
· Imbangan perkauman yang tidak stabil
· Cara menangani masalah perkauman yang berbeza. PAP ingin highlight dah buat analisa terbuka manakal Perikatan ingin tangani secara tertutup.
C) Ekonomi
· Persaingan kilang Singapura dan TM
· Enggan menyumbang 40% beban pertahanan
· Tidak puashati dengan dasar cukai
34. Pemisahan Singapura menyebabkan Malaysia hanya terdiri daripada Semenanjung Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak


MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...