Khamis, 7 Oktober 2010

Wasiat Raja-Raja Melayu antara Inti Utama dalam Perlembagaan Persekutuan

Sebelum terbentuknya Perlembagaan Persekutuan, seluruh hampir seluruh lapisan masyarakat telah memberikan pandangan dan pendapat berkaitan dengan Perlembagaan tersebut yang diwaklili oleh pelbagai pertubuhan yang akhirnya diterima setelah dibincangkan dengan lebih terperinci. Secara ringkasnya, Perlembagaan Persekutuan dikenal untuk pertama kali melalui Perlembagaan Malayan Union pada 1 April 1946. Walaupun, Malayan Union bukanlah Perlembagaan Persekutuan tetapi ia menjadi contoh yang mudah bagaimana membentuk perlembagaan yang baharu, bagi Persekutuan Tanah Melayu yang sebelum ini belum pernah memakai mana-mana perlembagaan sebelum ini. Dengan pembubaran Malayan Union, pada 1 Februari 1948, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu telah dibentuk.

Pada 1949, Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum (CLC) telah ditubuhkan yang bertujuan untuk melihat dan meninjau serta mengambil kira pelbagai perkara dalam aspek semua kaum agar dapat dimasukkan seadil-adilnya dalam perlembagaan yang akan dilaksanakan. Sementara pada 5 Ogos 1957, Duli-duli Yang Maha Mulia dari empat buah Negeri Melayu Bersekutu (NMB) dan lima buah Negeri Melayu Tidak Bersekutu (NMTB) telah dengan sah mengakui perlembagaan dengan memasukkan 7 wasiat dan perkara inti dalam Perlembagaan Persekutuan. Akhirnya diperakukan keseluruhannya dalam Perlembagaan Kemerdekaan 1957. Sehingga kemasukan Sabah, Sarawak, dan Singapura (keluar Malaysia selepas 2 tahun), perlembagaan telah ditambah baik sehingga terbentuknya Perlembagaan Malaysia 1963.

Kandungan Wasiat Raja-raja Melayu

Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kami bersatu padu dan berpegang teguh padanya, selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera.

1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).

2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah Simpanan Melayu sehingga 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan Rejimen Askar Melayu selain untuk membenteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan Raja-raja Melayu memerintah negara ini.

5. Kami isytiharkan Islam sebagai agama persekutuan.

6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.

7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).

                                                                                       (Dewan Masyarakat, September 2009, M/s 16)

Maka dalam Perlembagaan Persekutuan yang terdapat 183 perkara, ada fasal-fasal tertentu yang khusus untuk wasiat yang telah dinukilkan tersebut. Antaranya, Perkara 3 (1), (2), (3) dan (5), Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5), Perkara 152, Perkara 153, dan Perkara 181 (1). Semua fasal ini adalah secara langsung berkait rapat dengan wasiat yang telah diturunkan. Dengan sebab itu, fasal-fasal ini tidak mungkin dapat dipinda tanpa persetujuan Majlis Raja-raja.

Lihat dengan jelas fasal-fasal ini:

Perkara 3. Agama bagi Persekutuan

(1) Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana Bahagian Persekutuan.

(2) Di dalam tiap-tiap Negeri selain Negeri-Negeri yang tidak mempunyai Raja, kedudukan Raja sebagai Ketua agama Islam di Negerinya mengikut cara dan setakat yang diakui dan ditetapkan oleh Perlembagaan Negeri itu, dan, tertakluk kepada Perlembagaan itu, segala hak, keistimewaan, prerogatif dan kuasa yang dinikmati olehnya sebagai Ketua agama Islam, tidaklah tersentuh dan tercacat; tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang berkenaan dengannya Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa perbuatan, amalan atau upacara itu patut diperluas ke seluruh Persekutuan, setiap Raja lain hendaklah atas sifatnya sebagai Ketua agama Islam membenarkan Yang di-Pertuan Agong mewakilinya.

(3) Perlembagaan-Perlembagaan Negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak hendaklah masing-masing membuat peruntukan bagi memberi Yang di-Pertuan Agong kedudukan sebagai Ketua agama Islam di Negeri itu.

(5) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjadi Ketua Agama Islam di Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan bagi maksud ini Parlimen boleh melalui undang-undang membuat peruntukan-peruntukan bagi mengawal selia hal ehwal agama Islam dan bagi menubuhkan suatu Majlis untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan agama Islam.



Perkara 11. Kebebasan beragama.

(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada Fasal (4), mengembangkannya.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti agama Islam.

Perkara 12. Hak berkenaan dengan pendidikan.

(2) Tiap-tiap kumpulan agama berhak menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi pendidikan kanak-kanak dalam agama kumpulan itu sendiri, dan tidak boleh ada diskriminasi semata-mata atas alasan agama dalam mana-mana undang-undang yang berhubungan dengan institusi-institusi itu atau dalam pentadbiran mana-mana undang-undang itu; tetapi adalah sah bagi Persekutuan atau sesuatu Negeri menubuhkan atau menyenggarakan atau membantu dalam menubuhkan atau menyenggarakan institusi-institusi Islam atau mengadakan atau membantu dalam mengadakan ajaran dalam agama Islam dan melakukan apa-apa perbelanjaan sebagaimana yang perlu bagi maksud itu.

(3) Tiada seorang pun boleh dikehendaki menerima ajaran sesuatu agama atau mengambil bahagian dalam apa-apa upacara atau upacara sembahyang sesuatu agama, selain agamanya sendiri.

(4) Bagi maksud Fasal (3) agama seseorang yang di bawah umur lapan belas tahun hendaklah ditetapkan oleh ibu atau bapanya atau penjaganya.



Perkara 38. Majlis Raja-Raja.

(5) Majlis Raja-Raja hendaklah dirundingi sebelum dibuat apa-apa perubahan tentang dasar yang menyentuh tindakan pentadbiran di bawah Perkara 153.

Perkara 152. Bahasa kebangsaan.

(1) Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu dan hendaklah dalam tulisan yang diperuntukkan melalui undang-undang oleh Parlimen:

Dengan syarat bahawa;

(a) tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain; dan


(b) tiada apa-apa jua dalam Fasal ini boleh menjejaskan hak Kerajaan Persekutuan atau hak mana-mana Kerajaan Negeri untuk memelihara dan meneruskan penggunaan dan pengajian bahasa mana-mana kaum lain di dalam Persekutuan.


(2) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, bahasa Inggeris boleh digunakan di dalam kedua-dua Majlis Parlimen, di dalam Dewan Undangan tiap-tiap Negeri, dan bagi segala maksud rasmi yang lain.

(3) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, teks sahih.

(a) Segala Rang Undang-Undang yang hendak dibawa atau pindaan kepadanya yang hendak dicadangkan di dalam mana-mana satu Majlis Parlimen; dan


(b) Segala Akta Parlimen dan segala perundangan subsidiari yang dikeluarkan oleh Kerajaan Persekutuan,

hendaklah dalam bahasa Inggeris.

(4) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), selama tempoh sepuluh tahun selepas Hari Merdeka, dan selepas itu sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan atau Mahkamah Tinggi hendaklah dalam bahasa Inggeris:
Dengan syarat bahawa, jika Mahkamah dan peguam bagi kedua-dua pihak bersetuju, keterangan yang diambil dalam bahasa yang digunakan oleh saksi tidak perlu diterjemahkan ke dalam atau direkodkan dalam bahasa Inggeris.



Perkara 153. Perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit, dsb. bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.
(6) Dalam Perkara ini, "maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam
(5) Walau apa pun peruntukan Fasal (1), sehingga diperuntukkan selainnya oleh Parlimen, segala prosiding di dalam mahkamah rendah, selain pengambilan keterangan, hendaklah dalam bahasa Inggeris.
(1) Menjadi tanggungjawab Yang di-Pertuan Agong untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan kepentingan sah kaum-kaum lain mengikut peruntukan Perkara ini.

(2) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, tetapi tertakluk kepada peruntukan Perkara 40 dan peruntukan Perkara ini, Yang di-Pertuan Agong hendaklah menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut apa-apa cara yang perlu untuk meindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak dan untuk memastikan perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak apa-apa perkadaran yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong daripada jawatan dalam perkhidmatan awam (selain perkhidmatan awam sesuatu Negeri) dan daripada biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan yang seumpamanya atau kemudahan khas lain yang diberikan atau diadakan oleh Kerajaan Persekutuan dan, apabila apa-apa permit atau lesen dikehendaki oleh undang-undang persekutuan bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka, tertakluk kepada peruntukan undang-undang itu dan Perkara ini, daripada permit dan lesen itu.

(3) Yang di-Pertuan Agong boleh, bagi memastikan, mengikut Fasal (2), perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak jawatan-jawatan dalam perkhidmatan awam dan biasiswa, danasiswa dan keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain, memberikan apa-apa arahan am yang dikehendaki bagi maksud itu kepada mana-mana Suruhanjaya yang baginya Bahagian X terpakai atau kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan dengan tanggungjawab bagi pemberian biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain itu; dan Suruhanjaya atau pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(4) Pada menjalankan fungsinya di bawah Perlembagaan ini dan undang-undang persekutuan mengikut Fasal (1) hingga (3) Yang di-Pertuan Agong tidak boleh melucutkan mana-mana orang daripada apa-apa jawatan awam yang dipegang olehnya atau daripada terus mendapat biasiswa, danasiswa atau keistimewaan pendidikan atau latihan atau kemudahan khas lain yang dinikmati olehnya.

(5) Perkara ini tidaklah mengurangkan peruntukan Perkara 136.

(6) Jika menurut undang-undang persekutuan yang sedia ada suatu permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka Yang di-Pertuan Agong boleh menjalankan fungsinya di bawah undang-undang itu mengikut apa-apa cara, atau memberikan apa-apa arahan am kepada mana-mana pihak berkuasa yang dipertanggungkan di bawah undang-undang itu dengan pemberian permit atau lesen itu, sebagaimana yang dikehendaki untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklaah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(8) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika menurut mana-mana undang-undang persekutuan apa-apa permit atau lesen dikehendaki bagi mengendalikan apa-apa pertukangan atau perniagaan, maka undang-undang itu boleh membuat peruntukan bagi perizaban apa-apa perkadaran daripada permit atau lesen itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak; tetapi tiada undang-undang sedemikian boleh, bagi maksud memastikan perizaban itu.

(8A) Walau apa pun apa-apa jua dalam Perlembagaan ini, jika di dalam mana-mana Universiti, Kolej dan institusi pendidikan lain yang memberikan pendidikan selepas Malaysian Certificate of Education atau yang setaraf dengannya, bilangan tempat yang ditawarkan oleh pihak berkuasa yang bertanggungjawab bagi pengurusan Universiti, Kolej atau institusi pendidikan itu kepada calon-calon bagi apa-apa kursus pengajian adalah kurang daripada bilangan calon yang layak mendapat tempat-tempat itu, maka adalah sah bagi Yang di-Pertuan Agong menurut kuasa Perkara ini memberikan apa-apa arahan yang perlu kepada pihak berkuasa itu untuk memastikan perizaban apa-apa perkadaran daripada tempat-tempat itu bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak sebagaimana yang difikirkan munasabah oleh Yang di-Pertuan Agong; dan pihak berkuasa itu hendaklah mematuhi arahan itu dengan sewajarnya.

(9) Tiada apa-apa jua dalam Perkara ini boleh memberi Parlimen kuasa untuk menyekat perniagaan atau pertukangan semata-mata bagi maksud perizaban bagi orang Melayu dan anak negeri mana-mana antara Negeri Sabah dan Sarawak.

(9A) Dalam Perkara ini ungkapan "anak negeri" berhubung dengan Negeri Sabah atau Sarawak hendaklah mempunyai erti yang diberikan kepadanya dalam Perkara 161A.

(10) Perlembagaan Negeri yang ber-Raja boleh membuat peruntukan yang bersamaan (dengan ubah suaian yang perlu) dengan peruntukan Perkara ini.


Perkara 181. Kecualian bagi kedaulatan, dsb., Raja-Raja.

(1) Tertakluk kepada peruntukan Perlembagaan ini, kedaulatan, prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Raja-Raja dan prerogatif, kuasa dan bidang kuasa Pembesar-Pembesar Memerintah Negeri Sembilan di bawah wilayah-wilayah mereka masing-masing sebagaimana yang telah ada dan dinikmati hingga kini adalah tetap dan tidak terjejas.
                                                                                                  (Perlembagaan Persekutuan Malaysia)


Kesimpulannya, jelaslah bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, wasiat Duli-duli Yang Maha Mulia, telah diambil kira, dan menjadi inti dan tunjung dalam perlembagaan negara kita.

Khamis, 16 September 2010

Disebalik 16 September

Mari Bersama di bawah panji 1 Malaysia
Ramai yang tidak menyedari bahawa hari Malaysia pada 16 september mempunyai pelbagai konflik yang mengundang permasalahan khususnya dalam hubungan Tanah Melayu dengan jiran tetanganya termasuk Filipina, Indonesia dan Brunei. Ramai juga yang tidak menyedari kalau berlaku kesilapan dalam jawapan bilakah sebenarnya Malaysia merdeka. Kalau diajukan soalan, bilakah Malaysia merdeka, tentu anak-anak muda sekarang secara spontan dan secara langsung menyatakan Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957. Tapi tahukah kita, bahawa pada tarikh kemerdekaan Tanah Melayu itu, kata ‘Malaysia’ atau nama ‘Malaysia’ itu sebenarnya tidak pernah wujud langsung ketika itu. Sama ada secara nyata atau tidak nyata. Maka adalah kurang tepat untuk menyatakan kalau Malaysia merdeka pada 31 Ogos 1957 dalam turunnya bendera Union Jack di Dataran Merdeka itu sekurang-kurangnya jam 12 tengah malam. Maka dalam menyambut kemerdekaan negara kita tarikh 31 Ogos adalah tarikh pembukaan hari Kemerdekaan dan 16 September adalah tarikh penutupan ‘Hari Kemerdekaan’ mahupun dinamakan sebagai ‘Hari Malaysia’.


Nama Malaysia wujud sekitar perbincangan percantuman Tanah Melayu, Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura dengan kewujudan satu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM). Sebenarnya, pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia . Namun, tidak begitu jelas siapakah yang mengilhamkan kata ‘Malaysia’ untuk percantuman tersebut. JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961 yang dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Ahli-ahlinya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato' Mustapha Dato' Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato' Setia Pangeran Ali (Brunei). JPPM berfungsi untuk beberapa tugas penting. Antaranya adalah memberitahu orang ramai mengenai Malaysia, mengumpulkan sambutan orang ramai mengenai Malaysia, dan menyediakan memorandum cara pembentukan Malaysia. Melalui JPPM, nama Malaysia telah digunakan sepenuhnya untuk menyatakan hasrat pembentukan Malaysia sepenuhnya, bukan lagi Tanah Melayu

Penggunaan nama Malaysia adalah atas dasar dan syor pada 1 Ogos 1962 yang dibuat oleh JPPM. Ketahui dengan lebih lanjut sejarah pembentukan Malaysia di pautan ini.

http://www.carigold.com/portal/forums/archive/index.php/t-73673.html

Konflik disebalik kegembiraan 16 September. Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Indonesia pula, Parti Komunis Indonesia (PKI) di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Maka, semasa pengistiharan Malaysia pada 16 September, konfontasi telah dilancarkan oleh Indonesia yang mula mendarat di di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi, termasuk menghantar pengintip mereka pada november 1963.

Disebalik kegembiraan kita, apakah sudah tidak ada konflik selepas ini. Sila lihat baca Blog ini. Tuntutan dan pengakuan hak ke atas Sabah dari Filipina.

http://www.gmrcorporation.com/
http://sultanateofsuluandnorthborneo.blogspot.com/
http://www.royalsulu.com/issues.html

Lihat pula perbahasan ini,

http://tokjeng.blogspot.com/2009/05/kesultanan-sulu-kembali-berdaulat.html
http://rajamenangis.blogspot.com/2008/08/kesultanan-sulu.html
Lihat pulak dari Indonesia ini.

http://ihatemalingsia.blogspot.com/
http://sanooaung.wordpress.com/2009/09/12/anti-malaysia-malingsia-or-%E2%80%9Cganyang-malaysia%E2%80%9D-fever-migrates-to-internet/
http://www.youtube.com/watch?v=rRn0QBiHXJo
http://www.agusnaim.web.id/bisa-ganyang-malingsia/
http://dansemacabre.wordpress.com/2009/06/02/of-manohara-and-maling-sia/


Kesimpulannya, adakah Indonesia dan Filipina sudah berakhir dalam pertelingkahan semasa pembentukan Malaysia pada 16 September 1963? Jawapannya, adalah disebalik kita merayakan dan menyambut ‘Hari Malaysia’ pada setiap 16 September ini ada rahsia yang belum terungkap. Lihat dan fikirkan sendiri!!! Apapun, dalam semua perkara kita semua pasti bersama-sama untuk menempuhi apapun yang bakal mendatang. Allah SWT Merahmati Malaysia, mari bersama berpayung dalam panji 1 Malaysia. Selamat menyambut ‘Hari Malaysia’.

MYGBIT Fasiliti Mining Ethereum Terbesar

  MYGBIT telah bermula pada penghujung 2015 oleh pengasasnya yang bernama Cengiz Isbilir. Sudah tentu terdapat perbahasan mengenai sama ada ...