1. Masyarakat Asia Tenggara mula menerima dan mengamalkan beberapa aspek kebudayaan India bermula dari abad ketiga Masihi.
(a) Nyatakan dua cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara ?
i. _________________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________________
[2 Markah]
(b) Berikan tiga pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan.
i. _________________________________________________________________________
ii. _________________________________________________________________________
iii. _________________________________________________________________________
[3 markah]
(c) Apakah fungsi candi dalam kerajaan awal Asia Tenggara ?
i. __________________________________________________________________________
ii. __________________________________________________________________________
(d) Namakan satu warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara.
i. ___________________________________________________________________________
[1 markah]
(e) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memelihara bangunan bersejarah di negara kita?
i. ___________________________________________________________________________
ii. ___________________________________________________________________________
[2 markah]
SKEMA JAWAPAN:
a) Nyatakan dua cara kedatangan pengaruh Hindu dan Buddha ke Asia Tenggara ?
-dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera
-pedagang atau vaisya
-golongan Brahmin atau pendeta
-proses pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan budaya tempatan
(b) Berikan tiga pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan.
-sistem pemerintahan beraja kerajaan-kerajaan awal ini amat dipengaruhi oleh agama Hindu dan Budha
-mengikut sistem ini, raja menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahannya
-raja dibantu oleh kerabat diraja, pembesar, termasuklah ahli agama, iaitu golongan Brahmin
-raja mempunyai kuasa mutlak dalam semua aspek yang meliputi;
-pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah harta
-raja berkuasa untuk membuat undang-undang bagi mengukuhkan kedududkannya
-setiap perintah raja adalah undang-undang yang wajib dilaksanakan
-rakyat tidak berhak untuk mempertikaikan setiap undang-undang dan perlu mematuhi setiap undang-undang
-raja dikehendaki menjalankan pemerintahan yang adil untuk rakyatnya
-walaupun begitu, rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil untuk rakyatnya
-ini kerana rakyat percaya bahawa raja merupakan bayangan tuhan mengikut konsep Dewa-Raja yang diamalkan oleh pemerintah kerajaan awal di Asia Tenggara.
-mengikut konsep ini raja dikatakan mempunyai kuasa kesaktian yang akhirnya menyebabkan lahirnya unsur mitos dan lagenda tentang asal usul raja bagi menguatkan kedudukan dan status raja sebagai pemerintah
-pelbagai adat istiadat telah diwujudkan untuk mengukuhkan lagi kedaulatan raja
-contoh ialah Istiadat Pertabalan raja
-adat istiadat ini biasanya dijalankan oleh golongan Brahmin tanpa mengira raja tersebut menganut agama Hindu dan Budha
-tujuannya ialah untuk membezakan kedudukan raja daripada golongan diperintah
-raja di Asia Tenggara juga bercita-cita untuk menjadi raja yang terulung iaitu menguasai seluruh alam semseta
-raja telah mendirihkan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau order kosmos.
-mengikut konsep Order Kosmos, negara dianggap sebagai suatu alam semesta. raja dan ibu kotanya dianggap sebagai Pusat Alam dan Pusat Pemerintahan
-raja adalah bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras dengan Dharma.
(c) Apakah fungsi candi dalam kerajaan awal Asia Tenggara ?
-candi adalah monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha dan ia berperanan rumah ibadat
-candi/monumen juga digunakan sebagai tempat menyimpan abu mayat atau jenazah diraja dan keluarga
-ia juga sebagai tempat menyimpan patung dewa utama bagi sesebuah kerajaan awal
-ia menjadi lambang kepada keagungan seseorang pemerintahan berdasarkan kehebatan seni binanya
-candi Angkor Wat dan Candi Borobudur melambangkan konsep order kosmos
-candi Angkor Wat dibina oleh Suryarvarman II yang bertujuan untuk menunjukkan kekuatan dan kedaulatan kerajaan Suryarvarman II
-kerana kejayaannya mengalahkan Champa dan menyatuhkan Kampuchea
-Candi ini terdapat di Kemboja yang dibina untuk tujuan penyembahan agama Hindu
-yang melambangkan Order Kosmos
(d) Namakan satu warisan candi yang terkenal di Asia Tenggara.
-Candi Borobudur
-Candi Prambanan
-Angkor Wat
-Candi Lembah Bujang
-Candi Dieng
(e) Pada pendapat anda, apakah usaha yang boleh dilakukan untuk memelihara bangunan bersejarah di negara kita?
-mewartakan sebagai khazanah negara
-memastikan sentiasa diselenggara
-menjalankan usaha-usaha pemuliharaan bangunan bersejarah
-menjadikan sebagai pusat tarikan pelancong
-kempen kesedaran tentang memelihara bangunan bersejarah
"Orang yang tidak mengenali sejarah, akan sentiasa mengulangi kesilapan yang sama sepanjang hidupnya"
Langgan:
Catatan (Atom)
MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar
MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...

-
Sehingga pertengahan abad ke-19, para pembesar merupakan aset penting dalam sistem politik di Tanah Melayu. Setiap orang pembesar mempunyai ...
-
Pengenalan Perang Jawa meletus dari 20 Julai 1825 sehingga 28 Mac 1830. Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Depo Negoro kerana ianya...
-
Pengenalan Revolusi tanpa pertumpahan darah telah berlaku di Siam pada 24 Jun 1932. Revolusi tersebut telah menamatkan sistem monarki mutlak...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan