Khamis, 31 Mac 2011

Dipo Negoro dan Perang Jawa

Putera Diponegro pada 1835

Perang Jawa merupakan perang yang sinonim dengan kewujudan "putera pembebas" daripada kejahilan pemerintahan Belanda. Perang Jawa yang berlaku sekitar 1825 hingga 1830 telah memperlihatkan kewujudan golongan bangsawan di Tanah Jawa untuk bebas, yang sekurang-kurangnya memperlihatkan satu gelombang pertama sebagai pahlawan yang melancarkan perang ke atas Belanda secara gerila. Perang Jawa secara langsungnya telah tercetus di bahagian Tengah Jawa yang tidak dapat dinafikan penglibatan golongan bangsawan dan petani yang tertindas ketika itu untuk bangun dalam mendapatkan keadilan serta hak mereka yang 'ternoda' dengan janji-janji manis yang ditaburkan oleh pemerintah tetapi sebaliknya hanya menguntungkan golongan penjajah sendiri, apatah lagi selepas tamatnya perang Napoleon di Eropah yang menyaksikan penerusan semula dan pengambi alihan pentadbiran pulau Jawa oleh Belanda sekali lagi.
          Pemimpin utama dalam gerakan secara besar-besaran ini adalah didokong dan dipelopori oleh seorang putera kerajaan yang bernama Dipo Negoro. Sebahagian sejarawan barat termasuk C.P. Fetzerald mengambarkan Dipo Negoro sebagai seorang pahlawan Asia yang pertama yang menggunakan taktik perang gerila untuk melawan kehadiran penjajah, meskipun kemahiran dan teknik perang yang mereka miliki jauh terkebelakang berbanding dengan Belanda yang cukup terlatih dari aspek ketenteraan serta mempunyai senjata yang mencukupi. Jadi dalam konteks ini, Dipo Negoro dianggap sebagai pelopor dan pengerak gerakan nasionalisme awal di Indonesia.Awalnya, perang Jawa meletus pada Julai 1825 di Jogjakarta semasa pentadbiran De Bus de Gisignies. Perang ini disebabkan oleh beberapa faktor mustahak yang membangkitkan naluri pembebasan melalui perang pada peringkat awalnya.
          Dipo Negoro mengistiharkan perang ke atas Belanda melalui perang Jihad sejurus selepas Belanda membuat keputusan untuk membina jalan raya melintasi tanah perkuburan nenenk moyang Dipo Negoro. Dengan perang pertama menyaksikan pembunuhan beramai-ramai ke atas orang Eropah dan orang Cina di Jogjakarta. Malah dalam perang ini penduduk yang terlibat dalam kegiatan pertanian telah bangkit untuk bersatu dengan Dipo Negoro akibat kesan negatif yang mereka terima daripada pembaharuan-pembaharuan pertanian yang dilaksanakan oleh Capellan. Sokongan kuat juga datang daripada Sentot dan Mangkubumi yang merupakan pahlawan yang handal. Sentot seterusnya telah memenangi hati Dipo Negoro dan dilantik sebagai ketua tentera. Bagaimanapun, Belanda yang telah menghantar tenteranya untuk memerangi Dipo Negoro yang menyebabkan beliau berserta pengikut-pengikutnya melarikan diri ke dalam hutan dan memulakan perang gerila. Kesulitan dihadapi oleh Dipo Negoro untuk berperang dengan Belanda kerana kekurangan senjata moden untuk mematahkan serangan Belanda. Namun, nasib sedikit menyebelahi beliau kerana Belanda bukan sahaja terlibat dalam perang Jawa tetapi juga terlibat dalam perang di Palembang dan Boni yang juga memerlukan belanja yang cukup besar. Sebab itu peringkat awal serangan yang dilancarkan oleh tentera Belanda dari pelbagai pelusuk termasuk dari Madura, Sulawesi Utara dan Sukarta dapat dipatahkan dengan mudah.
           Jeneral de Kock yang mengetuai angkatan perang Belanda telah bersiap sedia sekali lagi dan memperkuatkan pertahanannya dengan membina jalan-jalan serta kubu-kubu yang kukuh bagi mempermudahkan operasi memerangi perang yang dilakukan secara gerila oleh Dipo Negoro. Selain itu, Jeneral de Kock juga telah memujuk Raja Madura dan Susuhanan Sukarta iaitu Pakubuwono IV supaya memihak kepada Belanda. Malah, rancangan Jeneral de Kock cukup menekan para pejuang Dipo Negoro apabila rancangan pemusnahan tanaman dilaksanakan, yang akhirnya memberi kesan kematian kepada pengikut setia Dipo Negoro disebabkan kematian akibat kebuluran dan serangan penyakit di hutan. Jeneral de Kock yang masih tidak berpuas hati dengan pelbagai rancangan untuk menawan Dipo Negoro malah telah berjaya meyakinkan Sentot dan Mangkubumi untuk berpihak kepada Belanda. Ini memberi tamparan hebat kepada Dipo Negoro kerana mereka yang berpaling tadah itu adalah dua orang pemimpin tentera yang handal.
          Hasilnya, Dipo Negoro telah bersetuju untuk berunding dengan pihak Belanda tetapi menemui kegagalan akibat Belanda enggan mengiktiraf Dipo Negoro sebagai Sultan Jogjakarta dan gelarannya sebagai 'Putera Pembebas' dan 'Penyelamat Agama' di Jawa. Dengan tipu muslihat Jeneral de Kock, Dipo Negoro telah ditangkap ketika berunding dengan Belanda. Akhirnya, Dipo Negoro telah dibuang negeri ke Manado di Utara Sulawesi dan dipindahkan ke Makasar sehingga meninggal dunia sekitar 1855.


Baca dengan lanjut berkaitan Diponegoro dalam perang Jawa di laman di bawah:
http://jironakamura.blogspot.com/2007/09/perang-diponegoro.html

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...