Ahad, 18 Januari 2009

Sang Kancil Bodoh Sombong

6.25 pagi pada hari Isnin. Seperti biasa semua pelajar sudah berhimpun. Maklumlah perhimpunan rasmi konon. Dengan megahnya tampilah seorang guru yang berjanggut dan bermisai. "Saya menyeru kepada semua pelajar agar membersihkan kelas masing-masing"! ujarnya. Faham cikgu!. Semua pelajar juga dilarang memakai seluar ketat dan berambut panjang. Pendekkan cerita, masuklah semua pelajar dalam kelas.

Sesi p&p berlangsung. Seorang guru Geografi masuk. Guru yang bergaya, bersepatu hitam pekat berkilat. Tik tak..tik tak..tik tak.. ala bunyi sepatu cikgu tulah. Berdering suara pelajar, "selamat pagi cikgu".Bermulalah kisah sang kancil yang bodoh sombong.

Set induksi-seekor rama-rama berkawan dengan sang gergasi. (Menyampuk), "cikgu sekarang kita belajar Geografi, tak ada kaitanlah dengan rama-rama."Ya cikgu faham, sekarang cikgu cuma memastikan ada bersedia untuk p&p". Cikgu tukar cerita untuk santapan minda sekali lagi ya.. Tutup mata semua pelajar dan bayangkan cerita cikgu. Pada suatu hari, aku sedang berjalan-jalan ke sebuah taman yang penuh dengan pelbagai hidupan. Bagaikan berada pada taman Puteri Gunung Ledang. Mataku tiba-tiba terpaku pada sepohon buah limau yang lebat berbuah. Aku terus mencapai sebiji limau dan mengupasnya. ...

Cikgu saya tak sukalah makan limau.. Baiklah tukar cerita, Sang Kancil.. Pada suatu hari, seekor Sang Kancil berjalan-jalan di hutan lipur lara. Bertemulah dengan seekor cacing tanah. Maklumlah cacing tanah, berjalan hanya dalam tanah yang lembap. Dengan megahnya, sang kancil tersebut meminta untuk berlumba dengan cacing tanah. Dengan rasa rendah diri cacing tanahpun bersetuju. Sampailah ke masa perlumbaan tersebut. Akan tetapi, pintarnya si cacing tanah, sudah bermuafakat dengan semua cacing tanah di hutan itu... Maklumlah, sang kancilpun tidak dapat mengenalpasti mana satu cacing tanah yang berlumba dengannya. Sebab nak kenal jantan betinanya pun susah. Dalam tanah pulak tu. Berlumbalah mereka. pusingan pertama bermula. Sangat gembira si kancil sebab telah meningalkan cacing tanah di belakang. Tetapi rupa-rupanya indah kabar dari rupa. Kerana cacing tanah sudah sampai ke garisan penamat terlebih dahulu. Sang kancil sebenarnya telah berlari sepuas hati dan tidak tidur di bawah pokok lagi seperti semasa perlumbaannya dengan sang kura-kura. Walaupun, iktibar itu sudah diperingatinya dan dijadikan tauladan, tetapi sang kancil masih kalah dengan cacing tanah yang tak berdaya pu.
Pengajarannya, janganlah selalu meninggi diri. Bijak atau tidak bergantung pada muafakat kita bersama. Akhirnya, sang kancil dalam kelas itupun terdiam. Ting..ting..ting... Masa p&p habis, kerana terlalu banyak sang kancil yang mencelah dalam p&p serta tidak bersabar. Tiada p&p yang ada hanya satu cerita. Kalahlah pelajar/sang kancil kerana tidak mendapat apa-apa.

Tiada ulasan:

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...