Selasa, 20 Januari 2009

Sistem pemerintahan beraja di Thailand dan Myanmar ( Burma ) sebelum kedatangan Barat

Sistem pemerintahan beraja adalah satu bentuk kerajaan yang wujud di kebanyakan negara Asia Tenggara sebelum campur tangan Barat. Pemerintahan beraja bermaksud raja menduduki kedudukan paling atas dalam pemerintahan dan struktur masyarakat Raja di Thailand dan Myanmar memainkan peranan penting dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. Raja juga berperanan sebagai simbol penyatuan rakyat, menjaga keamanan, dan pentadbiran negara.

Isi
Sistem pemerintahan beraja di Thailand Raja dianggap sebagai penaung kepada agama yang berteraskan konsep “dharmaraja” yang dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha. Raja juga dianggap mampu melindungi rakyatnya. Raja menggunakan gelaran Chao Phaendin ( Yam Tuan Tanah ) dan Chao Chiwit ( Yam Tuan Nyawa ). Menurut konsep Dharmaraja, Raja mempunyai kuasa mutlak ke atas tanah dalam penguasaan pemerintahannya. Perbendaharaan negara serta tanah yang didiami oleh rakyat juga adalah milik raja. Raja juga berkuasa dan berpengaruh ke atasa nyawa dan harta rakyat. Walau bagaimanapun, ajaran Buddha menetapkan bahawa raja tidak boleh berlaku kejam terhadap rakyatnya. Raja hanya berkuasa di muara ( dalam lingkungan istana ) sahaja. Untuk mengekalkan kuasa, suatu bentuk kompromi antara raja dan golongan pembesar diwujudkan. Rakyat perlu taat dan setia kepada raja dan tidak boleh mempersoalkan tindakan raja. Sebagai ketua negara, raja bertanggung jawab melaksanakan hukuman tanpa boleh dipersoalkan. Sekiranya rakyat ingin membuat tuntutan, beliau akan disebat 30 kali sebelum rayuan dipertimbangkan kerana dianggap mengganggu ketenteraman Tuhan Dewa dengan hal manusia. Apabila raja keluar berjalan, rakyat perlu menutup pintu dan tingkap rumah serta tidak memandang raja serta menyembah raja kerana raja dianggap mendapat mandat untuk memerintah dunia.

Sistem pemerintahan beraja di Myanmar ( Burma )
Raja dikaitkan dengan keturunan Mamu yang dikaitkan dengan raja pertama dan bapa kepada semua manusia. Raja bertanggungjawab melindungi rakyat, menaungi rakyat, menaungi agama Buddha, sebagai tunjang negara, dan melaksanakan penaklukan. Raja perlu mempunyai moral yang tinggi dan memiliki alatan kebesaran dan pusat pemerintahan sebagai pusat alam. Ibu kota dianggap sebagai pusat kebudayaan. Raja juga melakukan banyak kerja keagamaan kerana, sokongan daripada golongan Pongyi ( golongan agama ) amatlah penting untuk memenangi hati rakyat. Raja dianggap sebagai dewa. Kepalanya dipayungi dengan payung putih oleh golongan Brahmin sebagai simbol kedaulatan dan ketuhanan. Raja dianggap sebagai penggubal undang-undang, menyelesaikan kes-kes jenayah, masalah tanah, dan menjatuhkan hukuman mati.
Raja dianggap telah menyusun Undang-undang Wagaru Dhammatal, iaitu ringkasan undang-undang Manu India dan memperkuatkan raja sebagai ketua agama Buddha dan penaung serta pelaksana peraturan ajaran Buddha.

Kesimpulan
Sistem pemerintahan beraja yang diamalkan di Thailand dan Myanmar jelas menunjukkan bahawa raja mempunyai kedudukan teratas dalam hierarki sosial. Baginda berkuasa mutlak dalam kesemua perkara serta sebarang tindakan dan arahannya tidak boleh dipertikaikan sama sekali. Raja juga bertanggungjawab melindungi rakyat, menaungi rakyat, menaungi agama Buddha, sebagai tunjang negara, dan melaksanakan penaklukan Walau bagaimanapun, selepas kemasukan penjajah barat di negara berkaitan, sistem ini mengalami perubahan besar sehingga ada di antara raja yang menjadi raja boneka semata-mata.

Tiada ulasan:

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...