Sabtu, 28 Februari 2009

Gerakan Kesedaran di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur

Faktor-faktor kebangkitan gerakan kesedaran
1. Peranan agama
- Masayrakat di Asia berpegang kuat kepada agama, adat dan budaya.
- Di Indonesia, Sarekat Islam (1906) telah menggunakan agama Islam untuk dapatkan sokongan rakyat.
- Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama juga gunakan Islam.
- Perjuangan mereka umpama perjuangan membela agama dan jihad untuk Islam.
- Gerakan awal nasionalisme di Myanmar dipelopori oleh golongan sami Buddha.
- Golongan Pongyi (sami-sami Buddha) menjadi penyokong gerakan pelajar dan alat menyedarkan petani tentang gerakan nasionalisme.
- Di negeri Thai, agama Buddha telah menjadi penyatu rakyat.
- Di Filipina, Sepanyol telah mengkristiankan orang Filipina.
- Ia tidak mengancam tradisi, kebudayaan dan kehidupan mereka.
- Agama Kristian menjadi penyatu rakyat seluruh Filipina.
- Paderi-paderi Gomez, Burgos dan Zamora (GOBUZA) memulakan gerakan nasionalisme Filipina.
- Pembunuhan mereka telah dianggap sebagai kematian kerana agama atau sebagai mati syahid.
- Di India, agama memainkan peranan dalam pembentukan persatuan-persatuan pada awal perkembangan nasionalisme.
- Di negeri China, perkembangan agama Kristian menimbulkan kebencian rakyat China.
- Shinto di Jepun dianggap sebagai ajaran awal mereka.
- Telah menarik minat orang Jepun untuk kembali kepada tradisi asal untuk memulih dan memodenkan Jepun.
2. Peranan bahasa dan kesusasteraan
- Bahasa sebagai simbol perpaduan rakyat.
- Di Indonesia, Bahasa Melayu menyatukan penduduk kerana Belanda telah menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa perantaraan dalam urusan pentadbiran di Indonesia.
- Bahasa Melayu sebagai alat komunikasi dan sebaran maklumat.
- Bahasa Melayu menjadi lingua franca dan merapatkan perbezaan kaum.
- Kemunculan idea Melayu Raya atau Indonesia Raya memperlihatkan perpaduan bangsa Indonesia.
- Di negeri Thai, golongan nasionalis titikberatkan kemegahan bahasa dan kebudayaan Thai.
- Di Filipina, Bahasa Sepanyol menjadi alat penyatuan rakyat.
- Di India, Bahasa Inggeris menjadi alat telekomunikasi dan penyebaran maklumat.
- Di China, Bahasa Mandarin sebagai bahasa rasmi membantu menyatukan penduduk serta memudahkan penyebaran idea semangat kebangsaan.
- Hasil-hasil karya sastera digunakan untuk mengkritik dan membidas penjajah.
- Di Filipina, karya-karya Jose Rizal seperti Noli Me Tangere (Jangan Sentuh Aku) – 1887 dan El-Filibusterismo (1891) serta Ninay (1885) oleh Dr. Pedro A. Peterno membidas Sepanyol.
- Di Indonesia, karya-karya seperti Siti Nurbaya oleh Marah Rusli, Hikayat Kadirun oleh Semaun dan Student Hidjo oleh Bakti Siregar digunakan untuk mengkritik Belanda.
- Di Vietnam, Phan Boi Chan menulis Luu Cau Huyet Le Tan Thu (Surat Dari Tulisan Ryuktus Dalam Tangisan Darah) memberi kesedaran kepada rakyat Vietnam.
- Di negeri China, Gerakan Revolusi Kesusasteraan pada pertengahan 1910-an.
- Muncul tokoh sastera seperti Hu Shih.
- Menganjurkan kesusasteraan popular yang mudah dan jelas dan bermakna.
- Menyeru karyawan jangan meniru sarjana klasik tetapi meluahkan idea dengan bebas menggunakan bahasa.
- Jepun berbeza – Jepun melihat nilai-nilai kebudayaan kebangsaan tradisi dalam usaha memberi semangat nasionalisme.
- Mulakan Gerakan Pembelajaran Kebangsaan atau Kokugaku.
- Paderi-paderi Shinto seperti Kada Azumamaro dan Kamo Mabuchi beri perhatian kepada puisi klasik Jepun dalam usaha memberi semangat nasionalisme Jepun semasa proses Pemulihan Meiji.
3. Peranan kewartawanan
- Akhbar dan majalah adalah alat sebaran am penting dalam gerakan kesedaran.
- Dicetak dalam bahasa penjajah, bahasa ibunda dan bahasa lain.
- Membolehkan idea-idea nasionalisme disebarkan dengan cepat di kalangan penduduk pribumi yang tertindas.
- Mengkritik mengenai hal kemasyarakatan, agama, ekonomi dan politik.
- Menyebarkan berita dari luar, menyedarkan dan menyeru rakyat untuk bersatu serta memperjuangkan kemerdekaan.
- Di Indonesia, akhbar seperti Medan Priyayi, Kaum Sunda, Utusan Hindia dan akhbar terjemahan dari Belanda dan sebagainya muatkan tema-tema politik, kebebasan manusia dan pemansuhan perbezaan kaya dan miskin.
- Di Filipina, akhbar La Solidaridad membawa kepada perubahan sikap rakyat.
- Di China, pelajar-pelajar yang menuntut di luar negeri sebarkan idea-idea revolusi melalui akhbar.
- Mereka muatkan idea-idea revolusi dalam akhbar seperti New Youth, Kuo Min Pao (Citizen’s Tribune) dan Twentieth Century China (China Kurun ke-20) dalam usaha mereka menggulingkan Dinasti Manchu.
- Mereka menerbitkan akhbar Su Pao di negara China sendiri untuk menyebarkan idea mereka.
- Akhbar memudahkan pengaliran idea-idea kebangsaan di negara-negara Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Timur.
4. Peranan pendidikan
- Pengenalan pendidikan sekular Barat.
- Terdedah kepada idea-idea liberalis, sosialis, demokrasi dan nasionalis seperti John Locke, Voltaire, Montesquie, Rousseau dan Mazzini.
- Juga menerima idea-idea pembaruan dan falsafah Barat.
- Perasaan idea menyatukan pemikiran pemimpin nasionalis.
- Di Indonesia, pendidikan Barat melahirkan tokoh-tokoh intelektual.
- Mereka menjadi tokoh-tokoh pergerakan nasionalis Indonesia.
- Taman Siswa diasaskan oleh Suardi Surjaningrat pada tahun 1921.
- Ia memainkan peranan penting dalam gerakan kesedaran.
- Sistem pendidikan mendedahkan pelajar dengan budaya sendiri.
- Melatih pemuda untuk percaya pada diri mereka sendiri.
- Menaikkan semangat nasionalisme mereka.
- Tenaga pengajarnya merupakan ahli-ahli gerakan nasionalisme.
- Di Filipina, kelas menengah yang berpendidikan telah memberi pendidikan Barat kepada anak mereka.
- Anak golongan ini seperti Dr. Jose Rizal, Marcelo H. Del Pilar, Mariano Ponce, Graciano Lopez Jaena, Dr. Pedro A. Paterno muncul sebagai pemimpin nasionalis.
- Semasa pentadbiran Amerika Syarikat, ramai dihantar untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.
- Pembukaan Universiti Yangoon di Myanmar pada awal 1920-an, menyemarakkan semangat nasionalisme di Myanmar.
- Pelajar-pelajar mulakan gerakan anti Akta Universiti Burma kerana tinggikan tahap kemasukan.
- Di Vietnam, sekolah-sekolah dijadikan alat oleh Persatuan Pemodenan dna Phan Chu Trinh.
- Persatuan Permodenan jadikan sekolah sebagai alat propaganda untuk revolusi bersenjata.
- Phan Chu Trinh suka sekolah itu mengubah keadaan politik dan sosial masyarakat Vietnam.
- Sekolah-sekolah menjalankan aktiviti menyunting dan menerbitkan buku dan risalah yang menekankan hal-hal patriotik, menguatkan diri dan pemodenan dalam quoc-ngu dan sebarkannya kepada semua penduduk.
- Sekolah-sekolah menjadi landasan pendidikan dan reformasi budaya di Vietnam.
- Di India, pengenalan sistem pendidikan Barat pada tahun 1930-an membantu melahirkan golongan intelektual seperti Mahatma Gandhi, Jawaharlal Nehru dan Muhammad Ali Jinnah.
- Di China, Universiti Peking (Peita) menjadi tempat untuk berbincang dan perdebatan antara pelajar.
- Tsai Yuan-Pei (Canselor) letakkan asas-asas yang perlu bagi Peita sebagai pusat pengajian tinggi yang lebih berguna kepada negara.
- Peita menjadi simbol kebebasan dan kemerdekaan kepada pelajar.
- Galakkan pelajar berucap, berbincang, menerbit dan aktiviti lain secara bebas.
5. Peranan golongan intelektual
- Berpendidikan Barat.
- Dipengaruhi oleh idea liberal, nasionalis, demokrasi, sosialis dan Marxisme-komunis.
- Elit baru ini tidak puas hati dan kecewa dengan tindakan penjajah yang memeras kekayaan negara dan menindas rakyat.
- Peluang pekerjaan gagal disediakan untuk mereka.
- Diskriminasi diamalkan oleh pentadbir Barat.
- Orang Barat yang disifatkan sebagai pendukung utama idea-idea demokrasi, liberalisme dan hak asasi manusia tidak praktikkannya.
- Di Indonesia, Raden Adjeng Kartini (1879-1904) berasal daripada keluarga pembesar Jawa.
- Bersikap terbuku dan mempunyai idea-idea yang matang untuk memajukan bangsanya.
- Dalam surat-suratnya, beliau menyeru rakyat membebaskan diri daripada pemikiran kolot dan menggalakkan penubuhan sekolah untuk wanita.
- Sama-sama Dr. Mas Wahidin Saediro Hoesoeda mulakan kempen untuk majukan Jawa.
- Tekankan perlunya penyebaran pendidikan Barat bagi mencapai kebahagian dan kemakmuran rakyat.
- Di negeri Thai, Pridi Phanomyong gunakan jawatannya dalam kerajaan untuk mempengaruhi pegawai kerajaan.
- Menggunakan kedudukannya sebagai pensyarah Universiti Chulalongkorn untuk mempengaruhi pelajarnya.
- Golongan pelajar Universiti Yangoon gelarkan diri sebagai Thakin atau Tuan di bawah pimpinan Aung San.
- Menubuhkan Dobama Asiayone (Kami Penduduk Myanmar) pada tahun 1935.
- Sehingga tahun 1941, golongan Thakin telah menjalankan pelbagai aktiviti.
- Seperti permogokan pelajar 1936, sertai pilihanraya tahun 1936 dan 1938 dan dapat sokongan petani.
- Menubuhkan Pertubuhan Petani-petani Burma dan Liga Penanaman Seluruh Burma.
- 1940, All Burma Trades Union Congress ditubuhkan untuk selaraskan pertubuhan buruh dan menentang pemerintahan British.
6. Peranan pengaruh luar
a. Reformasi Mesir
- Perjuangan tokoh Islam Jamaluddin al-Afghani (1838-1879) mempengaruhi dan mencorakkan kebangkitan di Asia Tenggara dan Asia Selatan.
- Perjuangan menekankan kepada “kembali kepada prinsip agama”.
- Yakin dan percaya terhadap demokrasi dan prosesnya serta perlunya mempertahankan suara demokrasi melalui perlembagaan dan perwakilan yang sah.
- Menentang penindasan yang dilakuakn ke atas manusia.
- Pelajar Islam di Asia yang belajar di Mesir terpengaruh dengan reformsi di Mesir di bawah Muhammad Abduh.
- Contoh di Indonesia, Sarekat Islam, Muhammadiyah, Nahdatul Ulama.
- Di India, pembaharuan Islam di Mesir mempengaruhi masyarakat Islam.
- Sir Sayid Ahmad Khan (1817-1898) menubuhkan Universiti Islam di Aligarh yang sediakan pembelajaran Islam yang tidak bertentangan dengan undang-undang sains dan idea-idea Barat.
b. Pengaruh Golongan Nasionalis dan Liberal di Eropah
- Pertengahan abad ke-19, Revolusi England, Revolusi Amerika dan Revolusi Perancis.
- Idea-idea demokrasi, kemerdekaan, hak asasi manusia, persamaan dan kebebasan mempengaruhi pemikiran golongan muda di China.
- Kejayaan gerakan penyatuan Itali dan Jerman 1870 menjadi contoh kepada China tentang perlunya usaha untuk menyatukan China.
- Orang Cina kecewa tentang kelemahan idea Barat yang hanya pada idea dan bukan dijalankan secara praktikal.
- Sebagai alternatifnya, mereka cenderung dalam pemikiran Marxisme yang memberi keutamaan kepada kebajikan rakyat.
- Kejayaan Revolusi Russia pada Oktober 1917 membuka mata orang Cina bahawa dunia kapitalis menekan kehidupan mereka sehingga menyebabkan mereka sengsara.
- Maka mulalah pengaruh komunisme di kalangan pemimpin Asia khususnya China dan Vietnam.
c. Pengaruh Gerakan Negara Jiran
- Revolusi China 1911 dan Gerakan Kongres Kebangsaan India mempengaruhi gerakan nasionalisme negara-negara di Asia Tenggara.
d. Kebangkitan Jepun
- Memberi semangat kepada para nasionalis.
- Menyedarkan bahawa Asia mampu untuk maju dan menjadi kuat.
- Perang Jepun-Russia 1904-1905 membuka mata orang Asia bahawa Asia mampu mengalahkan kuasa Barat.
- Sebelum itu mereka menganggap bahawa kuasa Barat itu kuasa unggul dan mereka tidak boleh dikalahkan tetapi memberi dorongan kepada orang Asia untuk bangkit menentang negara Barat.
- Pemulihan Meiji 1864 menunjukkan jalan kepada bangsa Asia bahawa mereka perlu satu reformasi dalam bangsa mereka sendiri.

Tiada ulasan:

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...