Sabtu, 28 Februari 2009

Senario Politik Semasa Pendudukan Jepun di Asia Tenggara

Indo-China
· Usaha Jepun untuk menawan seluruh Tanah Besar China telah gagal. Jadi, ia telah mengalih kepada Indo-China. Maka, Jepun telah menandatangani satu perjanjian di Hanoi pada 22 September 1940. Mengikut perjanjian:
a. Jepun menggunakan 3 lapangan terbang di Tongkin.
b. Perancis membenarkan petempatan 600 tentera di Tongkin.
c. 25000 tentera boleh melintas Indo-China setiap kali.
· Jepun kemudian berjaya menguasai Indo-China sepenuhnya selepas Jerman menguasai hampir seluruh Perancis.
· Jepun mencadangkan konsep “Asia untuk Asia” berbeza dengan konsep persekutuan Indo-China yang dilaungkan oleh Gabenor Jeneral Perancis Jean Decoax.
· Ahli nasionalis Vietnam yang pro Kuomintang pimpinan Ho Chi Minh mengaturkan pergerakan pemerintahan Jepun.
· Kaum nasionalis di seberang laut telah membentuk unit Nam Doc Lip Dong Minh Hoi (Liga Kemerdekaan Vietnam) atau Viet Minh untuk menimbulkan semangat kebangsaan dan memudahkan aktiviti sabotaj ke atas Jepun dengan bantuan negeri China.
· Amerika dan juga Britain juga memberi bantuan senjata kepada Viet Minh untuk memperhebatkan penentangan terhadap Jepun.
· Perancis mengambil kesempatan ini menyebelahi Viet Minh. Perancis menyertai pasukan berikat untuk menentang Jepun pada akhir Perang Dunia Kedua.
· Jepun telah merampas kubu Perancis dan semua pejabat Kerajaan Perancis di Vietnam ditawan dan dikuasai oleh Jepun. Decoux ditangkap oleh Jepun. Jepun mengisytiharkan Vietnam sebagai negeri bebas daripada pengaruh Perancis pada 11 Mac 1945.
· Namun demikian, Viet Minh tidak mengakui pengisytiharaan tersebut dan bertindak merampas beberapa wilayah di Tongkin.
· Menjelang penyerahan Jepun, Viet Minh berjaya menampakkan kuasanya di Vietnam Utara lalu menubuhkan Republik di Vietnam Utara.

Negeri Thai
· Pendudukan Jepun di Thai berbeza.
· Semasa Perang Dunia Kedua, Negeri Thai menyebelahi Jepun dengan harapan Jepun akan menang dalam perang ini.
· Phibun Songkram berpendapat bahawa kemenangan Jepun akan mengekalkan kemerdekaan Negeri Thai.
· Pada tahun 1940, perjanjian dengan Jepun diadakan. Wilayah di Laos (Luang Prabang) dan Kampuchea dikembalikan kepada Siam.
· Pakatan Rahsia antara Jepun dengan Thai diadakan pada 21 Disember 1941. Jepun akan menggunakan Siam sebagai pangkalan pergerakan untuk menawan Asia Tenggara.
· Sebagai balasannya, Thai mendapat Negeri-negeri Melayu Utara di Tanah Melayu dan pembinaan jalan keretapi.
· Negeri Thai mengisytiharkan peperangan ke atas Amerika Syarikat dan Britain.
· Nai Pridi Phanomyong pula meletakkan jawatannya di Kabinet Phibun Songkram dan membentuk gerakan anti-Jepun.
· Pridi mengatur gerakan bawah tanah untuk menentang Jepun dan Kerajaan Phibun Songkram.
· Pridi mengadakan hubungan rapat dengan Amerika menerusi duta Thai di Amerika Syarikat iaitu Senu Pramoj.
· Pridi membantu pihak berikat dengan membekalkan maklumat tentang pergerakan tentera Jepun.
· Menjelang tahun 1944, Phibun Songkram digulingkan kerana Negeri Thai bertambah mundur dalam bidang ekonomi dan perdagangan. Di bawah Phibun, rakyat Thai telah mengalami penderitaan.

Myanmar
· Mei 1942, Jepun berjaya menawan Myanmar dengan bantuan golongan nasionalis Thakin yang berpendidikan sekular/Barat dibawah pimpinan Aung San. Kerajaan Inggeris diambilalih oleh golongan Thakin. Jepun tidak buat banyak perubahan. Jepun bebaskan pemimpin ahli politik seperti Dr. Ba Maw, U Nu, U Ba Pa, Than Tun dengan harapan mendapat sokongan mereka. Pentadbiran golongan Thakin tidak memuaskan Jepun, ia dibubarkan. Sebuah kerajaan boneka di bawah Dr. Ba Maw ditubuhkan. Tentera Pembebasan Myanmar yang tolong Jepun memperolehi kuasa di Myanmar dihapuskan sebab 30 ribu askar tidak berdisiplin dan melakukan rompakan. Angkatan Tentera Pertahanan Myanmar (Burmist Defense Army) dibentuk. Dr. Ba Maw menjadi Adipati (ketua negara) dan dibantu oleh sebuah kabinet.
· Tentangan terhadap Jepun bermula di bawah Thien Pe dan Thien Soe. Kedua-dua mereka ialah ahli Thakin yang berfahaman Komunis. Angkatan tentera gerila ditubuhkan oleh Thien Soe untuk menentang kuasa fasis Jepun. Oleh itu, Aung San dan Than Tun berancang untuk menggulingkan Jepun. Dengan bantuan Jeneral Ne Win, Aung San menubuhkan Angkatan Tentera Kebangsaan Burma (ATKB) pada tahun 1943. AKTB merupakan penganjuran pergerakan nasionalisme yang giat di Myanmar di bawah Aung San. Menjelang akhir perang, Aung San menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti Fasis (LPRAF) dengan pertolongan pemimpin Thakin Komunis Thien Soe. LPRAF ditugaskan untuk menjalankan aktiviti sabotaj. Pada Mac 1945, ATKB dibawah pimpinan Aung San dan Than Tun menyerang Jepun apabila mereka dikalahkan di Mandalay oleh tentera bersekutu Mauntbatten. Pemerintahan Jepun tumbang apabila mereka dikalahkan di Rangoon. Pada Mei 1945, Myanmar ditawan balik oleh British.

Indonesia
· Mac 1942, Jepun menakluki Indonesia tanpa apa-apa peperangan besar. Jepun disambut baik oleh orang Indonesia. Alasannya, Jepun akan melayan rakyat Indonesia dengan baik. pemimpin seperti Mohammad Hatta, Sukarno, Sharir dibebaskan oleh Jepun. PETA ditubuhkan untuk melatih belia-belia Indonesia dalam bidang ketenteraan dengan harapan mereka akan membantu Jepun berperang. Melancarkan gerakan 3A, benarkan penggunaan Bahasa Indonesia dan lagu kebangsaan Indonesia Raya. Jepun harap dapat sokongan rakyat Indonesia dengan cara ini.
· Pemimpin-pemimpin nasionalis digunakan sepenuhnya untuk menyokong Jepun. Jepun janji akan memberi kebebasan pemerontahan ataupun berkerajaan sendiri. Benarkan nasionalis menubuhkan PUTERA yang merupakan gabungan badan-badan kebangsaan di Pulau Jawa dan Madura.
· Mac 1943, Sukarno dijadikan pengerusinya, Sukarno menggunakan PUTERA untuk mempengaruhi Indonesia dan dapat sokongan kuat rakyat di samping menguatkan semangat kebangsaan. Badan penasihat pusat pemimpin Sukarno ditubuhkan. Jepun harapkan sokongan dan kesetiaan rakyat Indonesia. Hei Ho ditubuhkan untuk mendapatkan buruh-buruh secara paksa untuk pembinaan jalan raya dan jalan keretapi. Apabila PUTERA tidak dapat capai objektif yang diharapkan oleh Jepun, PUTERA dibubarkan. Sebaliknya, mereka menubuhkan Hokakai pada tahun 1944. Sukarno dijadikan pemimpin tetapi di bawah penguasaan Jepun. Semangat kebangsaan Indonesia tidak reda. Jepun gagal mendapat sokongan rakyat Indonesia kerana pemerintahannya yang kejam dan ganas. Jepun juga tidak peduli kebajikan rakyat. Jepun mengeksploitasikan ekonomi Indonesia. Ramai ditangkap, kebuluran berlaku dan buruh paksa berlaku di New Guinea. Gerakan bawah tanah berkembang di bawah pimpinan Shahrir. Jepun menubuhkan angkatan tentera pada tahun 1944 untuk mengataso masalah yang diberi oleh Shahrir. Jepun tidak berjaya menyekat perkembangan ini malah tambahkan perasaan anti-Jepun. Pada akhir tahun 1944, Jepun mengalami kekalahan, perasaan anti-Jepun bertambah lalu menubuhkan Panitia Penyelidikan Kemerdekaan untuk merangka perlembagaan asas. Jepun menjanjikan kemerdekaan pada 24 Ogos 1945 tetapi Jepun kalah pada 15 Ogos 1945.

Filipina
· 10 Disember 1941, Jepun menyerang Filipina. Februari 1942, Manila jatuh. Pada Mac 1942, Filipina ditawan oleh Jepun. Ketua Pertahanan Komanwel Douglas Mac Arthur melarikan diri ke Mindanao. Mauel Quezon dan Sergeo Osmenia iaitu Presiden dan Naib Presiden melarikan diri ke Amerika Syarikat dan membentuk Kerajaan Buangan Filipina di Washington. Jepun tidak banyak ubah sistem pentadbiran Amerika Syarikat dan mengekalkan kebanyakan pegawai-pegawai bangsa Filipina dibawah Pengerusi Tinggi Jepun. Keganasan dan kekejaman memang berlaku. Semua parti politik diharamkan. Ahli-ahli digalakkan menyertai Kalibapi (Kesatuan Perkhidmatan Filipina Baru).
· Jepun mencadangkan pembentukan sebuah Republik Filipina merdeka dan melaksanakannya pada Oktober 1943. Jose P. Laurel ‘dijadikan Presiden republik tersebut.
· Ada gerakan menentang rejim Jepun. Pertubuhan Hakbalahap iaitu tentera anti-Jepun berhaluan kiri paling awal menentang. Pemimpinnya ialah Louis Taruc dan Castro Alejendrina. Mereka mengumpulkan maklumat dan menyekat bekalan makanan orang Jepun.
· Akhir tahun 1944, Amerika Syarikat berjaya menduduki Leyte dan Luzon. Angkatan Laut Jepun dimusnahkan. 23 Februari 1945, Manila dapat ditawan semula dengan penawanan Pulau Baguio.
· Selepas penyerangan di Pulau Baguio, Jeneral Yamashita menyerah diri pada 3 Disember 1945.

1 ulasan:

anex berkata...

terima kasih.

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...