Sabtu, 28 Februari 2009

Tindakbalas Masyarakat Filipina, Myanmar dan Vietnam Terhadap Kuasa Penjajah

Pengenalan
Kehadiran kuasa Barat di rantau ini telah membawa pelbagai perubahan dalam sistem pentadbiran, ekonomi dan sosial. Perubahan ini telah menyebabkan penentangan rakyat tempatan kerana kepentingan mereka telah terjejas.

Filipina
Sejak pemerintahan Sepanyol pada pertengahan abad ke-16, rakyat Filipina tidak puas hati dengan corak pentadbirannya. Perasaan tidak puas hati semakin memuncak apabila Sistem Polo dan Sistem Vandala diperkenalkan.
1. Penentangan 1565-1872
Dalam penentangan pada tempoh ini, ia lebih bersifat kedaerahan atau tempatan. Ia dipelopori oleh rakyat tempatan. Penentangan ini menghadapi pelbagai kekurangan. Strategi mereka juga lemah. Kebangkitan yang utama selepas tahun 1800 ialah:
a. Pemberontakan Basi (1807) – Ilcandia
b. Pemberontakan Noveles (1823)
- Tentera Filipina memberontak menentang tentera Sepanyol.
- Menyerang Manila, hampir menguasainya.
c. Pemberontakan Tayabas (1840-1841)
- Dipimpin oleh Paderi Apolinario de La Cruz.
- Gagal kerana kekurangan pemimpin berkebolehan.
- Sebab memberontak: menerima layanan yang berbeza daripada paderi Sepanyol.
2. Penentangan 1872-1886
Penentangan pada masa ini bercorak nasionalisme. Penentangan yang penting pada masa ini ialah Pemberontakan Cavite (1872). Pemberontakan Cavite merupakan pemberontakan tentera Filipina yang dipimpin oleh Sarjan Lamadrid. Pemberontakan ini telah gagal kerana kekurangan kelengkapan. Tiga orang paderi yang menyokong pemberontakan ini ialah Mariano Comez, Jose Burgos dan Jucinto Zamora telah dihukum mati, begitu juga bagi pemimpin pemberontakan ini. Faktor yang berlakunya pemberontakan ialah:
a. Faktor dalam negeri
- Sepanyol telah menyatukan rakyat Filipina melalui agama Kristian dan Bahasa Sepanyol.
- Perasaan nasionalisme telah dilahirkan akibat pendidikan diterima.
- Mereka membentuk golongan elit: Jose Rizal, Emilio Aguinaldo, Andre Bonifacio dan sebagainya.
- Penyalahgunaan kuasa oleh paderi Sepanyol turut merangsangkan mereka bangkit menentang kerajaan.
- Paderi Filipina menentang kerana mereka tidak dianggap sama taraf dengan paderi Sepanyol.
- Penyebaran fahaman liberal oleh De La Tore turut melahirkan lagi semangat nasionalisme mereka.
b. Faktor luar negeri
- Revolusi Amerika Syarikat (1776), Perancis (1789) dan Mexico (1826).
- Pembukaan Terusan Suez (1869) – ramai pelajar belajar di Barat – bertembung dengan konsep demokrasi, anti-penjajahan dan republik serta pembaharuan-pembaharuan.
3. Gerakan propaganda 1886-1898
- Dipelopori oleh pelajar Filipina di luar negeri.
- Wujud akibat Sepanyol semakin ganas terhadap orang Filipina – ramai orang diusir.
- Dijalankan dengan aman – menggunakan media massa.
- Mendedahkan kezaliman Kerajaan Sepanyol.
- Kebanyakan dari golongan pertengahan: Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar.

Myanmar
Penentangan di Myanmar berbentuk perang gerila yang menggunakan senjata. Semua lelaki Myanmar Utara telah menyertai pemberontakan ini yang dipimpin oleh penguasa tempatan dan rahib. Di Myanmar, rahib itu ialah sami-sami Buddha. Walau bagaimanapun, pemberontakan tersebut telah gagal kerana ia tidak tersusun. Namun demikian, pemberontakan tersebut menjadi asas nasionalisme di Myanmar.

Vietnam
Pemberontakan di Vietnam dipimpin oleh pembesar wilayah dari golongan Mandarin. Raja Ham Nghi memimpin penentangan berkumpulan yang dipanggil “Persetiaan Kepada Raja”. Tujuan penentangan ini ialah untuk mengembalikan kuasa diraja tempatan. Pemberontakan ini dipatahkan oleh Perancis pada tahun 1895. Selain itu, terdapat juga penentangan oleh rakyat jelata khususnya golongan petani yang menggunakan senjata. Penentangan ini dipimpin oleh Mandarin tetapi akhirnya juga gagal. Sebab-sebab penentangan ini gagal ialah ia bersifat kewilayahan, tidak tersusun, tidak mempunyai pemimpin yang berkaliber dan kekurangan dari segi kelengkapan.

Tiada ulasan:

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...