Selasa, 20 Januari 2009

Faktor-faktor yang menyumbang kepada gerakan kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat pribumi di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia kedua(Excel 1)

Nasionalisme membawa maksud sentimen kecintaan terhadap sesebuah negara. Sentimen ini dtumpukan kepada satu negara bangsa sahaja yang dapat mendorong keinginan berjuang untuk membebaskan tanah air daripada belenggu penjajah. Sentimen turut dirasai di Tanah Melayu
Sekitar tahun 1900-1941 terdapat beberapa faktor dalaman dan luaran yang telah menyumbang kepada kesedaran nasionalisme di kalangan masyarakat peribumi di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua

Gerakan Islah Islamiyah
Awal kurun ke-20, lahir gerakan pemulihan yang berdasarkan al-Quran dan Hadis untuk membawa kemajuan kepada umat Islam. Antara mereka yang giat ialah Sayyid Sheikh al-Hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan haji Abas Mohd Taha. Kemunduran orang Melayu kerana tidak mengikut ajaran Islam sebenar. Mereka juga mengamalkan ajaran bercampur aduk dengan adat dan kepercayaan yang bercanggah dengan Islam. Mereka giat dalam gerakan ini dikenali sebagai kaum Muda. Mereka menggesa masyarakat Melayu menggunakan akal dalam menentukan kebenaran dan memberi kebebasan kepada wanita dalam pendidikan. Pandangan dan pendapat Kaum Muda ditentang oleh Kaum Tua.

Bahasa dan kesusasteraan
Menjadi penghubung kepada masyarakat. Tulisan dalam akhbar, majalah atau novel memberi semangat kesedaran nasionalisme. Tulisan yang dimuatkan dalam al-Iman, al-Ikhwan ,seruan Azhar, Saudara, Lidah Benar, Idaran Zaman, Neracha, Utusan Melayu dan sebagainya memberi pengetahuan dan kesedaran Novel Hikayat faridah Hanum di tulis menggesa untuk memberi kebebasan dan pendidikan kepada kaum wanita.

Kewartawanan
Mereka menulis dan memuatkan tulisan dalam pelbagai penerbitan dan memberi kesedaran sama ada sosial dan politik kepada masyarakat dan memberi maklumat.
Akhbar-akhbar seperti Majlis, Warta Malaya, Utusan Melayu berperanan menyalurkan maklumat, pendapat, ilmu pengetahuan dan menyampaikan mesej kepada masyarakat Melayu untuk mencapai kemajuan dalam hidup. Antara tokoh-tokoh wartawan yang aktif ialah Ibrahim Hj Yaakob, Ishak Hj Muhammad, dan Ahmad Boestamam.

Pendidikan
Penubuhan sekolah telah menyebabkan ramai yang boleh membaca dan turut merasa kegelisahan yang disuarakan oleh akhbar. Pada tahun 1920 terdapat kira-kira 757 buah sekolah Melayu di Tanah Melayu dan sudah ada sekolah Inggeris, Arab dan sekolah pondok.
Pada tahun 1922, Maktab perguruan Sultan Idris (MPSI), Perak telah ditubuhkan. Institusi ini telah melahirkan golongan rakyat yang jadi pemimpin dan mengambil alih peranan yang sebelum ini dipegang oleh golongan bangsawan. Muncul lepasan sekolah Melayu, Arab dan Inggeris yang ramai antaranya jadi pendidik. Lahir Persatuan Guru-guru Melayu Selangor, Persatuan Guru-Guru Melayu Melaka, dan Persatuan Guru-Guru Melayu Negeri Sembilan . Seterusnya lahir Majalah Guru yang banyak menanam semangat kemajuan ekonomi dan sosial serta nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu.

Golongan Intelektual
Perkembangan pendidikan melahirkan golongan intelektual yang seterusnya bergiat dalam penulisan dan pertubuhan. Golongan menanamkan semangat kesedaran nasionalisme di kalangan orang Melayu. Kaum Muda dan kaum tua masing-masing memainkan peranan memberi pengetahuan kepada masyarakat. Antara tokoh-tokohnya adalah seperti Sayyid Sheikh al-hadi, Sheikh Tahir Jalaluddin dan Haji Abas Mohd Taha. Peranan yang dimainkan oleh Kadir Adabi Kelantan telah membawa kepada penubuhan Melayu Pahang, Tengku Ismail telah membawa penubuhan Persatuan Melayu Selangor. Begitu juga Ibrahim Yaakob melalui penubuhan Kesatuan Melayu Muda.

Pengaruh luar
Pengaruh perkembangan di Timur Tengah seperti gerakan reformasi Islam di Mesir dan Turki. Pengaruh Pan Islamisme, Kesatuan Dunia Islam, dan perjuangan Gandhi telah mencorakkan pemikiran pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di sana. Perkembangan politik Indonesia turut mempengaruhi golongan nasionali di Tanah Melayu. Pengaruh Kemerdekaan Filipina yang dicetuskan oleh Jose Rizal. Kemenangan Jepun ke atas Rusia dalam Perang jepun-Rusia 1905.
Perkembangan politik di China.

Faktor dalaman dan luaran telah menimbulkan kesedaran politik dan sosial sebelum perang Dunia kedua. Kesedaran ini telah membangkitkan kecintaan pejuang Melayu terhadap tanah air dan seterusnya menjadi asas untuk menuntut kemerdekaan

1 ulasan:

Wajihah Azizul Azman berkata...

Saya nak tahu kaum tua dan tokoh-tokohnya