Jumaat, 29 Januari 2021

Catatan Baru Tahun 2021

Pada tahun ini, permulaan era pasca wawasan 2020 yang suatu ketika dulu sering berkumandang tentang lagu keramat, berserta pesanan keramat bahawa negara akan lebih maju pada tahun 2020 dengan membawa 9 tunjang garis kemajuan. Yang nyata, garis kemajuan itu, seimg dilontarkan dengan penggunaan kereta terbang yang telah meleset sama sekali. Saya tidak berniat untuk mengulas berkaitan kereta terbang, pencapaian 2020, bergelutnya dunia dan masyarakat lokal dan global dengan krisis Covid-19 atau apa-apa isu yang dingin atau hangat, saya hanya ingin mencatatkan catatan baru pada blog lama yang telah terpendam ini selepas hampir 10 tahun ketinggalan tanpa apa-apa coretan. 

    Ingin saya kembali kepada konsep Apakah Sejarah? peminat dan pendukung sejarah pasti dapat mengesahkan dengan panjang lebar penjelasan apakah sejarah menerusi EH Car, ops hingga terlupa sudah pelbagai nama sejarawan masyhur, tersohor disegenap negeri dan antarabangsa. Begitulah hakikatnya, sejarah adalah cebisan peristiwa terpisah, umpaman puzzle peristiwa yang akan dicantumkan oleh sejarawan dengan berbantu paksi ilmu mencantum kemahiran sains untuk menjadikan dapatan tekal bukan hanya kata-kata luruh di lantai tak berimu. Maka, tercantum coretan ini sebagai penghubung catatan yang lama dan yang baru ditengah-tengah yang telah hilang. Apakah yang telah hilang? perjalanan bog ini yang seharusnya dikemaskini, maka umpamanya sejarah, ternyata hanyalah coretan yang memulakan catatan tahun batu tahun 2021. 

Tiada ulasan:

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...