Selasa, 20 Januari 2009

Penentangan masyarakat tempatan terhadap kuasa Barat di Vietnam dan Filipina pada abad ke-19.(Excel 1)

Penentangan yang dimaksudkan ialah reaksi masyarakat tempatan akibat daripada kemasukan pengaruh Barat yang menyebabkan berlaku perubahan dan gangguan terhadap sistem politik, sosial dan ekonomi tradisional. Penentangan dan reaksi yang timbul sekitar abad ke-19 ini dapat dianggap sebagai satu permulaan ke arah penentangan yang lebih menjurus untuk mengembalikan hak pribumi terutama di Vietnam dan Filipina.

Isi
Penentangan Masyarakat Tempatan di Vietnam
Mempunyai kaitan dengan usaha untuk mengambil kembali wilayah yang telah dikuasai oleh Perancis seperti wilayah Cochin-China. Penentangan dalam bentuk pemberontakan sekitar tahun-tahun 1880-an telah gagal.Tahap awal hubungan antara Vietnam dengan Perancis adalah baik terutama semasa pemerintahan Maharaja Gia Long.Akibat kemasukan Barat, penentangan anti Kristian telah muncul di Vietnam dan pada tahun 1825 Ming Mang telah memusnahkan gereja dan bertindak kejam terhadap penganut agama Kristian kerana dianggap merosakkan budaya Vietnam.Dua Paderi Perancis telah dibunuh pada tahun 1851 dan tahun 1852 iaitu Augustie Schoeffer dan Jen Louis Bronnard. Pada tahun 1856 Biskop Diaz telah dibunuh di Tongking semasa pemerintahan Tu Duc.Vietnam telah menyerang kubu Perancis di Tourane.
Campur tangan Perancis di Kemboja telah menimbulkan penentangan daripada Putera Si Vatta. Penentangan bermula apabila Siam berjanji untuk melepaskan wilayah Kemboja dan Perancis perlu menghormati kemerdekaan Kemboja. Namun begitu Perancis tidak melaksanakannya tetapi sebaliknya melakukan pembaharuan di Kemboja sehngga menimbulkan perasaan tidak puas hati.Akibatnya Raja Norodom telah dipaksa oleh Perancis untuk menerima pembaharuan yang diperkenalkan meliputi aspek politik, sosial, dan ekonomi sehingga raja hanyalah boneka dan mengetuai adat istiadat diraja dengan beberapa keistimewaan sahaja.
Seterusnya Perancis memperkenalkan dan melantik seorang Residen Superior bagi menjalankan pentadbiran negara.Di bawahnya diletakkan seorang Residen yang berperanan mengawasi seluruh wilayah Kemboja terutamanya pegawai tempatan dan Majlis Mesyuarat.
Sebab itu pada tahun 1885 muncul Si Vatta mengetuai pemberontakan menentang Perancis. Penentangan berlangsung selama 18 bulan dan berakhir pada tahun 1892 dengan Si Vatta menyerah kalah.Pada tahun 1895 muncul penentangan di Tongking dan Annam. Penentangan di Tongking diketuai oleh De Tham tetapi dapat dihentikan oleh Perancis pada tahun yang sama.

Reaksi Masyarakat Tempatan di Filipina
Pembrontakan sekitar tahun 1807 – 1872
Penentangan pertama di Filipina berlaku sekitar tahun 1807 di Ilacos yang lebih dikenali sebagai pemberontakan Casi. Ini disebabkan oleh campur tangan Sepanyol dalam pembuatan arak dan memaksa orang tempatan membelinya daripada Sepanyol.Ini menyebabkan Casi (pembuatan arak tempatan) telah terjejas sehingga mereka hilang punca pendapatan apabila pemerintah Sepanyol mengharamkan pengambilan dan penjualan oleh orang pribumi tempatan.
Pemberontakan kedua berlaku pada tahun 1823 yang dikenali sebagai Pemberontakan Novales. Ini disebabkan berlakunya diskriminasi dalam ketenteraan.Pemberontakan ketiga berlaku pada tahun 1840 yang dikenali sebagai Pemberontakan Tayabas. Ianya lebih menjurus kepada rasa tidak puas hati di kalangan paderi tempatan yang tidak mendapat layanan yang sama seperti paderi Barat terutama dari Sepanyol. Pemberontakan diketuai oleh Apolinario de la Cruz.
Pada tahap ini secara keseluruhannya pemberontakan dapat dikatakan gagal untuk mengganggu gugat kedudukan Sepanyol disebabkan tiadanya tokoh pemimpin yang dapat menyelaraskan penentangan mereka.
Pemberontakan pada tahun 1872
Pemberontakan utama yang berlaku pada tahun ini dikenali sebagai Pemberontakan Cavite.
Penentangan ini merupakan permulaan ke arah pemberontakan bercorak nasionalisme di Filipina.Ianya menggabungkan golongan paderi dan tentera yang diketuai oleh Sarjan Lamadrid.
Pemberontakan ini gagal disebabkan kekurangan senjata dan kurang pengalaman berbanding angkatan Sepanyol. 3 orang paderi Filipina telah dijatuhi hukuman bunuh iaitu Mariano Gomez, Jose Burgos, dan Jucinto Zamoro.Pemberontakan ini wujud disebabkan dasar Sepanyol yang menjadkan bahasa Sepanyol sebagai bahasa pengantar dan menggunakan agama Kristian serta sistem yang berasaskan kepada corak Sepanyol. Ianya diperkuatkan lagi dengan Paderi Sepanyol sendiri yang menyalahgunakan kekuasaan di samping diskriminasi yang diamalkan oleh pemerintah Sepanyol dalam pemberian tugas dan jawatan dalam gereja. Terdapat penindasan antara paderi tempatan oleh paderi Barat walaupun mereka berkeupayaan melaksanakan tugas, kemampuan serta layak.Keadaan ini turut menyumbang kepada munculnya golongan yang mendapat pendidikan Barat seperti Jose Rizal. Emilio Aguinaldo mula mengembangkan semangat nasionalisme pada tahap ini.Kemuncak pemberontakan Cavite ini ialah apabila Da La Tora sebagai Gabenor Filipina memansuhkan perundangan yang menyekat perbincangan politik. Hal ini turut menyumbang kepada kemunculan pemberontakan ini.
Akibatnya lahirlah gerakan yang dikenali sebagai Propaganda mulai tahun 1882 yang melibatkan pelajar Filipina yang berada di luar negara dan mendapat sokongan daripada golongan profesional.

Kesimpulan
Penentangan terhadap kuasa Barat pada abad ke-19 di Vietnam dan Filipina menemui kegagalan disebabkan tiadanya penyelarasan yang teratur, kekurangan pengalaman dalam menentang pasukan Barat yang lengkap dengan alatan ketenteraan dan juga tiada koordinasi serta tokoh yang berwibawa. Walau bagaimanapun, ianya dapat dijadikan sebagai asas dalam kemunculan semangat nasionalisme yang lebih jitu menjelang abad ke-20 dalam usaha mencapai kemerdekaan di Asia.

1 ulasan:

mohd firdaus berkata...

sy cri maklumat berkaitan pengaruh spanyol dari segi sosial terhadap masyarkat filipina... last2 saya jumpa blog cikgu.._firdaus-