Selasa, 20 Januari 2009

Sistem pendidikan Melayu di Tanah Melayu sehingga tahun 1930-an.(excel 1 STPM)

Sistem pendidikan Melayu bermula sebelum kedatangan British. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka , awal abad ke15 sistem pendidikan orang Melayu berlandaskan pengajaran dan pembelajaran kitab suci al-Quran semata-mata. Dasar pendidikan British sebelum merdeka di Tanah Melayu adalah bercorak vernakular iaitu pengasingan mengikut kaum. Kerajaan Inggeris telah memperkenalkan lima jenis persekolahan yang berbeza antara kaum . Keadaan ini adalah berkaitan dengan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh Inggeris di Tanah Melayu. Ini dilakukan untuk mengasingkan pelbagai kaum sebagai strategi mengukuhkan kedudukan politik dan ekonomi mereka di Tanah Melayu.

Pada awalnya sistem pendidikan Melayu di Tanah Melayu dijalankan secara tidak formal. Pelajaran diajar berdasarkan pelajaran agama Islam dan disampaikan dalam bahasa Arab. Tumpuan pada pembacaan dan penghafazan ayat-ayat suci al-Quran disamping meneliti tafsirannya. Sekolah agama tidak diberi bantuan kecuali sekolah yang mengajar matematik, tulisan dan bacaan.
Sekolah Melayu secara formal hanya didirikan tahun 1816 iaitu Sekolah Melayu Gelugor di Pulau Pinang. Menjelang tahun 1860-an terdapat sekolah Melayu lain didirikan di Bayan Lepas, Teluk Belanga dan Kampung Gelam serta di Melaka.
Pendidikan di sekolah Melayu hanya terhad di peringkat rendah sahaja. Pembelajaran meliputi kemahiran membaca, menulis dan mengira. Mata pelajaran lain yang diajar termasuklah geografi, pertanian dan pertukangan.
Sekolah Melayu lazimnya terletak di luar bandar dan berkualiti rendah. Kebanyakan guru yang mengajar adalah tidak terlatih.
Sistem pendidikan Melayu pada zaman penjajahan British lebih bertujuan untuk memastikan seorang anak nelayan atau petani kekal menjadi nelayan atau petani. Tidak ada sebarang perancangan untuk mewujudkan pendidikan menengah dalam bahasa Melayu.
Pada 1878, maktab perguruan ditubuhkan bagi melatih guru sekolah Melayu. Antaranya ialah Maktab Melayu di Teluk Belanga Singapura (1878), Maktab Perguruan Melaka (1900), Maktab Perguruan Matang Perak (1913), dan Maktab Perguruan Perempuan Melaka (1935).
Perubahan Richard Winstedt : Perguruan Sultan Idris dibuka dan menjalankan kursus perguruan selama 3 tahun bagi memberi latihanperguruan kpd guru-guru di Tanah Melayu termasuklah Sabah dan Sarawak.

Sistem pendidikan melayu merupakan pendidikan yang paling awal di TM.
Pada awalnya bersifat tidak formal. Setelah kedatangan inggeris pendidikan aliran Melayu mengalami perubahan yang menyebabkan banyak peluang pendidikan diberi kepada anak-anak Melayu.

Tiada ulasan:

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...